? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tinggal Jejak Anda Disini....

Monday, December 21, 2009

Bercuti bersama keluarga

Cuti Hari Raya Aidilfitri selama seminggu ni sempatlah ku membawa anak2 jalan2 sekitar Kota Kinabalu.Nak balik kampung........cuti seminggu .........lagipun tiket mahal lah dah ramai rakyatni.......hehehe
Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu

Sukanya......tunggang.....tu binatang tu........



1 Borneo, Kota Kinabalu





Nur Qaisara Uzma........tembamnya anak ummi......





Laa.....kenapa nangis tu...nak posing nangis lak....




2 Teruna dan 2 Dara..........




Ketawanya kakak.......memang dia suka sangat naik benda2 ni...Tu abahnya sibuk melayan karenah anak2nya....




Luasnya nganga mulut.......karang masuk lalat kan.....





Boleh dikatakan setiap bulan kami g KK.Yelah....nak bayar...itu...ini kebanyakannya semua di KK.Tambahan pula abah dan ummi kuliah pun di KK.Pantang cutilah.....jalan2,round2....tak juga reti2 nak duk rumah......

Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Jamuan ringkas sempena sambutan hari raya aidilfitri.Di antara barisan guru-guru di SK Kota Marudu II.Yang bersongkok tu Guru Besar ( En. Ali Hassan Ismail )

Laa......tengok tu,,,anak2 ku yang berposing habis.Jamuan ni bersama dengan keluarga juga.Kami tak ketinggalan membawa semua anak2...


Sebahagian di antara guru-guru perempuan....







Gambar ni semua semasa acara belum lagi di mulakan.Ni je yang sempatku ambil.....





Basikal Baru

Hadiah untuk Along dan Angah kerana berjaya dapat no 2 dan 3 dalam peperiksaan akhir tahun di sekolah PASTI.Ingatkan nak beli kat kg kalau dapat pindah, dah tak dapat pindah beli kat Sabah lah....Mane2 je....asalkan anak2ku gembira.

Tengok si kakak ni, nak juga basikal baru....tak belilah...kan baru lagi basikal dia ni....tengok tu....posing sakan......

Along pun.........senyum kan main lagi dapat basikal baru..........


Kontrol .............Angahlah ni..........senyum je.........


Along dan Angah berposing nga basikal barunya



Yang kecik ni, lum lagi pandai.......nanti ummi nga abah beli jugak la.....untuk adik...




........Bahagianya anak2 ku dengan gelagatnya............





Hari Raya Aidilfitri 2009

Walaupun raya aidilfitri dah lama berlalu, ni baru ku berkesempatan mengemas kini blog ni.

Bersama suami dan anak-anakku ( Angah, uzma,uswah dan Along )

Di rumah ustaz Syukur di Papar

Kaum ibu bersama dengan anak2


Along, Naim, Angah dan Fadlan bersahabat baik





Kaum bapa ( Bapa Mithali )



Kenapa nga tangan Che Na tuu??????hehehe






Sebelum hari raya, gotong-royong buat lemang.Paling kurang pun terubat juga rindu kat kampung.Dapat juga la makan lemang.....tapi hangus sikit laaa.....jangan mare....




Ingatkan ni raya terakhir kat Sabah...nak buat cam mane belum rezeki kami sekeluarga dapat pindah.Kenangan raya bersama Che Na sekeluargalah pulak.huhuhu


Tuesday, September 8, 2009

Majlis Solat Hajat Dan Bacaan Yasin

Solat Hajat dan bacaan yasin khas untuk murid tahun 6 menghadapi UPSR pada 08- 10 september.Dianjurkan oleh panitia pendidikan agama Islam Sk. simpangan. Majlis di adakan pada hari Jumaat 04 September 2009 jam 8.00 pagi di bilik agama Sk. Simpangan.Di hadiri oleh ibu bapa, guru-guru dan calon UPSR seramai 14 orang(islam) daripada 49 orang calon keseluruhannya. Matlamat utama untuk memohon kepada Allah SWT supaya kesemua calon UPSR dapat menjawab soalan dengan tenang dan mohon di beri kesihatan yang baik pada hari peperiksaan.Insya Allah moga2 dapat meningkatkan prestasi target sekolah untuk mendapat 5A.















