? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tinggal Jejak Anda Disini....

Monday, May 25, 2009

keputusan tukar 2009



SISTEM PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SECARA ONLINE
ANTARA NEGERI (PERMOHONAN)

[BADROL BIN ISHAK] [76112503xxx]
MENU CAPAIAN PERMOHONAN

Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara Negeri bagi Sekolah Rendah dan Menengah
No. KP : 76112503xxxx
BADROL BIN ISHAKBagi Sesi : JUN 2009
Permohonan pertukaran ke Kelantan tidak diluluskan.Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.


SISTEM PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SECARA ONLINE
ANTARA NEGERI (PERMOHONAN)

[ROSLIZAM BINTI RAZALI] [77030411xxxx]


Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara Negeri bagi Sekolah Rendah dan Menengah
No. KP : 77030411xxxx
ROSLIZAM BINTI RAZALIBagi Sesi : JUN 2009
Permohonan pertukaran ke Kelantan tidak diluluskan.Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.

Sedih......kecewanya apabila dapat berita............?????
Apa nak buat......bukan rezeki kami.Kami redha dan menerimanya.Apa pun kami tak berputus asa hujung tahun ni kami akan cuba lagi.Ini dah kali ke 5.Biarlah sebanyak mana pun kami akan cuba lagi hingga dapat............InsyaAllah.............
Buat keluarga kedua belah kami, kami berterima kasih banyak2 dengan usaha dan pertolongan mereka.Sama2 lah kita berdoa agar hujung tahun ni kami dapat balik kampung dan terus menetap di sana.Amin...........

Buat kekawan yang dah dapat pindah tu..........doakanlah agar kami sekeluarga pun dapat ikut serta...........balik kampung.........oh2 oh2 balik kampung.........

Kalau cam ni ada peluang lagi lah kami jalan2 cari makan............hehehe..........nak hiburkan hati yang duka katakan...............

Friday, May 22, 2009

Kenangan KDP 14 Minggu, IP Kent Tuaran, Sabah

Cite2 semasa mula2 ku menerima tawaran kursus ni.Sebenarnya banyak kali dah ku mohon untuk sambung belajar, tetapi bukan rezekiku.Aku pernah mohon UKM tetapi gagal, hanya suami dan beberapa rakanku yg memohon ketika itu berjaya.Kecewa rasanya hanya Tuhan saja yg tahu.Aku redha mungkin ini bukan rezekiku.
Pada pertengahan tahun 2008, aku mohon untuk mengikuti kursus KDP ni untuk kali keduanya.Oleh kerana kali pertama dulu (gagal ) ku cuba lg kali kedua walaupun ketika itu aku tengah mengandung.Alhamdulillah........aku berjaya dan pada 21 Julai hingga 24 Oktober aku menjalani kursus tersebut.Memang rezeki anak lah ni.........Alhamdulillah.
Awalnya, timbul pula rasa takut untuk menerimanya memandangkan tarikh akhir kursus tersebut seminggu laginya adalah due date aku nak bersalin.Dengan nasihat dan dorongan daripada suami serta kawan2 ku menerima tawaran tersebut.
Kenangan bersama kak Saliah dan kak Rujiah.Dua kakak inilah yang bersama samaku.Kami bertiga satu kelas (unit 4 ), kadang2 satu kumpulan.Pergi bersama2, tidak penah terpisah.Di mana kami berada mesti bertiga.Siapa tidak kenal 2 ibu mengandung ni........Inilah buktinya.Ku berjaya juga menghabiskan kursus ini.Ini adalah malam Majlis penganugerahan ( sijil kursus ) kepada semua peserta.
Ada cite lagi.......sebelum majlis ni bermula, paginya tu aku berada di Kota Marudu.Sepatutnya aku dihantar oleh suami pada tengahari tu memandangkan majlis ni pada malamnya.Pagi tu, aku ke klinik KKIA untuk rawatan.Apa yang berlaku?........aku kena tahan pula di Hospital kerana ada tanda2 untuk bersalin.Ku ingat lagi....Doktor mengatakan bila2 masa saje ku boleh bersalin......Mulanya aku pergi juga lah ke wad tu.....hahaha.......dengan tidak senang duduknya....gelisah........dan macam2.Perasaan ku ketika tu .........apa tidaknya semua dah tersedia tunggu untuk kami jalan saja ke IP Kent.Baju untuk di pakai pada Majlis tu dah tersangkut di kereta, barang2 pun sudah siap semuanya.Akhirnya kena tahan di Hospital..........
Aku berbincang dengan suami dan ku mengambil keputusan untuk pergi juga ke Majlis itu.Bayangkanlah.........dah 14 minggu aku bertungkus lumus dengan mengharungi berbagai2 rintangan, cubaan dan halangan.......Ini lah masanya untuk ku..Majlis ni penting buat ku.....Kami mengambil keputusan untuk ke Majlis tersebut.Apabila di maklumkan kepada doktor yg bertugas, mulanya tidak dibenarkan juga.Oleh kerana ku betul2 juga mahu kuar wad, belum pun sempat ku duduk di sana........akhirnya mereka membenarkan juga aku kuar dengan menandatangani satu borang di mana risikonya ku tanggung sendiri.....Alhamdulillah.......Syukur.........
Terima kasih kepada suami ku..........yang betul2 memahamiku.........sanggup dia membawa semua anak2 kami ikut serta ke sana........Dengan tergesa2nya kami teruskan perjalanan juga walaupun ketika itu hujan turun dengan lebatnya.Tidak pernah ku dengar rungutan darinya..........walaupun penat camana pun dia teruskan juga perjalanan ni.Perjalanan ni mengambil masa 1 jam lebih...........
Alhamdulillah..........kami selamat sampai juga.Suami dan anak2 ke hotel di Tuaran.Mereka menginap di sana.

