PENGENALAN
Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya. Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakkan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam penulisan al-quran pada ketika itu.
Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran. Akhir-akhir ini telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa kekeliruan dan kadang-kadang langsung kepada penyelewengan terhadap kandungan Al-Quran itu sendiri. Terdapat banyak aduan dari kalangan masyarakat Islam tentang salah baris, salah ejaan, bertambah huruf, perkataan tidak terang dan lain-lain termasuk juga Al-Quran yang terlalu lusuh disimpan tanpa mengambil faedah daripadanya sedikit pun.
Atas kesedaran ini, Kerajaan Malaysia telah berusaha mengesyorkan kepada Umat Islam supaya menggunakan Al-Quran dengan tulisan Rasm Uthmani sahaja. Selain daripada dapat menyelaraskan tulisan Al-Quran, Rasm Uthmani juga mempunyai kelebihan dan kesahihannya mengikut sejarah.
Dalam tahap penulisan Al-Quran sehingga sepertimana yang terdapat sekarang, ianya melalui empat peringkat. Pertama, penulisan Al-Quran masih belum diletakkan tanda-tanda sebagaimana yang ada sekarang.Kedua, penulisan Al-Quran barulah ditandakan titik-titik yang mana telah dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali pada zaman Khalifah Marwan bin Hakam.Ketiga, penulisan Al-Quran barulah ditandakan Syak(harkat) yang dipelopori oleh Hajjaj bin Yusuf.
Dalam tahap keempat barulah ditambahkan tanda-tanda wakaf Marka’ dan lain-lain. Al-Quran tersebut ditulis tangan dengan Khat Kufi kemudian ditulis lagi dengan Khat Raihani kemudian dengan Khat Thuluth dan yang terakhir dengan Khat Nasakh. Dengan Khat Nasakh inilah pertama kali Al-Quran dicetak di Jerman (Hamburg), dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam lainnya hingga ke hari ini.
SEJARAH AL-QURAN
Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf ( tidak boleh membaca dan menulis ), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh mengenal sesuatu bentuk tulisan.Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu’awiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al-Ala’ bin al-Hadrami.Semuanya dari kalangan penduduk Mekah manakala dari kalangan Madinah ialah Amru bin Said, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru.
Setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah.Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam.Akhirnya Rasulullah s.a.w mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakkanya penulis wahyu ) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.
PENGENALAN RASM UTHMANI
Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya.Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi.Dr. Sya’ban Muhammad Ismail mendefinisikan dengan lebih terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Sayyidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu.Kesimpulannya bahawa Rasm Uthmani ialah tulisan asal al-Quran yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran dan dinisbahkan kepada Sayyidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.
RASM UTHMANI SERTA KEISTIMEWAANYA
Al-Quranul karim boleh ditakrifkan sebagai kalamullah yang diturunkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril as dan melalui Nabi Muhammad S.A.W disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah Surah Al-Isra ayat 9
¨Maksudnya: “ Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar”.
Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:
“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.Riwayat Ibnu Mas’ud.
Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai berbagai keistimewaan yang tiada terdapat pada rasm yang lain.Di antaranya keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :
1. Tauqifi daripada Rasulullah S.A.W.
Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah kepada para sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu daripada Allah.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Najm ayat 1-4 yang berbunyi:
Maksudnya: “Demi bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad S.A.W yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah ).Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama Islam ) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”.
2. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran.
Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan pembacanya akan mendapat ganjaran iaitu pembacaan yang menepati rukun. Para ulama Al-Quran bersepakat mengatakan rukun bacaan yang betul ada tiga perkara.Salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri.Perkataan rukun bermaksud yang perlu ada pada sesuatu, sekiranya tiada Allah tidak akan menerima perbuatan dan amalan tersebut.Oleh yang demikian, amalan bacaan al-Quran hanya dianggap betul sekiranya berpandukan salah satu mashaf-mashaf uthmani sahaja.
3. Merangkumi tujuh huruf Al-Quran
Salah satu keistimewaan rasm uthmani ialah kerana kaedah penulisannya berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan ianya bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabat.Terdapat hadis yang menerangkan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf sebagaimana sabda baginda S.A.W yang bermaksud:
“ Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah menceritakan kepadaku Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku Ubayd Allah bin Abd Allah, bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Jibril a.s. telah mengajarkan kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa meminta ditambahkan, dan akhirnya ia menambah kepadaku sehingga selesai tujuh huruf”.
Salah satu pendapat disepakati oleh ulama ialah tujuh huruf itu bermaksud tujuh cara bacaan yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama sama ada mufrad, muthanna atau jama’ dan sama ada mudhakkar atau muannath, samaada tebal, nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya.
4. Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.
Satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa rasm uthmani perlu diutamakan dalam penulisan Al-Quran kerana ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Al-Quran oleh Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril a.s.Semasa Rasulullah melakukan semakan terakhir al-quran kepada malaikat Jibril a.s., Zayd bin Thabit turut bersama-sama baginda.Oleh itu Zayd bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan al-Quran oleh khalifah Abu Bakar r.a dan khalifah Uthman r.a.Maka Zayd menulis berpandukan kepada apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir.
5. Salah satu dari mukjizat Al-Quran.
Setiap huruf-huruf Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T semata-mata.Sebarang penambahan atau pengurangan terhadap huruf-hurufnya bererti seseorang itu telah menambah atau mengurangkan mukjizat Al-Quran dan sekiranya ia berlaku sudah pasti orang yang melakukannya bertanggungjawab di akhirat kelak.Oleh itu, rasm uthmani sangat perlu diberikan keutamaan dalam penulisan Al-Quran supaya kaedah penulisan tersebut betul mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Selain itu, Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat.
6. Mengikut Sunnah Rasulullah
Tulisan yang mengikut rasm atau tulisan yang ditulis di zaman Rasulullah.
DEFINISI SETIAP KAEDAH SERTA CONTOH-CONTOHNYA
Terdapat tiga kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah Arab.Kaedah-kaedah tersebut ialah Rasm Uthmani, Rasm Qiyasi dan Rasm Arudi.Daripada tiga kaedah ini, hanya Rasm Uthmani dan Rasm Qiyasi digunakan dalam penulisan Al-Quran dan Rasm Arudi digunakan dalam penulisan syair-syair Arab sahaja.Kaedah Rasm Uthmani jauh berbeza dengan kaedah penulisan biasa.Terdapat beberapa kaedah. Antaranya ialah:
1. KAEDAH AL-HAZAF
Maksud Al-Hazaf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani, Al-Hazaf bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf. Mengikut kaedah Rasm Uthmani terdapat enam huruf yang dibuang iaitu Alif, Wau,Ya, Lam, Nun dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu.Hazaf berlaku dalam tiga bentuk iaitu hazaf isyarah, hazaf ikhtisor dan hazaf iktisor.
Hazaf Alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut.
(a) Hazaf Alif
1. Alif pada kalimah “basmalah “sama ada lengkap atau tidak.Contohnya surah An-Naml ayat 30:
Kecuali pada surah Al-Alaq ayat 1:
2. Alif “Al-Takrif “yang didahului huruf Lam untuk ta’kid atau “jar”.Contohnya surah
Al-Imran ayat 96:
¨3. Kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata’ yang berfungsi sebagai pertanyaan dan
disusuli selepasnya hamzah wasal atau Qata’.Contohnya surah Al-Baqarah ayat 35:
4. Alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa.Contohnya surah Yusuf ayat 82:
5. Alif ya kata seruan ( ya al-nida ).Contohnya surah Az-Zumar ayat 53:
6. Alif kalimah aiyuha pada tiga tempat di tiga surah berlainan.Contohnya surah An-Nur ayat 31:
7. Alif “ domir marfuk “ yang bersambung dengan “ domir maful “.Contohnya surah Ya-sin ayat 69:
8. Alif kata bilangan dua (muthanna) yang tidak terletak dihujung kalimah.Contohnya Surah An-Nisaa ayat 16:
9. Kebanyakan alif pada kalimah jama’ muzakkar salim.Contohnya surah Al-Fatiha ayat
2:
Kecuali jika selepasnya huruf hamzah atau tasdid.Contohnya surah Al-Fatiha ayat 7:
10. Semua Alif jamak Mu’annath.Contohnya surah An-Nisa ayat 25:
Kecuali surah syura ayat 22:
11. Alif pada kata nama bilangan ( Asma’ Al-Adad ).Contohnya surah Al-A’raf ayat 142:
12. Alif berbaris dua di atas ( fathain ) yang didahului huruf hamzah.Contohnya surah Al-A’la ayat 5:
Begitu juga jika huruf sebelum hamzah berbaris dihazaf alif sama ada ia “ nasab “ atau kata bilangan dua “ li thasniah “.Contohnya surah Yunus ayat 87:
!13. Alif bagi ha peringatan ( ha tanbih ).Contohnya surah An-Naml ayat 42:
14. Alif kata penunjuk ( isim isyarah ).Contohnya surah Al-Baqarah ayat 5:
15. Alif kata nama penyambung ( asmak al-Mausulah ).Contohnya surah At-Talaq ayat 4:
‘16. Alif di tengah-tengah ejaan nama ajam dan nama-nama itu sering digunakan.Contohnya surah Al-Anbiyaa ayat 48:
17. Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya terdapat pada satu tempat sahaja dalam A-Quran iaitu dalam surah An-Nisaa ayat 99:
18. Alif hamzah pada semua perkataan "ألن"contohnya dalm surah Al-Baqarah ayat 71:
19. Alif berbentuk ( surah ) hamzah yang asalnya dihujung kalimah seperti dalm surah Al-Baqarah ayat 72:
20.Dua alif yang berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 6:
21.Alif wau jamak pada dua huruf yang asal yang dibuang.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 61:
22. Alif pada kalimah-kalimah yang mempunyai dua huruf lam.Contohnya dalam surah Al-I Imran ayat 164:
23. Semua perkataan “ kitab” kecuali di tempat berikut.Surah An-Naml ayat 1:
Surah Qaf ayat 14:
25. Perkataan “ayatuna” kecuali pada dua tempat seperti dalam surah Yunus ayat 21
Dan surah Yunus ayat 15.