Berkumpul sebelum bermulanya bacaan yasin Pn Salbiyah( GPK1) & Pn. Juritah (Tim. PIBG)















Ibu2, guru2 serta murid2 menunaikan
solat sunat hajat




Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini terutama sekali pada pihak sekolah & panitia pendidikan Islam yang diketuai oleh ustz. Tuan Yuswati( K.Panitia), ustz. Zakiah(J-qaf) dan ust. Hardy(J-qaf) .

Perkembangan anak-anak



Pejam celik2 dah besar dah anak2 umi & abah


Muhammad Lutfir Rahman (6 tahun)


Muhammad Luqmanul Hakim( 6tahun)





Nur Qaisara Uswah( 3tahun)


Nur Qaisara Uzma (11 bulan)

Friday, August 14, 2009

Kejohanan Tertutup Kelab al-Jazirah 2009

Kejohanan tertutup ini diadakan pada 02 -05 Ogos 2009 bertempat di dewan komuniti Kota Marudu dan dewan SRA Goshen.Tujuan utama kejohanan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara guru-guru lama dan guru-guru yang baru.Pada tahun ini, setiausaha yang menjadi penggerak kejohahan ini cikgu Wan Helman dan dibantu dengan sahabat2 lain.
Gambar kenangan selepas kejohanan. Katogeri 1: Johan Chot & Shahir, tempat ke-2 Zaidi & Hafiz, tempat ke-3 Anuar & Azam. Bagi kategori 2: Johan Khairul Anan & Hisyam, tempat ke-2 Azimi & Nuar gen2, tempat ke-3 aku & Azimi.
sahabat2 yang layak ke separuh akhir

Sebelum perlawanan separuh akhir.dari kiri Nuar gen2, Azimi, Aku & Azimi kawasa




Alhamdulillah dapat juga tempat ke-3 tahun ni dlm kategori 2, beregu dgn Azimi kawasa.


Cikgu Razali menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada semua pemain


Monday, May 25, 2009

keputusan tukar 2009



SISTEM PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SECARA ONLINE
ANTARA NEGERI (PERMOHONAN)

[BADROL BIN ISHAK] [76112503xxx]
MENU CAPAIAN PERMOHONAN

Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara Negeri bagi Sekolah Rendah dan Menengah
No. KP : 76112503xxxx
BADROL BIN ISHAKBagi Sesi : JUN 2009
Permohonan pertukaran ke Kelantan tidak diluluskan.Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.


SISTEM PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SECARA ONLINE
ANTARA NEGERI (PERMOHONAN)

[ROSLIZAM BINTI RAZALI] [77030411xxxx]


Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara Negeri bagi Sekolah Rendah dan Menengah
No. KP : 77030411xxxx
ROSLIZAM BINTI RAZALIBagi Sesi : JUN 2009
Permohonan pertukaran ke Kelantan tidak diluluskan.Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.

Sedih......kecewanya apabila dapat berita............?????
Apa nak buat......bukan rezeki kami.Kami redha dan menerimanya.Apa pun kami tak berputus asa hujung tahun ni kami akan cuba lagi.Ini dah kali ke 5.Biarlah sebanyak mana pun kami akan cuba lagi hingga dapat............InsyaAllah.............
Buat keluarga kedua belah kami, kami berterima kasih banyak2 dengan usaha dan pertolongan mereka.Sama2 lah kita berdoa agar hujung tahun ni kami dapat balik kampung dan terus menetap di sana.Amin...........

Buat kekawan yang dah dapat pindah tu..........doakanlah agar kami sekeluarga pun dapat ikut serta...........balik kampung.........oh2 oh2 balik kampung.........