Kenangan bersama kawan2 sekelas dan juga Pengarah IP Kent ( berbaju hitam)




Kenangan bersama Penyelaras Peserta Kursus KDP dan juga Pensyarah IP Kent iaitu Puan Aida ( Tudung Hijau ).Alamak...........aku tertidur laks..........Ramai sangat yg ambil gambar....sampaikan aku terpejam mata........huhuhu...







Kenangan bersama kawan2 dan juga Pensyarah IP Kent iaitu Puan Noorsalawati dan Madam Shubashini.












Kenangan bersama kawan2 sekelas dan juga Tutor kami iaitu Puan Ramlah ( Tudung Pink becermin mata )...........tu ha.........nampak kan perut ku yang besar dan sarat betul kan....ada kawan yang sama besar perut.......tu dibelakang ku ( kak Saliah ) , terselindung pulak perutnya.heheheh....

Apa berlaku selepas Majlis itu?............Aku bersama2 kawan yang lain menaiki bas ke IP Kent.Aku di hantar oleh kawanku ke hotel di mana tempat suami dan anak2ku menginap.Kami bermalam di situ.Pada jam 2 lebih pagi ku dapati banyak lendir2 kuar.Ku kejutkan suami.Suami kejutkan anak2 dan kami terus ke Hospital.Jaraknya setengah jam juga.Sampai je aku terus ke wad untuk rawatan.Kusangkakan dah nak bersalin .....lum lagi pun........anak ni je bawa bergurau.....lama suami dan anak2 menunggu dengan kesejukannya........letih..mengantuk..............kesian mereka..............melihat anak2 ku kesejukan, suami membawa mereka menumpang di rumah kawan di KK tanpa pengetahuan ku..Selepas ku terima rawatan, ku sepatutnya kena tahan di wad.Sekali lagi yg berlaku.......aku minta untuk pulang.Ku ceritakan kepada doktor bertugas tempat tinggal ku nga hospital ni jaraknya 2 jam.Sukar untuk aku sekiranya aku di tahan di hospital ini.Mendengar penjelasanku , doktor membenarkan aku kuar tanpa bermalam.
Aku kuar mencari mereka.......tak jumpa........ku tanya pengawal di sana......dia berpusing2 di sekitar kawasan hospital mencari..tidak juga ketemu....lama ku menunngu....akhirnya ku naik semula tempat tadi ( terima rawatan ), ku bagitau nurse yg bertugas, merekalah yg menghubungi suamiku.Ini kerana beg, telefon semuanya dengan suamiku........
kami berehat dulu di rumah kawan tadi....dalam jam 10 gagi begitu kami bertolak pulang ke Kota Marudu.Alhamdulillah..........kami selamat sampai.
Sepatutnya.........pada 28.10.2008 tu, aku mula bertugas selepas berkursus.Apa yg berlaku.........Aku bersalin pada hari tersebut........Pada pagi tu......jam 5 pg kami ke hospital dan jam 8 pg aku selamat bersalin......Lamanya ku tinggal sekolah.......Dari mula berkursus 3 bulan hingga bersalin 2 bulan.............bersambung dengan cuti hujung tahun.............heheheh setengah tahun ku tidak ke sekolah..............
Mengimbau kembali semasa berkursus.