26. Hazaf alif juga berlaku pada kalimah-kalimah berikut:
الرحمن،المبركة،الشيطن،السلطن،المسكين،المسجد،السموت.
(b) Hazaf Wau
Hazaf wau berlaku dalam keadaan berikut:
1.Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah As-Sajda ayat 18:
`2. Dibuang wau yang menumpangkan huruf hamzah.Contohnya dalam surah Yusuf ayat 5:
3. Dibuang awau pada empat kata perbuatan. Contohnya dalam surah A-Alaq ayat 18:
( c) Hazaf Ya
Hazaf Ya berlaku dalam keadaan berikut:
1. Ya “ muatakallim” pada kedudukan “ isim munada”.Contohnya dalam surah Al-Furqan ayat 30:
È
2. Ya tambahan di akhir kalimah yang tidak berfungsi sebagai “nidak”.Contohnya dalam surah Hud ayat 105:
3. Ya “ isim manqus” berbaris dua di hadapan atau baris dua di bawah.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 173:
4. Ya daripada dua ya yang berturut-turut dalam satu kalimah sama ada di tengah atau di akhir.Contohnya dalam surah Al-Maidah ayat 111:
Kecuali pada ayat 18 surah Mutaffifin:
5. Ya yang “bersuroh” hamzah.Contohnya dalam surah Maryam ayat 74:
6. Semua lima belas kali ya pada perkataan” Ibrahim” dalam surah Baqarah.
7. Semua kata “ say’yiah “ dalam bentuk jamak.Contohnya dalam surah Hud ayat 78:
( d ) Hazaf Lam
Hazaf Lam berlaku pada keadaan berikut:
1. Pada Lam kedua dalam kalimah-kalimah
الذي،الذان،الذين،التي،الئ دان والليل.
Kecuali kalimah-kalimah seperti
اللاعنون،اللاعنين،اللعنة،اللغو،اللهو،الؤ،اللات،الحم،اللطيف دان اللوامة يغ كسمواث مغكلكن حروف لام كدوا.
2. Lam pada lafzul Jalalah.
(e) Hazaf Alif, Wau, dan Ya Fawatih Suwar.
Hazaf alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to, sod,qaf, ro.Hazaf wau pula pada huruf nun.Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-huruf mim, sin dan ain.Huruf fawatih yang tidak terlibat dengan hazaf fawatih hanyalah alif kerana selepas dieja tiada huruf mad yang terdapat padanya.
2. KAEDAH AL-ZIYADAH
Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi.Terdapat tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan rasm uthmani.Huruf tersebut ialah Alif, wau dan ya.
1. Menambah huruf-huruf alif.Terbahagi kepada enam bahagiani)
Menambah alif selepas wau gentian kepada jamak muzakar salim yang berhubung dengan fi’il madhi, mudari’ dan amar. Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 218.
¨ii) Menambah alif selepas huruf wau jamak pada perkataan muzakar salim yang marfu’. Contohnya
أولواالألبب
iii) Menambah alif selepas wau bagi semua fi’il mudari’.Contohnya dalam surah Al-
Hajj ayat 12.
iv) Menambah alif selepas huruf mim.Contohnya مائة حبة.
v) Menambah alif selepas huruf ya.Contohnya dalam surah yusuf ayat 87.
vi) Menambah alif selepas huruf lam.contohnya وملاية بئايتنا.
2. Menambah huruf wau.Terbahagi kepada dua bahagian.
i) Menambah huruf wau.Ia ditulis tetapi tidak dibaca dengan hukum madd pada
huruf wau itu.Contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 145.
ii) Menambah huruf wau selepas hamzah qata’ tetapi ia tidak dibaca dengan madd
huruf wau itu.Contohnya أولئك جزاؤهم.
3. Menambah huruf ya iaitu menambah huruf ya pada kalimah-kalimah tertentu tetapi tidak dikira sebagai huruf madd.Contohnya:
i) Surah Al-Imran ayat 144:
ii) Surah Ta-Ha ayat 130:
živ) Surah Al-Zariyat ayat 47:
v) Surah Al-Qalam ayat 6:
vi) Surah Al-An’am ayat 34:
vii) Surah Yunus ayat 15:
Begitu juga pada kalimah (mala’) pada surah Hud ayat 97:
3. KAEDAH AL-IBDAL
Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain.Pertukaran tersebut berlaku dalam lima keadaan berikut iaitu:-
1. Pertukaran huruf alif kepada wau
2. Pertukaran alif kepada ya
3. Pertukaran nun kepada alif
4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah
5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif
1. Pertukaran huruf alif kepada wau
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif akan diibdalkan kepada huruf wau pada beberapa kalimah tertentu.Kalimah tersebut ialah:-
a) Empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu
الصلوة، الزكوة، الحيوة، الربوا
b) Empat kalimah dalam surah-surah tertentu iaitu:-
بالغدوة، كمشكوة، النجوة، ومنوة
2. Pertukaran alif kepada ya
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif pula akan diibdalkan kepada huruf ya pada beberapa keadaan tertentu.
a) Apabila alif terletak di hujung kalimah.Contohnya dalam surah Ali Imran ayat 73:
tetapi terdapat beberapa keadaan di mana huruf alif dikekalkan, iaitu huruf alif bersebelahan ya sama ada sebelum atau selepasnya.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 201:
terdapat satu kalimah yang tetap ditulis dengan ya biarpun ianya bersebelahan dengan huruf ya iaitu dalam surah Maryam ayat 7:
Huruf alif pada kalimah-kalimah berikut
كلتا، عصا، الأقصا، أقصا، سيماهم، طغا
b) Huruf alif pada kalimah أنى yang membawa maksud “bagaimana”, ia juga pada kalimah seperti
أنى، على، حتى، الى، بلى، متى، لدى
Melainkan pada satu kalimah yang tetap ditulis dengan huruf alif iaitu daripada surah Yusuf ayat 25:
3. Pertukaran nun kepada alif
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf nun akan diibdalkan kepada huruf alif pada beberapa keadaan tertentu:
a) Huruf nun taukid khafiyyah pada dua kalimah iaitu وليكونا دان لنسفعا
b) Huruf nun pada kalimah satu kalimah seperti فاذا
4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Ta’ al-Marbutah akan diibdalkan kepada huruf Ta’ al-Maftuhah pada beberapa kalimah tertentu.
a) Kalimah رحمة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah رحمت pada tujuh tempat dalam al-Quran.
b) Kalimah نعمة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah نعمت pada sebelas tempat dalam al-Quran.
c) Kalimah سنة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah سنت pada lima tempat dalam al-Quran.
d) Kalimah امرأة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah امرأت pada tujuh tempat dalam al-Quran.
e) Kalimah مرضا ة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah مرضا ت pada semua tempat dalam al-Quran.
f) Kalimah لعنة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah لعنت pada dua tempat dalam al-Quran.
g) Kalimah معصية ditulis dengan Ta’ al-al-Maftuhah معصيت pada dua tempat dalam al-Quran.
h) Huruf-huruf yang mufrad ditulis dengan Ta’ al_maftuhah pada tujuh kalimah dalam al-Quran, iaitu شجرت ، قرت ، ثمرت ، بقيت ، وجنت ، فطرت ، ابنت
.
5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif
Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah wau.Contohnya seperti سنا ، شفا ، الصفا dan sebagainya, melainkan semua kalimah والضحى dan lima kalimah yang lain iaitu زكى ، دحها ، تلها ، طحها ، سجى
4. KAEDAH AL-WASL DAN AL-FASL
Al- Wasl wa al-Fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah tertentu.Di dalam penulisan Rasm Uthmani, terdapat banyak kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan cara berpisah pada tempat yang lain dan sebaliknya.
1. Ditulis dengan bersambung pada kalimah-kalimah berikut:
a) Semua Ya’ al-Nida’ ( يا ) dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 35.
b) Semua Ha’ al-Tanbih ( ها ) dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-Nisa ayat 109.
c) Semua kalimah ( أم ) dengan ( ما ) seperti dalam surah Al-Lail ayat 5.
d) Semua huruf Alif Lam al-Ta’rif dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-Fatihah ayat 4.
e) Semua kalimah ( من ) dengan ( من ) seperti dalam surah Hud ayat 48.
f) Semua kalimah ( من ) dengan gantinama selepasnya seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 35.
Ÿg) Kalimah ( يس ) dengan ( ما ) pada dua tempat dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah ayat 90
dan surah Al-A’raf ayat 150.
h) Kalimah (ابن ) dan (أم ) yang dimulai dengan Ya’ al-Nida’ (يا) pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Taha ayat 94.
i) Semua kalimah berikut
ويكأن ، ويكأنه ، أيما ، مهما ، إلا ، يومئذ ، نعما ، كأنما ، حيئذ ، أما ، كالوهم ، وزنوهم.
2. Ditulis dengan berpisah pada kalimah-kalimah berikut:
a) Kalimah (هيث ) dengan (ما ) pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah ayat 144 dan 150.
b) Semua kalimah (يس) dengan (ما ) yang didahului dengan huruf Fa’ dan Lam seperti dalam surah Ali Imran ayat 187.
c) Kalimah ( أن ) dengan ( لم ) pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-An’am ayat 131 dan
š
surah Al-Balad ayat 7.
d) Kalimah ( عن ) dengan ( من ) pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nur ayat 43 dan
surah Al-Najm ayat 29.
e) Kalimah (ابن) dan (أم) apabila tidak bersambung dengan Ya’ al-Nida’ pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-A’raf ayat 150.
f) Kalimah ( عمن ) pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nur ayat 43 dan
surah Al-Najm ayat 29
g) Kalimah (كى) dengan (لأ) pada tiga tempat dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nahl ayat 70,
surah Al-Ahzab ayat 37 dan
surah Al-Hasyr ayat 7.
h) Kalimah (أيا) dengan (ما) pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Isra’ ayat 110.
i) Kalimah (إل) dengan (ياسين ) pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Safat ayat 130.
j) Kalimah (أن) dengan (لو) pada tiga tempat sahaja salah satunya dalam surah Al-A’raf ayat 100.