Kalau cam ni ada peluang lagi lah kami jalan2 cari makan............hehehe..........nak hiburkan hati yang duka katakan...............

Friday, May 22, 2009

Kenangan KDP 14 Minggu, IP Kent Tuaran, Sabah

Cite2 semasa mula2 ku menerima tawaran kursus ni.Sebenarnya banyak kali dah ku mohon untuk sambung belajar, tetapi bukan rezekiku.Aku pernah mohon UKM tetapi gagal, hanya suami dan beberapa rakanku yg memohon ketika itu berjaya.Kecewa rasanya hanya Tuhan saja yg tahu.Aku redha mungkin ini bukan rezekiku.
Pada pertengahan tahun 2008, aku mohon untuk mengikuti kursus KDP ni untuk kali keduanya.Oleh kerana kali pertama dulu (gagal ) ku cuba lg kali kedua walaupun ketika itu aku tengah mengandung.Alhamdulillah........aku berjaya dan pada 21 Julai hingga 24 Oktober aku menjalani kursus tersebut.Memang rezeki anak lah ni.........Alhamdulillah.
Awalnya, timbul pula rasa takut untuk menerimanya memandangkan tarikh akhir kursus tersebut seminggu laginya adalah due date aku nak bersalin.Dengan nasihat dan dorongan daripada suami serta kawan2 ku menerima tawaran tersebut.
Kenangan bersama kak Saliah dan kak Rujiah.Dua kakak inilah yang bersama samaku.Kami bertiga satu kelas (unit 4 ), kadang2 satu kumpulan.Pergi bersama2, tidak penah terpisah.Di mana kami berada mesti bertiga.Siapa tidak kenal 2 ibu mengandung ni........Inilah buktinya.Ku berjaya juga menghabiskan kursus ini.Ini adalah malam Majlis penganugerahan ( sijil kursus ) kepada semua peserta.
Ada cite lagi.......sebelum majlis ni bermula, paginya tu aku berada di Kota Marudu.Sepatutnya aku dihantar oleh suami pada tengahari tu memandangkan majlis ni pada malamnya.Pagi tu, aku ke klinik KKIA untuk rawatan.Apa yang berlaku?........aku kena tahan pula di Hospital kerana ada tanda2 untuk bersalin.Ku ingat lagi....Doktor mengatakan bila2 masa saje ku boleh bersalin......Mulanya aku pergi juga lah ke wad tu.....hahaha.......dengan tidak senang duduknya....gelisah........dan macam2.Perasaan ku ketika tu .........apa tidaknya semua dah tersedia tunggu untuk kami jalan saja ke IP Kent.Baju untuk di pakai pada Majlis tu dah tersangkut di kereta, barang2 pun sudah siap semuanya.Akhirnya kena tahan di Hospital..........
Aku berbincang dengan suami dan ku mengambil keputusan untuk pergi juga ke Majlis itu.Bayangkanlah.........dah 14 minggu aku bertungkus lumus dengan mengharungi berbagai2 rintangan, cubaan dan halangan.......Ini lah masanya untuk ku..Majlis ni penting buat ku.....Kami mengambil keputusan untuk ke Majlis tersebut.Apabila di maklumkan kepada doktor yg bertugas, mulanya tidak dibenarkan juga.Oleh kerana ku betul2 juga mahu kuar wad, belum pun sempat ku duduk di sana........akhirnya mereka membenarkan juga aku kuar dengan menandatangani satu borang di mana risikonya ku tanggung sendiri.....Alhamdulillah.......Syukur.........
Terima kasih kepada suami ku..........yang betul2 memahamiku.........sanggup dia membawa semua anak2 kami ikut serta ke sana........Dengan tergesa2nya kami teruskan perjalanan juga walaupun ketika itu hujan turun dengan lebatnya.Tidak pernah ku dengar rungutan darinya..........walaupun penat camana pun dia teruskan juga perjalanan ni.Perjalanan ni mengambil masa 1 jam lebih...........
Alhamdulillah..........kami selamat sampai juga.Suami dan anak2 ke hotel di Tuaran.Mereka menginap di sana.