Hari pertama ku bersama kak Saliah di rumah sewa kami.....malam pertama...kami menangis berterusan sehingga pagi tu bengkak mata kami.Apa taknya perasaan sayu, sebak kerana kedua kami buat pertama kali berjauhan dengan suami dan anak2.
Hari berikutnya.......kami mendapat house mate baru.Tinggal berlima.Dengan pertama kali belajar...ku cuba sesuaikan diriku jua..........banyak betul cubaanya.....tetapi ku lalui dengan sabar.Penah satu kali.....dah sarat tu.........kelas ku di tukar ke blok lain dan tingkt 3.huh........bayangkan dengan perutku yg besar.sarat........dengan beg2nya lagi.........nasib baik lah ada kawan yg prihatin tolong membawa beg2ku......ku bawa diri je.........tu pun dengan perlahan2 kepenatan........kadang kelas sampai petang.........
Terima kasih buat kawan2 sekelas ( unit 4 ) serta pensyarah2........Budimu tetap ku kenang.......
Ada lg citenya.........semasa exam.....tengah jawab exam tu........sudahlah panas........tiba2........kuar air.........basah juga seluarku............takutnya aku........hari pertama exam tu......ok je aku kuatkan semangat je.........kedua.......kuar juga air........ketiga.........kuar juga..........alhamdulillah habis juga aku duduki exam tu.Tu lah berkat doa suami, ibubapa,mertua, adik beradik dan kawan2 serta semuanya.........Syukur........sempat habis exam.Kalau nak tau.....suami tersayang ku ambil cuti rehat 3 hari dengan menunggu aku di sana.......takut2 aku sakit semasa exam tu........
Terima kasih banggggg..............

Pengalamanku ini telah mematangkan aku, malah lebih buatke belajar untuk berdikari.Selama berkursus tu......banyak yg ku perolehi.........Inilah semangat mahu memegang segulung ijazah......heheheh....Syukur alhamdulillah.sekarang aku dah nak masuk semester 3 SMP OUM.


Teman baik dan Rakan lepak


Nampak tak tu?........baju sama kan.Ini lah kawan2 lepak ku.Setiap petang wajib dah keluar rumah,sembang2,tukar2 cerita,dan macam2.Anak2 kami ni suka betul di luar.Bukan anak je maknya pun sama.........
Kami ni rapat betul dah lebih cam adik beradik dah.(lain mak lain bapak).Hujung sebelah kanan tu aku,che ma, che Jah dan che na.Baju ni kami berpakat membelinya dari internet.Dah mabuk soping di internet pulak.ei....macam2 cite kami ni.semua spoting habis.sekepala pulak tu.........he.he..he..setiap hari ada je cite yang di bualkan.Yang menariknya cite tentang hal masing2 lah.
Bagus ni begini, hilang rasa boring, bosan, stress dan macam2.Kami ni mana boleh duk dalam rumah.Kalau cuaca tak bagus...dah gelisah....sebab tak dapat kuar umah...naik ketelah pulak round2....bawa anak jalan2.Dalam rumah je....tau jelah budak2 ni mana leh duk diam....
Yang di dukung tu anak2 kami lah...nak berposing pun anak tak lepas.anak mak katakan.....

Tengok tu.......gembiranya kami ni..senyum meleret.hehehe.........pas ni apa pulak program kami ye.......fikir2.......