3. Kalimah yang berbeza bentuk tulisannya
i) Kebanyakkanya ditulis dengan bersambung
a) Kalimah ( أن ) dengan ( لا ) seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 282.
b) Semua kalimah ( إن ) dengan ( ما ) seperti dalam surah Muhammad ayat 4.
Melainkan pada satu tempat yang ditulis terpisah iaitu surah Al-Ra’d ayat 40.
c) Semua kalimah ( عن ) dengan ( ما ) seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 74.
Melainkan pada satu tempat yang ditulis terpisah iaitu surah Al-A’raf ayat 166.
d) Semua kalimah ( إن ) dengan ( ما ) seperti dalam surah Al-Nisa ayat 171.™
Melainkan pada satu tempat yang ditulis dengan berpisah iaitu surah Al-An’am ayat 134.
ž
e) Semua kalimah ( كل ) dengan ( ما ) seperti dalam surah Al-Nisa ayat 56.
Melainkan pada tempat yang ditulis dengan berpisah iaitu surah Ibrahim ayat 34.
ii) Kebanyakkannya ditulis dengan berpisah.
a) Semua kalimah ( أين ) dengan ( ما ) seperti dalam surah Ali Imran ayat 112.
Melainkan pada tiga tempat yang ditulis bersambung iaitu surah Al-Baqarah ayat 115.
b) Semua kalimah (إن ) dengan ( لم ) seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 24.
Melainkan pada satu tempat yang ditulis bersambung iaitu surah Hud ayat 14.
4. Kalimah yang harus ditulis sama ada bersambung atau berpisah.
a) Kalimah ( فى ) dengan ( ما ) pada sepuluh tempat dalam al-Quran.Salah satunya seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 240.
Ÿ
b) Kalimah ( أن ) dengan ( لا ) pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Anbiya ayat 87.
KAEDAH AL-HAMZ / HAMZAH
Penulisan Hamzah di dalam Rasm Uthmani terbahagi kepada dua bahagian
1. Hamzah Wasal
2. Hamzah Qatho’
Hamzah Wasal
Cara mengenal hamzah wasal di dalam Mashaf Rasm Uthmani ialah diletak di atas huruf alif kepada sod yang kecil.Hamzah wasal kekal bunyinya (sebutannya) ketika dimula dengannya dan dia gugur (hilang) ketika disambung dengan kalimah sebelumnya.Hamzah ini berada di awal kalimah sahaja. Contohnya السميع العليم.
Hamzah Qatho’
Cara mengenal hamzah Qatho’ di dalam mashaf Rasm Uthmani ialah ditulis atau diletak di atas alif, wau dan ya’ huruf hamzah yang kecil.Hamzah qatho’ kekal sebutannya sama ada ketika dimula dengannya juga ketika disambung dengan kalimah sebelumnya.Hamzah qatho’ berada pada awal tengah dan akhir kalimah.
Contohnya أن أدواالى
Pembahagian Hamzah Wasal
1. Hamzah wasal ditulis dengan alif dan di atas alif diletak tanda hamzah wasal ( ا ) iaitu kepala huruf sod sebagai gambaran kepada hamzah wasal.
Contohnya واليوم الموعود
2. Hamzah wasal dibuang atau dihazaf gambarannya pada lima keadaan:
a) Hamzah wasal pada faul kalimah yang terletak di antara huruf wau ataupun fa’ dengan hamzah. Contohnya; Asal فاأتوا ditukar kepada فأتوا
b) Hamzah wasal terletak pada Fi’il Amar sebelumnya juga terdapat huruf wau dan fa’.
Asal واسئل ditukar kepada وسئل
c) Hamzah wasal terletak pada Lam At-Takrif sebelumnya terdapat huruf Lam Ibtida’ atau Lam huruf Jarr.Contohnya
Asal لالذى ditukar kepada للذى
d) Hamzah wasal yang terletak pada Fi’il sebelumnya terdapat hamzah istifham.Contohnya
Asal أاطلع ditukar kepada أطلع
e) Hamzah wasal yang terletak pada lafaz Isim Majrur dengan ba’ yang disandarkan kepada Lafzl Jalallah.Contohnya
Asal باسم الله ditukar kepada بسم الله
Pembahagian Hamzah Qatho’
1. Hamzah yang ditulis mengikut harakat ( baris ) dan surah ( gambaran ) sebelumnya.Contohnya وأصيلا
2. Hamzah bersendirian sebelumnya terdapat huruf yang sakinah.
Contohnya عليهم ءأنذرتهم
3. Hamzah yang bertanda sukun terletak pada pertengahan kalimah atau akhir kalimah terdapat di dalam beberapa keadaan.
a) Hamzah selepas Fathah ( baris di atas ) ditulis dengan hamzah dan alif.
Contohnya أنشأتم شجرتها
b) Hamzah selepas Kasrah ( dibaris bawah ) ditulis dengan hamzah dan ya’.
Contohnya ائت بقرءان
6. KAEDAH MA FIH QIRA’ ATAANI
Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat, kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut.Kaedah penulisan kalimah-kalimah tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:
1. Bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat.
Terdapat beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf Alif, bacaannya bertepatan dengan dua wajah qiraat sama ada dengan Alif panjang atau tanpa Alif yakni pendek.Contohnya:
a) Kalimah ) فكهين ) boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf fa’
b) Kalimah مللك) ) boleh dibaca panjang atau pendek pada huruf Mim dan kalimah seumpamanya.
2. Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat.
Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah, ianya ditulis dengan menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur.Contohnya:
a) Kalimah الصرط) ) ditulis dengan huruf sad walaupun terdapat qiraat yang membaca dengan huruf sin dan huruf zay yang diisymamkan.Ini kerana bacaan sad lebih masyhur dan banyak digunakan dalam qiraat-qiraat mutawatirah jika dibandingkan dengan bacaan lain.
3. Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza.
Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah.Ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai bagi qiraat yang lain.Dengan itu, ianya ditulis pada sebahagian mashaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain.Contohnya
جنت تجرى تحتها الانهر ditulis sedemikian pada sebahagian mashaf, dan mashaf lain pula ada penambahan kalimah من menjadi تجرى من تحتها الانهر.
Al-Quran pada permulaan penurunannya yang diturunkan kepada nabi Muhammad tidak sebagaimana yang kita tatapi hari ini berkulit, berbaris, bertitik dan sebagainya.Masa dan waktu terus berjalan, semakin hari semakin ramai dikalangan sahabat yang menghafaz al-Quran meninggal gugur syahid.Islam semakin rancak tersebar di serata dunia menyebabkan berlakunya percampuran bahasa hasil daripada perkahwinan bangsa arab dengan bukan arab menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam membaca dan memahami al-Quran.Demi kemaslahatan umat generasi yang akan datang, satu inisiatif telah diambil untuk kemaslahatan umat generasi akan datang dengan memperkenalkan dhabtul Quran.
Al-Dabt pada bahasa bermaksud menjaga sesuatu manakala pada istilah ianya bermaksud satu disiplin ilmu yang membincangkan simbol-simbol yang diciptakan oleh ulama untuk membantu dan mengawasi bacaan dan menjaga ketulinan kalimah-kalimah al-Quran.
HIKMAH ATAU RAHSIA DISEBALIK PENGGUNAAN KAEDAH-KAEDAH TERSEBUT
1. Kaedah Al- Hazaf
Sebagai petujuk dua atau lebih wajah qiraat dan ianya mempunyai maksud tertentu yang khusus.
2. Kaedah Al-Ziyadah
Hurufnya mempunyai banyak keistimewaan.Para ulama berpendapat bahawa huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal baris bagi sesuatu huruf terutamanya pada peringkat awal penulisannya yang tidak mempunyai sebarang baris.Selain itu, para ulama juga mendapati bahawa huruf-huruf ziyadah mempunyai makna lain yang tersirat disebaliknya.
3. Kaedah Ibdal
Terdapat banyak hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan Ibdal dalam Rasnm Uthmani yang tidak mampu dikaji atau difikirkan oleh akal fikiran manusia.Terdapat juga beberapa hikmah atau keistimewaan yang tersurat dan dapat difikirkan oleh ulama yang pakar dalam bahasa arab dan pakar dalam bidang qiraat.Antaranya ialah huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal-usul sesuatu huruf.Selain itu, sebahagian kalimah ditulis bersesuaian dengan berbagai-bagai cara bacaan yang diharuskan.
4. Kaedah Al-Wasl dan Al-Fasl
Telah memberi kesan yang besar terhadap tiga perkara.Pertamanya cara bacaan.Cara bacaan bagi semua qurra akan berbeza dengan sebab berlainan cara penulisan kalimah-kalimah tertentu.Keduanya berkaitan dengan maksud kalimah.Maksud sesuatu kalimah yang ditulis dengan bersambung kadang-kadang akan berbeza apabila ia ditulis dengan berpisah.Ketiganya, berkaitan hukum tajwid.Hukum tajwid bagi sesuatu kalimah pada kebiasaanya akan berubah dengan sebab perbezaan cara tulisan yang melibatkan bersambung atau berpisah.
5. Kaedah Al-Hamz/ hamzah
Para ulama tidak dapat menyelami hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan huruf hamzah yang berbeza-beza kerana kaedah tersebut bukannya ciptaan manusia.Akal manusia tidak dapat memikirkan tentang hikmah di sebalik bentuk penulisan huruf hamzah yang berbeza-beza antara satu sama lain.Namun, terdapat juga beberapa hikmah yang tersurat di sebaliknya iaitu yang berkaitan dengan cara-cara bacaannya yang berbagai-bagai.
6. Kaedah Ma Fihi Qira’ Ataani
Terdapat pelbagai keistimewaan.Antaranya ialah ianya merupakan satu kaedah penulisan yang sesuai digunakan oleh semua wajah qiraat yang mutawatirah.Selain itu, ianya ditulis berpandukan bacaan yang lebih masyhur dan dibaca oleh kebanyakkan qiraat.Ianya berlaku apabila sesuatu qiraat harus ditulis dengan satu bentuk tulisan sahaja iaitu bentuk yang asal, tanpa perlu diubah kepada satu bentuk yang lain dan bentuk itu memungkinkan dibaca dengan berbagai qiraat.Selain itu, beberapa kalimah yang tertentu ditulis berlainan dalam beberapa mushaf-mushaf tertentu.Ini disebabkan oleh ayat atau kalimah asalnya hanya sesuai dibaca oleh sebahagian qiraat dan tidak memungkinkan dibaca oleh sebahagian qiraat yang lain.