Kenangan bersama kawan2 sekelas dan juga Pengarah IP Kent ( berbaju hitam)




Kenangan bersama Penyelaras Peserta Kursus KDP dan juga Pensyarah IP Kent iaitu Puan Aida ( Tudung Hijau ).Alamak...........aku tertidur laks..........Ramai sangat yg ambil gambar....sampaikan aku terpejam mata........huhuhu...







Kenangan bersama kawan2 dan juga Pensyarah IP Kent iaitu Puan Noorsalawati dan Madam Shubashini.












Kenangan bersama kawan2 sekelas dan juga Tutor kami iaitu Puan Ramlah ( Tudung Pink becermin mata )...........tu ha.........nampak kan perut ku yang besar dan sarat betul kan....ada kawan yang sama besar perut.......tu dibelakang ku ( kak Saliah ) , terselindung pulak perutnya.heheheh....

Apa berlaku selepas Majlis itu?............Aku bersama2 kawan yang lain menaiki bas ke IP Kent.Aku di hantar oleh kawanku ke hotel di mana tempat suami dan anak2ku menginap.Kami bermalam di situ.Pada jam 2 lebih pagi ku dapati banyak lendir2 kuar.Ku kejutkan suami.Suami kejutkan anak2 dan kami terus ke Hospital.Jaraknya setengah jam juga.Sampai je aku terus ke wad untuk rawatan.Kusangkakan dah nak bersalin .....lum lagi pun........anak ni je bawa bergurau.....lama suami dan anak2 menunggu dengan kesejukannya........letih..mengantuk..............kesian mereka..............melihat anak2 ku kesejukan, suami membawa mereka menumpang di rumah kawan di KK tanpa pengetahuan ku..Selepas ku terima rawatan, ku sepatutnya kena tahan di wad.Sekali lagi yg berlaku.......aku minta untuk pulang.Ku ceritakan kepada doktor bertugas tempat tinggal ku nga hospital ni jaraknya 2 jam.Sukar untuk aku sekiranya aku di tahan di hospital ini.Mendengar penjelasanku , doktor membenarkan aku kuar tanpa bermalam.
Aku kuar mencari mereka.......tak jumpa........ku tanya pengawal di sana......dia berpusing2 di sekitar kawasan hospital mencari..tidak juga ketemu....lama ku menunngu....akhirnya ku naik semula tempat tadi ( terima rawatan ), ku bagitau nurse yg bertugas, merekalah yg menghubungi suamiku.Ini kerana beg, telefon semuanya dengan suamiku........
kami berehat dulu di rumah kawan tadi....dalam jam 10 gagi begitu kami bertolak pulang ke Kota Marudu.Alhamdulillah..........kami selamat sampai.
Sepatutnya.........pada 28.10.2008 tu, aku mula bertugas selepas berkursus.Apa yg berlaku.........Aku bersalin pada hari tersebut........Pada pagi tu......jam 5 pg kami ke hospital dan jam 8 pg aku selamat bersalin......Lamanya ku tinggal sekolah.......Dari mula berkursus 3 bulan hingga bersalin 2 bulan.............bersambung dengan cuti hujung tahun.............heheheh setengah tahun ku tidak ke sekolah..............
Mengimbau kembali semasa berkursus.
Hari pertama ku bersama kak Saliah di rumah sewa kami.....malam pertama...kami menangis berterusan sehingga pagi tu bengkak mata kami.Apa taknya perasaan sayu, sebak kerana kedua kami buat pertama kali berjauhan dengan suami dan anak2.
Hari berikutnya.......kami mendapat house mate baru.Tinggal berlima.Dengan pertama kali belajar...ku cuba sesuaikan diriku jua..........banyak betul cubaanya.....tetapi ku lalui dengan sabar.Penah satu kali.....dah sarat tu.........kelas ku di tukar ke blok lain dan tingkt 3.huh........bayangkan dengan perutku yg besar.sarat........dengan beg2nya lagi.........nasib baik lah ada kawan yg prihatin tolong membawa beg2ku......ku bawa diri je.........tu pun dengan perlahan2 kepenatan........kadang kelas sampai petang.........
Terima kasih buat kawan2 sekelas ( unit 4 ) serta pensyarah2........Budimu tetap ku kenang.......
Ada lg citenya.........semasa exam.....tengah jawab exam tu........sudahlah panas........tiba2........kuar air.........basah juga seluarku............takutnya aku........hari pertama exam tu......ok je aku kuatkan semangat je.........kedua.......kuar juga air........ketiga.........kuar juga..........alhamdulillah habis juga aku duduki exam tu.Tu lah berkat doa suami, ibubapa,mertua, adik beradik dan kawan2 serta semuanya.........Syukur........sempat habis exam.Kalau nak tau.....suami tersayang ku ambil cuti rehat 3 hari dengan menunggu aku di sana.......takut2 aku sakit semasa exam tu........
Terima kasih banggggg..............