Anak manis di sebelah kiri ni, namanya Aishah Sofiyah.Lahir pada 15.6.2008.Di tengah tu Najihatussoleha.Wau........panjang dan cantik namanya kan.Lahirnya pada 3.7.2008.Dan yang paling kecil tu Nur Qaisara Uzma.Lahir pada 28.10.2008.(Anakku)
Sekolah sekalilah ni.Tahun yang samakan.Kecik2 lagi dah pandai posing.Ikut maknya lah kan.hehehe.....Mereka ni dah pandai dah nak mintak kuar.Asalnya dah petang mula lah menangis dan meragam dan macam2.Kalau dah kuar tu.......diam je.Kadang sampai tertidur di luar.....berangin kan...selesa.....



Macam2 aksi anak2 kecik ni...........cute kan.........Harap2 dah besar nanti menjadi anak soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.Amin..............







Muhammad Luqmanul Hakim, Mohd Fadhlan, Nur Qaisara Uswah dan Muhammad Lutfir Rahman.Tengok tu..........anak2 pun akrabnya bukan main.......kecil2 lagi dah pandai berkawan.Apa taknya..........se Taman, se Lorong, dan sebelah rumah lagi.Lagi pun masing2 membesar sekali kan.Alhamdulillah...........dah besar pun mereka ni.



Tuesday, May 12, 2009

Kenangan bersama kak Marianah ketika beliau sama-sama bertugas di SK Kota Marudu II, Kota Marudu,Sabah.Sekarang ni dia telah berpindah ke Kota Kinabalu dan mengajar disana.Masa dapat tau dia dapat pindah.........alangkah sedihnya hatiku.Apa tidaknya, selama kami bekerja bersama, dialah satu2nya kawanku yang begitu memahami diriku.Sekiranya aku mengalami masalah dialah juga yang banyak memberiku kata2 nasihat dan juga semangat serta dorongan.
Yang paling ku ingati sehingga kini dan selamanya ialah katanya2nya yang memberikan dorongan ketika aku sedang berkursus KDP selama 14 minggu.Waktu itu aku terpaksa berpisah dengan suami dan 3 anak ku.Tiap2 minggu baru dapat berjumpa dengan mereka.Pengalamanku ini telah juga dilalui olehnya di mana ketika dia belajar, suaminya jugalah yang menjaga anaknya.
Mungkin pengalaman yang dilaluinya sama denganku sebab itulah dia memahami betul keadaanku ketika itu.Terima kasih ku ucapkan........jasa dan keprihatinanmu itu akan ku kenang.
Apa nak buat setiap pertemuan akan ada perpisahannya.Doakanlah agar kami sekeluarga dapat pindah tahun ni............


Ketika sambutan hari guru peringkat sekolah pada tahun 2008



Ketika sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah pada tahun 2008


Salah satu aktiviti sambutan hari guru di mana semua murid bersalaman dengan semua guru



Nyanyian lagu Guru Malaysia





















Setakat ini hanya ini dulu yang dapat ku paparkan.Semua kenangan2 ini akan ku abadikannya.Setiap kenangan banyak cite yang ada.Pahit ...........manis..............biasalah nama pun roda kehidupan............
Buat kak Marianah selamat maju jaya di tempat kerja baru.Semoga kakak sekeluarga senantiasa bahagia.............Amin.........Panjang umur kita ketemu lagi.InsyaAllah....


Monday, May 4, 2009

Gunung Kinabalu



Kalau nak tau, inilah tempat kita boleh nampak gunung kinabalu.Tu di belakang........................






















Aku suami dan anak kembar kami.Sebenarnya dah banyak kali dah kami sampai di tempat ni.Aku mengajar di sini mula dari tahun 2003 dan suamiku dari tahun 2000 lagi.Seronok bekerja di perantauan ni.Boleh jalan2, kenal tempat2 yang menarik dan bersejarah.Masa muda nilah kita nak round2 kan.Paling2 pun ada juga kenanganya.



Ini Kinabalu Pine Resort.Cantik tempatnya.Boleh nampak betul gunung kat sini.Sejuknya......................Bolehlah datang bermalam di sini.Banyak tempat yang boleh kita bermalam di sini.Tunggu pilih je mana berkenan.........