PENDAPAT MENGENAI HUKUM MENGGUNAKAN RASM UTHMANI
Al-Quran adalah wahyu daripada Allah sebagai petunjuk kepada manusia.Di dalam penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama’.Pertamanya, penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani ( Pendapat Jumhur Ulama’).Keduanya, Harus menulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.Ketiganya, Harus malah Wajib dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud pembelajaran.
Pada pendapat saya, hukum menggunakan rasm uthmani adalah Wajib. Ini kerana, melalui rasm uthmani dapat membentuk bacaan yang selaras dikalangan pembaca yang mungkin mempunyai bentuk bacaan yang berbeza. Fenomena inilah yang menjadi faktor utama pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Uthman bin Affan yang menghadapi perbezaan bacaan al-Quran di kalangan umat Islam yang berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia dan mempunyai ramai penganut yang baru memeluk Islam. Justeru itu, perlu diamalkan sejak dari peringkat persekolahan lagi, nescaya ia akan mewujudkan bacaan yang seragam di seluruh negara.
Seterusnya, tulisan Rasm Uthmani ini dapat menonjolkan kemukjizatan al-Quran dengan wujudnya perbezaan bentuk tulisan al-Quran berbanding bahasa Arab. Walaupun Kalam Allah ini diturunkan dalam bahasa Arab tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi bentuk bacaannya seperti bacaan pendek dan panjang. Dengan adanya tanda bacaan yang tertentu, ia dapat memandu kita untuk membaca dengan betul. Ciri inilah yang terdapat dalam Rasm Uthmani. Jika kemukjizatan dan keistimewaan dapat diterangkan dan ditonjolkan dengan sebaiknya, ia dapat menarik minat untuk menggunakan Rasm Uthmani ini dalam pengajian al-Quran.
Selain itu, penguasaan ilmu tajwid adalah perkara yang mustahak selepas seseorang boleh membaca al-Quran.Kerana ketidak mampuan menguasai tajwid ini akan mewujudkan kesalahan dan kesilapan yang banyak dalam membaca al-Quran.Malah, kesilapan membaca membawa pada kesilapan pengertian yang terkadang membawa pada pengertian sebaliknya.Oleh itu, rasm uthmani boleh membantu menguasai huku-hukum tajwid.Dengan memahami beberapa simbol yang ada pada al-Quran uthmani, pembaca akan dengan mudah menguasai hukum tajwid dengan baik dan sempurna.
Selain itu, bentuk tulisannya dapat memudahkan seseorang mengetahui dan mengingati bentuk bacaan al-Quran. Contohnya, perbezaan bentuk baris tanwin dapat menentukan bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid, samada bacaan tersebut dengung atau pun tidak. Ini memudahkan kita untuk membaca al-Quran dengan bacaan yang betul.
Di samping itu, bentuk tulisannya juga teratur dan kemas sama ada pada awal atau surah. Begitu juga pada awal atau akhir juzuk. Setiap ayat diakhiri dengan kalimah yang menyempurnakan dan memenuhi kehendak ayat tersebut. Secara tidak langsung, pembaca dapat berhenti dengan baik dan selesa. Bagi yang ingin menghafal pula, ianya akan memudahkannya untuk membuat rujukan, tambahan pula bilangan mukasurat bagi setiap juzuk adalah sama iaitu sebanyak 20 halaman.
Secara keseluruhannya, dapat dijelaskan di sini bahawa sesungguhnya Rasm Uthmani yang disepakati oleh para sahabat r.a. amat memberi faedah kepada umat Islam hingga ke hari ini. Ia juga adalah salah satu daripada janji-janji Allah taala kepada manusia, iaitu akan memelihara al-Quran hingga ke hari kiamat.
Melalui penerangan ringkas mengenai Rasm Uthmani ini, diharapkan tugasan ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu yang berguna untuk tatapan dan panduan kepada kita. Antara lain, semoga penerangan dan huraian yang telah diperjelaskan ini juga akan dapat membantu kita semua di dalam meneliti di samping mengkaji beberapa kaedah dan pelbagai keistimewaan yang terdapat di dalam tulisan Rasm Uhtmani.
Firman Allah taala :
"ورتل القرأن ترتيلا "
Walau bagaimanapun ulasan-ulasan seperti ini tidaklah mencukupi untuk kita berhenti di sini, sebaliknya kita adalah berkewajiban untuk merujuk kepada guru-guru yang muktabar bagi memperdalami lagi kajian ini, supaya pengetahuan kita terhadap Rasm Uthmani ini akan lebih mendalam dan lebih jelas lagi .
Friday, February 12, 2010
Rasm Uthmani
Posted by roslizam at 10:22 PM 8 comments
Labels: Hasil tugasan
Psikologi
SOALAN TUGASAN
Pembelajaran berlaku setiap ketika dan di mana sahaja.Bagaimana proses pembelajaran ini berlaku boleh dijelaskan dengan teori pembelajaran yang dikemukakan oleh Skinner, Pavlov, Bandura dan lain-lain.
Untuk tugasan ini, anda perlu memahami setiap teori pembelajaran yang berkenaan dengan membaca modul dan lain-lain sumber jika perlu sebelum menjawab soalan-soalan berikut.
1. Bayangkan bagaimana tiga teori pembelajaran berikut dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah ( di mana pembelajaran telah dirancang ) dan di luar bilik darjah ( di mana pembelajaran tidak terancang ).
a. Teori Pembelajaran Kognitif
b. Teori Pembelajaran Gestalt
c. Teori Pembelajaran Gagne
Untuk setiap teori di atas, jelaskan salah satu prinsip utama yang paling berkaitan dengan contoh yang akan anda beri sebagai contoh aplikasi teori tersebut.Contoh ini adalah apa yang telah anda perhatikan sendiri dalam kedua-dua situasi tersebut.Sila berikan jawapan anda dalam bentuk jadual seperti di bawah.
Teori
Prinsip dan penjelasan
Contoh
Teori pembelajaran Kognitif
Berkaitan dengan proses pemikiran manusia seperti daya ingatan, imaginasi, bahasa, penyelesaian masalah dan celik akal. Teori pembelajaran kognitif juga boleh dikatakan tingkahlaku dan proses pemikiran manusia di antara rangsangan dan gerakbalas.
Di dalam bilik darjah.
Guru membawa murid melawat Muzium Negara. Semasa pembelajaran mata pelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan di dalam kelas guru meminta murid membuat karangan ringkas mengenai hasil lawatan mereka. Murid akan menggunakan kemahiran kognitif untuk mengingati semula pengalaman mereka semasa lawatan tersebut.
Di luar bilik darjah.
Murid memerhatikan perlakuan orang lain, disamping cuba menceritakan peristiwa yang pernah dialaminya. Murid akan menggunakan kemahiran kognitif untuk mengimbau kembali peristiwa yang pernah dilaluinya.
Teori pembelajaran Gestalt
Teori pembelajaran Gagne
Ia berkaitan dengan konsep akal, setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman dan memerhatikan pertalian antara pengalaman dan masalah yang dihadapi.
Menurut Gagne, teori ini menekankan pembelajaran berlaku secara berperingkat iaitu bermula daripada peringkat paling mudah ke peringkat paling sukar.
Terdapat 8 peringkat pembelajaran Gagne.
Penyelesaian masalah
Hukum
Konsep
Diskriminasi
Pertalian Bahasa
Rangkaian Motor
Gerak Balas
Pembelajaran Isyarat
Di dalam bilik darjah.
Sebelum guru memulakan pengajaran dan pembelajaran, guru mengedarkan soalan tanpa memaklumkan kepada murid terlebih dahulu.Masa untuk menjawab soalan tersebut adalah 10 minit. Dengan cara ini, murid-murid boleh menggunakan celik akalnya untuk menjawab soalan-soalan tersebut berdasarkan pengetahuan yang telah dipelajari sebelumnya.
Di luar bilik darjah
Apabila kaki kotor kerana bermain, murid akan menggunakan keupayaan mentalnya untuk mengaitkan situasi itu dengan pembelajaran pendidikan kesihatan iaitu cara-cara membersihkan anggota badan
Di dalam bilik darjah
Guru mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 1 iaitu dari mengenal huruf sukukata barulah membaca ayat yang mudah.Murid akan lebih memahami ayat mudah yang di baca kerana mereka telah mengenal dan membunyikan suku kata.Menurut Gagne, pembelajaran akan lebih mudah sekiranya bermula dari yang senang kepada yang sukar.
Di luar bilik darjah
Dalam mata pelajaran Sains Rumahtangga dalam bahagian jahitan, guru mengajar murid cara-cara menghasilkan jahitan jelujur.Murid menjahit sapu tangan dengan menggunakan jahitan berantai di rumah.Murid tidak akan menghadapi kesukaran ketika melakukannya.Menurut Gagne, pembelajaran akan lebih mudah sekiranya bermula daripada yang mudah kepada yang rumit.
Soalan 2.
Teori kooperatif juga merupakan teori pembelajaran.
(a) Jelaskan teori ini.
Pendekatan kooperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya.Pembelajaran kooperatif merangkumi pelbagai jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran. Ianya adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Pada asalnya, ia menggalakkan pelajar belajar bersama dengan berkesan dan boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umum dan dalam pelbagai matapelajaran.
Menurut Johnson & Johnson 1991, pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran. Pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi serta meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan.
Pembelajaran kooperatif yang merujuk kepada pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasarannya bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat.
Malah pembelajaran kooperatif juga menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan mereka berkongsi idea dalam suasana yang baik. Guru hendaklah memupuk sikap positif seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri agar objektif kumpulan tercapai dan dapat mengekalkan hubungan yang positif.