Pengalamanku ini telah mematangkan aku, malah lebih buatke belajar untuk berdikari.Selama berkursus tu......banyak yg ku perolehi.........Inilah semangat mahu memegang segulung ijazah......heheheh....Syukur alhamdulillah.sekarang aku dah nak masuk semester 3 SMP OUM.


Teman baik dan Rakan lepak


Nampak tak tu?........baju sama kan.Ini lah kawan2 lepak ku.Setiap petang wajib dah keluar rumah,sembang2,tukar2 cerita,dan macam2.Anak2 kami ni suka betul di luar.Bukan anak je maknya pun sama.........
Kami ni rapat betul dah lebih cam adik beradik dah.(lain mak lain bapak).Hujung sebelah kanan tu aku,che ma, che Jah dan che na.Baju ni kami berpakat membelinya dari internet.Dah mabuk soping di internet pulak.ei....macam2 cite kami ni.semua spoting habis.sekepala pulak tu.........he.he..he..setiap hari ada je cite yang di bualkan.Yang menariknya cite tentang hal masing2 lah.
Bagus ni begini, hilang rasa boring, bosan, stress dan macam2.Kami ni mana boleh duk dalam rumah.Kalau cuaca tak bagus...dah gelisah....sebab tak dapat kuar umah...naik ketelah pulak round2....bawa anak jalan2.Dalam rumah je....tau jelah budak2 ni mana leh duk diam....
Yang di dukung tu anak2 kami lah...nak berposing pun anak tak lepas.anak mak katakan.....

Tengok tu.......gembiranya kami ni..senyum meleret.hehehe.........pas ni apa pulak program kami ye.......fikir2.......



Anak manis di sebelah kiri ni, namanya Aishah Sofiyah.Lahir pada 15.6.2008.Di tengah tu Najihatussoleha.Wau........panjang dan cantik namanya kan.Lahirnya pada 3.7.2008.Dan yang paling kecil tu Nur Qaisara Uzma.Lahir pada 28.10.2008.(Anakku)
Sekolah sekalilah ni.Tahun yang samakan.Kecik2 lagi dah pandai posing.Ikut maknya lah kan.hehehe.....Mereka ni dah pandai dah nak mintak kuar.Asalnya dah petang mula lah menangis dan meragam dan macam2.Kalau dah kuar tu.......diam je.Kadang sampai tertidur di luar.....berangin kan...selesa.....



Macam2 aksi anak2 kecik ni...........cute kan.........Harap2 dah besar nanti menjadi anak soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.Amin..............







Muhammad Luqmanul Hakim, Mohd Fadhlan, Nur Qaisara Uswah dan Muhammad Lutfir Rahman.Tengok tu..........anak2 pun akrabnya bukan main.......kecil2 lagi dah pandai berkawan.Apa taknya..........se Taman, se Lorong, dan sebelah rumah lagi.Lagi pun masing2 membesar sekali kan.Alhamdulillah...........dah besar pun mereka ni.