Gambar kami di atas tu..........posing habis nampak?..........Control macho.....



Ini mak dan juga adik bongsu ku.Mereka datang round2 Sabah.Salah satu tempat yang ku bawa di sinilah.Sini yang glamour kan.Semua nak kenal kat ner terdapat gunung kinabalu ni.tak lama pun mereka datang dalam seminggu je.Masa ni adikku baru habis exam SPM jadi ayahku bawalah jalan2.

















Inilah dia tempat di kaki gunung.Aku dan suami lum lagi penah naiki gunung ni.Cuma di kaki2 je..............Belum lagi berpeluang nak naik.Boleh ke ni nak naik lagi.............hehehe..........larat ke?Dah 4 anak ni boleh tahan ke aku ni.............Buat masa ni lum lagilah...........InsyaAllah ............Lagipun kami ni sebenarnya dah banyak kali jugalah minta tukar nak balik kampung.setakat ni lum lagi rezeki kami.Mungkin rezeki kami masih di sini.Apa pun, dalam tempoh ni banyak dah tempat yang ku sempat jejaki dan lawati.Alhamdulillah..........






Saturday, May 2, 2009

Perjalanan ke Sarawak


Kami telah sampai ke Sarawak.............percaya tak..........kami menaiki pacuan 4 roda.Kami sekeluarga sahaja.Perjalanan kami ke sana 3 hari 3 malam baru sampai di Sarawak.



Bertolak dari Kota Marudu petang Jumaat lagi.Cuti sekolah selama seminggu jer jd petang Jumaat sudah jalan.Tempat persinggahan kami yg pertama di Lawas.Malam kami sampai.Keesokan paginya kami ke Miri.Nak masuk Miri kena melalui Brunei.Sempat jugalah kami singgah Brunei jap, round2.............tapi tidaklah kami bermalam.











Ini adalah Masjid di Brunei.Besar dan cantik masjidnya.Kami singgah di sini, berehat, sembahyang...............

Ada lagilah tempat yang kami singgah di Brunei seperti tempat membeli belah dan tempat yang paling orang nak kunjungi tu........Jerudung Park.Patutlah orang suka nak ke sana.Banyaknya permainan di situ.Masa kami pergi tu tempatnya tutup tak ada yang boleh kami naik.Tapi, kami sempatlah round2 kawasan sekitarnya.Besar dan luas..............Macam2 boleh dilihat..........yang dah pernah sampai mesti boleh citekan..........kongsi2..............

Dan di sinilah tempat kami membeli-belah.Nak sampai sini............banyaknya cite lucu.Lucunya tu, semasa kami sampai di Sarawak (malam), kami nak cari tempat yang bernama Water Front.Ingatkan, bangunan ke...............apa ke.........Rupa-rupanya tepi sungai je.Jenuh kami berpusing2.Naik turun jalan...............Rupanya dah banyak kami round2 di situ.Banyak kali berhenti bertanya.akhirnya sampai jugalah kami.Kami bermalam 2 malam di Hotel di sarawak.Banyaknya barang2 yang boleh dipilih dan di beli.Kalau bawa duit banyak mesti lagi banyak yang di beli.Penuh satu kereta dengan tikarnya dan macam2.Maklumlah famous betul tikar di sana, tu yang beli tu.Ada juga lah kenangan barangan dari Sarawak.Alhamdulillah.Kami selamat sampai dan kembali.Habis cuti sekolah seminggu kami ketika itu.

Kenangan di Simpang Mengayau,Kudat,Sabah

Ini lah dia Simpang Mengayau.Bolehlah kunjungi.........

Di antara tempat yang kami kunjungi di sinilah.
Aku bersama suami dan anak-anak
semasa cuti sekolah.Kami bersama rakan2 berkelah di sini.Sudah banyak kali jugalah kami ke sini.Cantikkan tempatnya.Datanglah tengok betapa hebatnya ciptaan Tuhan.
Lihat....................

Di sini, tenang................, airnya yang jernih...............
Jarak di sini dengan tempat tinggal kami lebih kurang 2 jam kot.........