( b ) Fikirkan tentang pedagogi pembelajaran teradun ( ” blended learning pedagogy” ) yang diamalkan OUM ( pembelajaran atas talian dan pembelajaran kendiri ). Untuk setiap mod pedagogi tersebut, jelaskan bagaimana teori pembelajaran konstruktivisme telah diaplikasikan.Berikan contoh dan ceritakan tentang pengalaman anda sebagai seorang pelajar semasa mengalami proses pembelajaran tersebut.Sila berikan jawapan anda dalam bentuk jadual di bawah.
Pembelajaran Terandun.
Pembelajaran kooperatif ialah pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar.
Contoh pembelajaran koperatif ialah, saling bergantung satu sama lain secara positif. Sikap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas keberkesanan pembelajaran kumpulan. Untuk mencapai kejayaan, tugas perlu diagihkan kepada semua ahli kumpulan untuk menyumbang memberi jawapan. Pengalaman saya sebagai pelajar ialah bekerjasama dalam kumpulan setiap kali untuk menyiapkan kerja yang diberikan oleh pensyarah, seperti pembentangan tugasan, perbincangan kerja kursus dan sebagainya.
Pembelajaran teradun OUM
Contoh pembelajaran kooperatif
Pembelajaran bersemuka
Pembelajaran bersemuka ialah pertemuan antara pelajar dengan pengajar atau pensyarah. Sebagai seorang pelajar saya tidak boleh bergantung seratus peratus kepada pembelajaran realiti. Saya juga masih perlu bersemuka dengan pensyarah kerana ia satu daripada cara untuk meningkatkan kualiti pembelajaran saya. Segala permasalahan yang saya hadapi, dapat diselesaikan sekadar segera dan disamping itu, dapat menguatkan hubungan silaturahim dengan pensyarah.
Pembelajaran atas talian
Pembelajaran atas talian ialah pembelajaran yang melibatkan penggunaan ICT sepenuhnya. Contohnya pelajar dan tutor boleh berhubung melalui email dan forum pada bila-bila masa dan di mana sahaja
mereka berada. Selain itu, dengan melayari myLMS ( Learning Management System) boleh merapatkan hubungan antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pensyarah. Pengalaman saya sebagai seorang pelajar kursus 14 minggu, Sekiranya terdapat persoalan atau permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran serta kerja kursus yang diberikan saya boleh berinteraksi dengan melayari myLMS. Malahan, saya tidak perlu risau tentang masa,tempat kerana saya boleh myLMS pada bila- bila masa.
Pembelajaran kendiri
Pembelajaran kendiri bermaksud pelajar belajar bersendirian tidak bertemu selalu dengan pensyarah dan juga rakan- rakan lain. Contohnya pelajar akan belajar dan juga menjalankan aktiviti- aktiviti pembelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang di cari. Melalui pembelajaran kendiri saya bebas untuk menentukan masa dan tempat untuk belajar mengikut kesesuaian waktu. Saya pelu pandai membahagikan masa untuk pembelajaran, kerjaya dan rumah tangga. Saya juga mesti mempunyai keyakinan diri dan sentiasa bersedia untuk belajar bagi mencapai kejayaan yang diimpikan.
Soalan 3.
(a) Teori progressivist.
Teori progressivist ialah pembelajaran secara cepat, iaitu mencari sumber atau bahan secara sendiri tanpa bantuan daripada guru, contohnya murid mencari bahan sendiri berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran melalui internet.
Menurut John Dewey, pengalaman murid penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam teori ini, nilai yang perlu dikembangkan adalah kebebasan. Mereka mempunyai kesedaran terhadap sesuatu masalah dan cuba untuk mengenal pasti permasalahan tersebut.Justeru, hipotesis akan di buat sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut.Begitu juga baik buruknya hipotesis akan ditafsirkan dengan lebih terperinci.Lebih jauh dari itu, mereka akan melakukan ujian berdasarkan pengalaman sendiri mahupun pengalaman orang lain bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan.
Contohnya murid-murid diberikan ruang bebas dalam melakukan aktiviti serta melakukan hal-hal yang positif dan boleh berfikiran matang. Dengan ini, potensi diri murid akan berkembang dengan pencapaian usaha diri sendiri. Teori progressivist adalah bersifat konstruktif kerana dengan teori ini dapat membentuk kemajuan murid secara menyeluruh.
(b) Adakah anda bersetuju dengan penjelasan teori ini, memandangkan rakyat Malaysia mempunyai akses ke internet? Sila jelaskan.
Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan penjelasan teori ini. Internet @ “Internasional Network of Network” ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain. Dalam rangkaian internet terdapat pelbagai jenis bahan seperti artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, permainan, projek dan sebagainya.
Menurut Zoraini (1995), terdapat 50,000 rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan juga lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah Negara.
Internet amat bermanfaat kepada semua golongan masyarakat dalam menghadapi cabaran, IT dan era globalisasi bagi mencorakkan kehidupan
pada masa hadapan. Melalui internet juga dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah yang melibatkan para pendidik, pelajar dan ibu bapa serta ahli masyarakat. Internet banyak memberikan manfaat kepada pengguna terutama pelajar. Ia membuka dimensi baru sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Dengan menggunakan internet di sekolah telah membawa perubahan kepada pelajar, dimana pelajar lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Di antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar iaitu melalui e-mail, pelajar boleh berkongsi untuk menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai-bagai isu semasa. Dengan ini dapat menggalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar Negara.
Sebagai pengukuhan bukti persetujuan saya dalam hal ini, iaitu kita lihat sendiri perkembangan terbaru yang di ambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi peluang kepada guru-guru diseluruh negara untuk mengikuti Kursus Dalam perkhidmatan (14 minggu) Bestari. Dalam kursus ini guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran teknologi maklumat bagi pembinaan pembelajaran bestari.
Dengan ini, guru-guru akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang berkesan.
Selain itu, masyarakat juga tidak terlepas merasai bahang internet dengan mendapatkan maklumat, berita dengan cepat dan pantas samada di dalam ataupun di luar negara. Contohnya kita mengetahui sukan olimpik di China. Malah penggunaan internet juga dapat mempermudahkan segala urusan seperti membayar pelbagai jenis bil dengan kemudahan atas talian atau”on-line” dengan ini dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Dapatlah di simpulkan bahawa penggunaan akses internet dapat menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi dan pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjadikan ekonomi digital sebagai tulang belakang ekonomi negara.
Rajah 1 : Hirarki keperluan Maslow
Menurut Maslow, keperluan yang paling penting adalah keperluan asas.Manusia akan berusaha untuk mencari keperluan asas ini.Dalam kajian saya, di dapati individu pertama dan kedua mempunyai keperluan asas yang cukup seperti tempat tinggal yang selesa (rumah sendiri ), makanan, minuman dan pakaian yang cukup serta mempunyai rehat yang cukup.Malah pendapatan kedua-dua individu ini juga sama dalam lingkungan RM 3000- 4000.Kedua-duanya berpuas hati dengan hasil pendapatannya.Dengan ini tahap pertama ini mereka telah mencapainya kerana menurut Maslow, manusia mesti mencapai tahap yang paling rendah atau asas barulah kepada peringkat kedua.
Peringkat kedua ialah keselamatan.Setiap orang inginkan kehidupan yang aman,stabil dan tenteram.Begitu juga dengan kedua-dua individu yang saya kaji.Mereka tinggal di tempat atau persekitaran yang menyenangkan dan tidak membahayakan.Walaubagaimanapun mereka ada juga memasang kelengkapan keselamatan di rumah bagi menggelakkan daripada sebarang perkara buruk berlaku malah mereka mempunyai jiran-jiran yang boleh membantu mereka menjaga keamanan tempat mereka tinggal.Oleh itu, kedua-dua individu ini mencapai tahap yang kedua.
Pada peringkat ketiga iaitu keperluan sosial (kasih sayang ) mendorong seseorang untuk mendapatkan kasih sayang, hubungan dengan keluarga,sanak saudara,sahabat dan juga masyarakat.Daripada kajian saya, didapati individu pertama mempunyai kehidupan yang lebih bahagia berbanding dengan individu yang kedua.Individu pertama mempunyai suami dan anak-anak, jadi dia mendapat kasih sayang daripada orang yang paling rapat dengannya iaitu suami dan anak-anak, malah keluarga serta kawan-kawan juga.Individu pertama ini berpuas hati dengan hidupnya sekarang berbeza dengan individu kedua, dia masih tidak berpuas hati dengan apa yang dimilikinya sekarang.Dia merasakan ada sesuatu yang belum melengkapi hidupnya.Mungkin juga kerana dia tidak mendapat kasih sayang daripada seorang suami kerana pengalaman pahit baginya adalah berpisah dengan suaminya.Jadi, orang yang paling rapat dengannya sekarang adalah kakak iparnya.Apa yang diharapkan dalam hidupnya adalah kebahagiaan.Dengan ini dapatlah dikatakan bahawa individu kedua belum mencapai tahap ketiga ini mengikut hirarki Maslow berbanding dengan individu pertama dia mencapai tahap ketiga ini.
Peringkat keempat ialah penghargaan kendiri.Individu pertama mempunyai matlamat yang tinggi untuk mencapai kehidupan yang lebih baik lagi malah beliau mementingkan kekeluargaan.Beliau mempunyai sikap yang positif dan berkeyakinan.Beliau juga mengharapkan agar anak-anaknya berjaya.
Menurut Maslow, keperluan manusia yang paling tinggi ialah hasrat untuk menjadi dirinya sebagaimana yang diimpikan.Pada peringkat ini, individu pertama mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mencapai matlamat dan hala tuju hidupnya bersama dengan keluarganya serta kejayaan anak-anaknya.
Hasil daripada kajian saya terhadap kedua-dua individu ini,dapatlah disimpulkan bahawa individu pertama telah mencapai tahap kelima-lima yang terdapat dalam hirarki Maslow berbanding dengan individu kedua hanya mencapai tahap ketiga sahaja.Walaubagaimanapun individu kedua mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai kehidupan yang baik dan bahagia.
Posted by roslizam at 10:15 PM 0 comments
Labels: Hasil tugasan
Hafazan
1.0 PENGENALAN
Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan hidup manusia.Justeru, ia perlu dibaca, dikaji dan ditelaah sepanjang masa agar kehidupan kitab benar-benar terpimpin dibawah naungan al-Quran.Antara cara yang berkesan bagi memangkinkan seseorang itu mudah berhubung dengan al-Quran ialah melalui aktiviti hafazan.Aktiviti ini sebenarnya amat sesuai bagi usia pelajar sememangnya masih jernih dan bersedia untuk menerima sesuatu yang baru.
Pelajar merupakan satu asset yang amat berharga buat pembangunan dan kemajuan sesebuah institusi dan negara.Pelajar mampu menghasilkan suatu perubahan jika dibimbing dan diberikan kemahiran yang sewajarnya.Pelajar juga adalah generasi penyambung bagi membentuk masyarakat di masa depan.
Dunia kini memaparkan pelbagai ragam dan kerenah pelajar dalam menongkah arus pendidikan yang deras dengan perubahan-perubahan yang kian menerpa.Situasi ini dapat digambarkan seperti lagak seorang pendayung sampan mengharungi ombak.Ada yang berjaya mendayung ketepian dan ada juga yang karam ditengah lautan.Dalam usia rebung pelajar inilah seharusnya dimanfaatkan untuk menelaah, menghafaz dan memahami setiap bait huruf kalam Allah yang merupakan amanat agung ummat Nabi Muhammad s.a.w.Ternyata tiadanya peluang, semangat, disamping kurangnya bimbingan dan pendedahan terhadap kepentingan al-Quran sebagai kitab mulia yang menjadi rujukan utama umat islam ini menyebabkan golongan pelajar tidak mengetahui bagaimana cara untuk memahami dan menghafaz al-Quran menyebabkan mereka merasa hafazan al-Quran adalah satu aktiviti yang amat sukar.
Melalui pengalaman dan pemerhatian, ramai ibubapa yang menginginkan anak-anak mereka menghafaz al-Quran.Namun begitu, tanpa peluang yang sesuai, kaedah dan teknik yang betul, usaha menghafaz yang dicuba tidak mencapai apa yang diinginkan.Menghafaz al-Quran adalah suatu pekerjaan yang sangat berat, kerana orang yang mencemburi dunia menghafaz al-Quran mempunyai tanggungjawab untuk menjaga hafalannya sepanjang masa.Sebagai contoh, orang yang melanjutkan bidang akademik akan berakhir setelah ia memperoleh Doktor Falsafah atau Phd.Namun orang yang ingin menjadi seorang al-Hafiz tidak akan dibenarkan berhenti setelah dia berjaya menghafaz keseluruhan al-Quran.Apapun beratnya sesuatu pekerjaan akan menjadi ringan sekiranya seseorang itu sememangnya mempunyai niat yang kental dan azam yang kuat.Pepatah melayu menyebut,”Nak seribu cara, Tak Nak Seribu Dalih”.
2.0 PENGERTIAN HAFAZAN
Pengertian “ hafazan “ diambil dari perkataan “ hafaz” yang bererti sudah masuk betul ingatan, dapat mengucapkan pelajaran ( ayat al-Quran dan lain-lain ) dengan ingatan semata-mata, tanpa melihat buku, kitab dan sebagainya..Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan.
Menghafaz al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu.Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan hafaz atau ( hifz ) dalam Bahasa Arab.Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga dan memelihara.Justeru, orang yang menghafaz al-Quran ialah orang yang memelihara al-Quran daripada hilang.Ia menyimpannya di dalam dada dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang.Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra ayat 9:
¨bÎ) #x‹»yd tb#uäöà)ø9$# “ωöku‰ ÓÉL¯=Ï9 š†Ïf ãPuqø%r& çŽÅe³u;ãƒur tûüÏZÏB÷sßJø9$# tûïÏ%©!$# tbqè=yJ÷ètƒ ÏM»ysÎ=»¢Á9$# ¨br& öNçlm; #\ô_r& #ZŽÎ6x. ÇÒÈ
Maksudnya: “ Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar”.
Selain daripada itu, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf”. ( Riwayat Ibnu Mas’ud ).
3.0 SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN HAFAZAN SEMASA NABI MUHAMMAD S.A.W MENERIMA WAHYU
Menghafaz al-Quran bukan perkara baru.Sejak ia diturunkan ia telah pun dihafaz.Nabi Muhammad s.a.w merupakan orang pertama menghafaz al-Quran.Dengan demikian baginda s.a.w digelar saiyidul Hufaaz ( Penghulu bagi penghafaz al-Quran ).Sejarah pembelajaran al-Quran secara hafazan bermula sejak turunnya ayat pertama dari al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.Ketika Rasulullah s.a.w berumur 40 tahun dan sedang beribadat di Gua Hira’, Allah SWT telah memerintahkan Jibrail a.s untuk mengajarkan al-Quran kepada baginda. Ayat pertama yang dibaca ialah ‘iqra’ yang diulang sebanyak tiga kali oleh malaikat Jibrail a.s dan kemudian dibaca kembali oleh baginda secara hafazan.
Sebagaimana dimaklumi dari berbagai nas bahawa beliau adalah seorang nabi yang ummi, yakni tidak tahu menulis dan membaca. Dalam keadaan yang ummi itulah, baginda Nabi Muhammad s.a.w menerima al-Quran dari malaikat Jibrail dan seterusnya menyampaikannya kepada para sahabat menerusi hafazan.
Rasulullah s.a.w mempunyai banyak kelebihan dalam menghafaz al-Quran. Disamping kebijaksanaan yang dimiliki, baginda Rasulullah s.a.w amat bersungguh-sungguh berusaha memastikan segala ayat-ayat al-Quran yang diterimanya itu dapat dihafaz dan diingat dengan baik.Bacaan Rasulullah s.a.w bukanlah hafazan semata-mata, tetapi bacaan untuk difahami dan diingati.
Pada awal penurunan wahyu, Rasulullah s.a.w sentiasa menggerakkan lidahnya mengulangi ayat-ayat al-Quran walaupun ayat tersebut belum sempurna dibaca oleh Jibrail a.s. Ini meganggu bacaan Jibrail a.s. Baginda bersungguh-sunggh melakukan itu hanya kerana mahu segera mengingati ayat-ayat tersebut dan bimbang ayat tersebut mungkin dilupanya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Qiyamah ayat 17-19:
¨bÎ) $uZøŠn=tã ¼çmyè÷Hsd ¼çmtR#uäöè%ur ÇÊÐÈ #sŒÎ*sù çm»tRù&ts% ôìÎ7¨?$$sù ¼çmtR#uäöè% ÇÊÑÈ §NèO ¨bÎ) $uZøŠn=tã ¼çmtR$uŠt/ ÇÊÒÈ
Maksudnya: “ Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk membaca al-Quran kerana hendak cepat-cepat ( menguasai) nya. Sesungguhnya atas tanggungan kamilah mengumpulkannya ( di dalam ) dan membuatmu pandai membacanya. Apabila kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya itu.”
Rasulullah s.a.w juga sentiasa membasahkan bibirnya dengan al-Quran samaada dalam sembahyang, tahajjud, sewaktu baginda keseorangan atau bersama para sahabat, semasa dalam kesusahan atau kesenangan. Seterusnya, Rasulullah s.a.w mengajar al-Quran kepada para sahabatnya juga menerusi hafazan.Proses turunnya al-Quran adalah secara berperingkat-peringkat, sedikit demi sedikit tentunya ini dapat membantu dan memudahkan Rasulullah s.a.w untuk menyampaikannya kepada para sahabat yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi kandungannya.
Penyampaian al-Quran secara sedikit demi sedikit telah dipraktikkan oleh jibrail a.s kepada Rasulullah s.a.w. Caranya dengan memperdengarkan bacaannya lalu diikuti oleh sahabat sebelum menghafaznya. Hadis yang diriwayatkan dari Umar bin Khattab r.a dengan kata beliau:
“ Pelajari al-Quran lima ayat demi lima ayat, kerana sesungguhnya Jibrail menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w lima ayat demi lima ayat”.
( Hadis riwayat al-Bai haqi ).
Setiap hari baginda Rasulullah s.a.w akan membaca al-Quran yang diterimanya pada malam hari sebelumnya serta menghuraikan maksudnya. Disamping itu, baginda manasihatkan sahabat-sahabatnya supaya menghafaz ayat-ayat yang telah dibacakan itu dan seterusnya mengamalkan perintahnya. Sebaik sahaja para sahabat menerima pelajaran dari ayat atau surah, maka mereka mengulang-ulang secara istiqamah sehingga sebati di dalam dada mereka pada malam harinya. Seterusnya sahabat-sahabat menyampaikan pula kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya yang lain.
Rasulullah s.a.w adalah contoh terunggul dalam sejarah menghafaz al-Quran. Baginda bertadarus dengan Jibrail a.s setiap kali datangnya bulan ramadhan. Amalan tersebut dilakukan secara berterusan dan ia adalah sunnah yang perlu diikuti oleh muslim.
4.0 KELEBIHAN-KELEBIHAN MENGHAFAZ AL-QURAN
Menghafaz al-Quran adalah ibadat dan ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.Menjadi hafiz merupakan nikmat rabbani yang datangnya dari Allah s.w.t kerana kelebihan menghafaz al-Quran sama nilainya dengan nikmat kenabian, Cuma bezanya tidak diberi wahyu. Sabda Rasulullah s.a.w :
من قرا القران فقد استد رج النبو ة بين جسنه غير أنه لا يوحى ا ليه لا ييفي لصاحب القران أن يجد مع من وجد ولا يجهل مع من يجهل و في جو فه كلا م الله.
Terjemahanya: “ Barangsiapa yang membaca ( menghafaz ) al-Quran, dia menyimpan ilmu kenabian dalam dadanya walaupun tiada lagi wahyu diturunkan untuknya. Adalah tidak wajar bagi seorang hafiz al-Quran memarahi orang yang pemarah dan juga tidak patut bertindak jahil terhadap orang yang jahil, sedangkan al-Quran berada dalam dadanya”. ( Hadith Riwayat Hakim ).
Dengan sebab itu, ia mempunyai beberapa kelebihan.Antaranya ialah:
4.1 Dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga serta diberi kelebihan untuk memberi syafaat kepada sepuluh orang dari kalangan keluarga terdekatnya yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t masuk neraka. Ini digambarkan dalam sebuah hadith Rasullullah s.a.w yang berbunyi:
من قرا القرا فا ستظهر ه فأ حل حلا له وحرم حرامه أ دخله الله أ جته وشععه في عشر ة من اهل بيته كلهم قد و جبت لهم النا ر.
Terjemahannya: “ Barangsiapa membaca al-Quran dan menghafaznya serta menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al-Quran ( mengamalkannya ) serta mengharamkan apa yang diharamkan oleh al-Quran ( meninggalkannya ) nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima syafaatnya bagi sepuluh orang dari ahli keluarganya yang kesemuanya telah diwajibkan masuk neraka.
( Hadith Riwayat Ahmad dan Tarmizi ).
4.2 Diberi nikmat di alam kubur meskipun kesusahan, kepayahan dan huru hara di alam akhirat amat dasyat dan jasadnya akan terpelihara seperti keadaan asalnya tanpa dirosakkan oleh sesuatu pun sedangkan tubuh orang lain tidak terkecuali daripadanya.
4.3 Mendapat penghargaan khusus dari Nabi Muhammad s.a.w. Penghargaan seumpama ini pernah diberikan oleh baginda ketika pengkebumian para syuhada’ yang hafaz al-Quran seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“ Dari Jabir bin Abdullah r.a, bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w mengumpul dua orang lelaki yang syahid dalam peperangan Uhud dalam satu liang lahad, lalu baginda bertanya ,” Siapakah di antara kedua-dua ini yang paling banyak menghafaz al-Quran ?” Apabila ditunjukkan kepada baginda salah seorang dari mereka maka nabi akan mendahulukan pengkebumiannya lalu bersabda, “ Aku menjadi saksi terhadap mereka”. ( Hadith Riwayat Bukhari, Abu Dawud dan nasa’I ).
4.4 Ibubapa yang berusaha menjadikan anaknya sebagai hafiz akan mendapat ketinggian martabat di akhirat.Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Sesiapa yang membaca al-Quran dan belajar serta beramal dengannya, dia akan dipakaikan pada hari kiamat dengan mahkota dari cahaya yang mana cahayanya lebih terang dari cahaya matahari, dan kedua ibubapanya akan dipakaikan dengan perhiasan yang tidak pernah mereka pakai di dunia. Maka mereka berdua bertanya, “ Dengan sebab apakah kami pakaikan dengan perhiasan ini?. Mereka akan dikatakan: Dengan sebab bacaan al-Quran oleh anakmu”. ( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ).
4.5 Para hafiz akan diseru pada masa itu supaya terus menaiki tingkat syurga mengikut kadar bilangan ayat al-Quran yang telah dibacanya semasa di dunia.
4.6 Selalu dilindungi oleh Allah.
4.7 Menjadi umat Nabi Muhammad yang mulia.
4.8 Tidak merasa takut pada hari kiamat.
4.9 Doanya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
4.10 Merupakan mereka yang paling layak untuk menjadi imam serta dipermudahkan segala urusan mereka.
Oleh itu, para hufaz bukan sahaja dipandang mulia di dunia, malah di akhirat kelak mereka akan turut mendapat pelbagai pengiktirafan daripada Allah s.w.t.Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w menganggapkan orang yang tidak membaca al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruk yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w bermaksud:
“ Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hamper runtuh”. ( Hadith Riwayat Tarmizi ).
5.0 KEPENTINGAN MENGHAFAZ AL-QURAN
Terdapat beberapa kepentingan menghafaz al-Quran. Antaranya ialah:
5.1 Menjaga kemutawiran al-Quran.
Kemutawiran al-Quran bermaksud al-Quran itu sampai kepada kita dengan diriwayatkan oleh sebilangan ramai dan mereka mempunyai sifat dan ciri-ciri yang amanah sehingga tidak diragukan atas kedustaan atau kepalsuan al-Quran itu sendiri. Ulama telah bersepakat bahawa menghafaz al-Quran itu hukumnya adalah fardu kifayah.Seseorang yang berusaha menjadi seorang hafiz bermakna ia telah bersusah payah untuk mengambil bahagian dalam usaha menjaga kemutawiran al-Quran. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 120:
`s9ur 4ÓyÌös? y7Ytã ߊqåkuŽø9$# Ÿwur 3“t»Á¨Y9$# 4Ó®Lym yìÎ6®Ks? öNåktJ¯=ÏB 3 ……………….
Maksudnya: “ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda dengan kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka……..”
5.2 Meningkatkan kualiti umat.
Hafalan al-Quran membantu seseorang dalam mempelajari dan memahami seluruh ilmu berkaitan dengan islam dari segi akidah, syariah dan akhlak. Tujuannya untuk meningkatkan kualiti keilmuan umat islam agar mampu menjadikan al-Quran sebagai garis panduan dalam kehidupan. Semakin seseorang itu membaca, mempelajari dan menghafaz berbagai ayat atau surah semakin berkualitilah kehidupannya dalam menjalankan syariat islam.
5.3 Menjaga terlaksananya sunah-sunah Rasulullah s.a.w.
Sebahagian ibadah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w berkait rapat dengan hafalan al-Quran. Terdapat banyak hadis yang menerangkan bacaan yang disunatkan dan digalakkan di dalam sembahyang berkaitan dengan sunah-sunah tertentu dalam al-Quran. Misalnya dalam solat jumaat, Nabi Muhammad s.a.w sering membaca surah Al-A’la dan Al-Ghasyiyah atau kadang kala membaca surah Al-Jumuah dan Al-Munafiqun. Jadi jelaslah kepada kita, menghafaz al-Quran bererti juga satu usaha menjamin terlaksananya sebahagian sunah-sunah Rasulullah s.a.w.
5.4 Menjauhkan seorang mukmin dari perkara yang melalaikan.
Orang mukmin yang sejati adalah seorang yang berjaya dan mampu menjauhkan diri dari perkara-perkara yang tidak berfaedah. Al-Quran juga menerangkan bahawa ciri-ciri mukmin yang beruntung atau berjaya adalah yang mampu menjauhkan diri dari perkara yang melekakan. Firman Allah s.w.t surah Al-Mukminun ayat 1-3:
‰s% yxn=øùr& tbqãZÏB÷sßJø9$# ÇÊÈ tûïÏ%©!$# öNèd ’Îû öNÍkÍEŸx¹ tbqãèϱ»yz ÇËÈ tûïÏ%©!$#ur öNèd Ç`tã Èqøó¯=9$# šcqàÊÌ÷èãB ÇÌÈ
Maksudnya: “ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman ( iaitu ) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari
( perbuatan dan perkataan ) yang tiada berguna”.
5.5 Memelihara kesucian moral dan sosial dalam masyarakat.
Di zaman yang penuh cabaran ini, masyarakat memerlukan suatu jalan bagi membendung masalah social dalam masyarakat hari ini.Aktiviti penghafazan al-Quran dapat menangani gejala keruntuhan moral dan social. Sebagaimana firman Allah s.w.t surah Saba’ ayat 15
×ot$ù#t/ ……………. ×pt6Íh‹sÛ ;>u‘ur Ö‘qàÿxî
Maksudnya:…………( negerimu ) adalah negeri yang terbaik dan ( Tuhanmu ) adalah tuhan yang maha pengampun”.
Seseorang yang asyik dengan pengajian dan penghafazan al-Quran akan terselamat daripada kelalaian dan kemaksiatan kerana penumpuan hati manusia tidak mampu mengumpul dua perkara bertentangan dalam satu masa. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 4:
$¨B Ÿ@yèy_ ª!$# 9@ã_tÏ9 `ÏiB Éú÷üt7ù=s% ’Îû ¾ÏmÏùöqy_ 4 ………………
Maksudnya: “ Allah tidak sekali-kali menjadikan dua hati bagi seorang dalam dirinya…….”.
6.0 PERINGKAT HAFAZAN
Dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran, terdapat tiga peringkat hafazan iaitu menghafaz ayat-ayat baru ( Hifz jalid ), peringkat mengulang-ulang hafazan lepas
( sabaq ) dan peringkat mengekalkan hafazan yang sedia ada ( muraj ‘ah/ I’adah ).
6.1 Mengekalkan ayat-ayat al-Quran baru ( Hifz jadid ) adalah menghafaz ayat-ayat yang belum pernah dihafaz. Dalam kaedah menghafaz ayat-ayat baru, terdapat dua peringkat yang perlu dilakukan iaitu peringkat sebelum dan semasa menghafaz.
6.1.1 Peringkat sebelum menghafaz.
Peringkat ini penting kerana ia akan membantu seseorang semasa menghafaz ayat-ayat al-Quran. Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum menghafaz ialah khatam al-Quran, mengkhususkan satu mashaf al-Quran sahaja, menentukan kadar hafazan, susunkan ayat atau juzuk yang hendak dihafaz dan tidak berpindah ke ayat
( hafazan ) baru sehingga betul-betul lancar.
6.1.2 Peringkat ketika menghafaz.
Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa peringkat menghafaz ialah membaca doa sebelum menghafaz, memilih tempat yang sesuai seperti jauh dari kebisingan, bersih dan suci dari kotoran dan najis dan gangguan lain seperti hampir dengan telefon dan sebagainya.Pilih masa yang sesuai dan lancarkan bacaan ayat-ayat dan surah-surah yang akan dihafaz dan setelah bacaan lancar barulah mula menghafaz. Setelah menghafaz beberapa ayat hendaklah diulang balik dan jika penat berhenti rehat dan teruskan hafazan.
7.0 KAEDAH-KAEDAH DAN METODOLOGI HAFAZAN
Dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi memudahkan penghafazan. Antaranya ialah :-
7.1 Memahami ayat-ayat yang akan dihafaz.
Kaedah ini kebiasaannya sesuai dengan mereka yang memahami Bahasa Arab dengan baik. Ini kerana ayat-ayat yang hendak dihafaz perlu difahami terlebih dahulu. Hal ini dilakukan dengan melihat terjemahan daripada tafsir al-Quran supaya ketika menghafaz, kita akan terasa maknanya meresap ke dalam hati. Setelah memahami, bacaan tadi perlulah berulang -ulang kali supayaa dapat mengingatinya.
7.2 Mengulang-ulang bacaan sebelum menghafaz.
Kaedah ini kurang membebankan kerana seseorang tidak perlu menggunakan seluruh akal fikirannya. Sebelum menghafaz ayat-ayat tertentu penghafaz perlu membuat bacaan ayat-ayat yang hendak dihafaz secara berulang- ulang.
7.3 Mendengar sebelum menghafaz.
Ramai dikalangan penghafaz yang menggemari kaedah ini kerana ia tidak terlalu memberi tekanan fikiran kepada penghafaz untuk mengingatinya. Penghafaz hanya perlu mendengar dengan serius bacaan setiap ayat yang hendak dihafaz melalui kaset-kaset rakaman tilawah al-Quran yang diakui kesahihannya dan mendengar secara berulang-ulang. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, baginda memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci kepada para makmum dibelakangnya.
7.4 Menulis sebelum menghafaz.
Cara ini sering digunakan oleh para ulama pada zaman dahulu dengan menulis terlebih dahulu setiap ilmu tersebut sebelum menghafaznya.
7.5 Menggambarkan ayat yang hendak dihafaz dalam ingatan.
Semasa proses menghafaz, seseorang itu hendaklah mengusahakan supaya ayat-ayat yang dihafaz beserta tulisannya dapat digambarkan dalam ingatan.Penghafaz juga hendaklah memastikan supaya setiap kepala ayat di awal dan di akhir setiap muka surat dapat digambarkan dalam ingatan.
KAEDAH MENGULANGKAJI HAFAZAN.
Takrir atau muraja’ah bermakna mengulang-ulang. Maksud kaedah ini ialah pengulangan yang dibuat oleh penghafaz al-Quran untuk mengekal dan mengukuhkannya dalam ingatan. Ini bertujuan bagi mengekalkan hafazan tersebut supaya tidak lupa atau hilang dari ingatan. Kekerapan mengulang-ulang bacaan bergantung kepada kekuatan daya ingatan masing-masing. Terdapat dua bahagian mengulangi hafazan yang masih baru dan mengulangi hafazan yang telah lama diperolehi.
KAEDAH MENGEKALKAN HAFAZAN
Pengekalan hafazan merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. Bagi seorang hafiz, al-Quran adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya ia menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya. Antara kaedah yang boleh dipraktikkan mengekalkan hafazan ialah bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz, mengulang bersama orang lain, selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat dan menyertai musabaqah.
KAEDAH MENJAGA HAFAZAN LAMA
Bagi seorang hafiz yang telah rasikh hafazannya, kekuatan mengulang bergantung kepada kekuatan daya ingatan yang dimiliki. Secara umumnya, kekerapan mengulang bagi mereka yang rasikh adalah dua atau tiga kali khatam dalam masa setahun. Adalah menjadi tanggungjawab seorang hafiz untuk mengulang bacaan setiap hari.
KAEDAH MENGULANGKAJI HAFAZAN BARU
Kaedah ini digunakan bagi pelajar yang baru sahaja menghabiskan penghafazan al-Quran atau mereka yang di dalam pertengahan seperti telah memperolehi 15 juzuk ke atas. Contohnya, seorang yang telah menghafaz 15 juzuk, ia mestilah memastikan kesemua 15 juzuk dapat diulang setiap hari. Jika tidak mampu, boleh diselesaikan dalam masa dua atau tiga hari sekali berdasarkan pembahagian berikut: 1.Hari pertama : mengulang lima juzuk yang dianggap lancar dan mudah,
ditambah dua juzuk hafazan yang baru.
2.Hari kedua : mengulang lima juzuk yang dianggap lancar dan mudah
( selain 5 juzuk di atas ), di tambah dua juzuk hafazan yang baru.
3. Hari ketiga : mengulang 5 juzuk dari mana-mana bahagian juzuk yang
dianggap belum lancer dan sukar diingat.
METODOLOGI HAFAZAN
Pada dasarnya setiap seorang hafiz memiliki satu metod atau cara masing-masing di dalam menghafaz al-Quran mengikut apa yang lebih sesuai dengannya. Terdapat beberapa langkah di dalam menghafaz al-Quran iaitu:
Hendaklah memilih waktu yang paling sesuai untuk menghafaz.
Waktu yang paling sesuai di mana fikiran masih kosong dari berbagai perkara seperti pada tengah malam, selepas solat tahajud atau setelah solat subuh. Pemilihan masa seperti ini sangat berkesan.
Satu ayat demi satu ayat.
Cara menghafaznya hendaklah satu ayat demi satu ayat dilukiskan di dalam fikiran terlebih dahulu sebelum dibaca dengan , sehingga gambaran dan tulisan ayat seakan telah dilukis di dalamnya.Jika dalam keadaan awal sudah baik, bolehlah diulang-ulang beberapa kali dan makin cepat. Jangan berpindah ayat selagi ayat pertama belum lancar.
Mengulang-ulang pada ayat atau kalimah yang sukar.
Pada sesuatu muka surat, biasanya terdapat satu ayat ataupun kalimah
( perkataan ) yang sukar untuk disebut berbanding dengan lainnya.
Kesukaran pada permulaan suatu ayat.
Biasanya pada permulaan suatu ayat terdapat kesukaran di dalam memulakannya sehingga sentiasa lupa ketika mentakrirnya.
Ulangkaji setidak –tidaknya tiga kali sebelum memulakan menghafaz ayat yang berikutnya.
Penghafaz mestilah memastikan hafazan yang baru diperolehi semalam diulangkaji setidak-tidaknya tiga kali sebelum memulakan menghafaz ayat berikutnya.Digalakkan mentakrir hafalan yang baru diperolehi sebanyak lima kali dalam masa 24 jam.
8.0 MASALAH-MASALAH YANG TIMBUL SEMASA MENGHAFAZ
AL-QURAN
Setelah bergelar seorang hafiz, adalah menjadi tanggungjawab kepada seorang itu untuk memelihara hafazannya supaya tidak hilang atau lupa. Dalam usaha mengejar matlamat menghafaz al-Quran, kita juga harus sentiasa ingat pesanan Allah dalam ayat 37 surah Al-Anbiya’ bahawa manusia itu dijadikan olehNya bersifat gopoh. Satu daripada kaedah untuk mengatasi lupa ialah dengan menerima hakikat kejadian semulajadi kita dan mengurus proses lupa semula jadi yang sedia ada dalam diri kita itu dengan teratur. Melupakan hafazan al-Quran setelah menghafaznya adalah suatu dosa di sisi Allah s.w.t. Amaran keras ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadisnya:
Mafhumnya: “ Sesiapa yang menghafaz al-Quran kemudian dia lupa nescaya dia akan berjumpa Allah di hari kiamat dalam keadaan berpenyakit juzam ( kusta ) dengan terpotong-potong tangannya “. ( Hadith Riwayat Abu Dawud dan Tirmidhi ).
Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh seorang hafiz ialah:
8.1 Masalah Dalaman ( Internal ) seorang hafiz al-Quran.
Masalah ini adalah masalah yang wujud dalam diri seorang hafiz al-Quran. Semasa menjalani kehidupan hariannya, godaan dunia dan bisikan syaitan boleh menyebabkan seseorang hafiz lupa diri bahawa dia adalah seorang penghafaz al-Quran. Oleh itu, seorang hafiz perlu mengatasi masalah-masalah dan menjaga dirinya untuk menggelak daripada lupa hafazan. Antaranya ialah:-
8.1.1 Sibuk dengan berbagai urusan dunia.
Orang yang demikian, tidak akan dapat melapangkan masa untuk mengulangkaji hafazan. Dalam mengejar keperluan hidup, seorang hafiz perlulah melapangkan sejumlah masanya setiap hari untuk mengulang bacaan. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Qiyamah ayat 20-21:
žxx. ö@t/ tbq™7ÏtéB s's#Å_$yèø9$# ÇËÉÈ tbrâ‘x‹s?ur notÅzFy$# ÇËÊÈ
Maksudnya: “ Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu ( hai manusia ) mencintai kehidupan dunia dan meninggalkan ( kehidupan ) akhirat”.
Sekiranya kita boleh memperuntukkan 20 minit sehari secara konsisten, tidak kira waktu di mana, kita boleh menghafaz. Contohnya di waktu rehat tengahari, selepas maghrib, sambil menunggu bas, dalam keretapi atau bila-bila masa.
8.1.2 Tidak sabar, malas dan mudah berputus asa.
Menghafaz dan mengulang-ulang hafazan al-Quran memerlukan kegigihan dan kesabaran berterusan. Semasa al-Quran diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w yang memerlukan titisan peluh untuk menerimanya, bahkan seorang sahabat pernah merasakan beratnya peha Rasulullah ketika pehanya menjadi sandaran kepada peha Rasulullah ketika baginda menerima wahyu. Oleh itu, kesabaran dan tidak mudah putus asa menjadi sifat kepada seorang yang ingin menghafaz al-Quran.
8.1.3 Niat yang tidak ikhlas.
Dalam menghafaz al-Quran, niat mestilah ikhlas dan niat yang sebaliknya bukan sahaja menghalang kejayaan seseorang bahkan juga mendapat kutukan daripada Allah s.w.t di hari akhirat. Dalam menghafaz, keikhlasan hendaklah berterusan dan ini memberi motivasi untuk mencapai kejayaan sebagai hafiz.
8.2 Masalah Luaran ( External ) seorang hafiz al-Quran.
Di antara masalah-masalah luaran ialah :-
8.2.1 Tidak mampu membaca dengan baik.
Penghafaz yang tidak mampu mmbaca al-Quran dengan baik akan menghadapi dua masalah iaitu masalah membaca dan menghafaz. Oleh itu, sorang hafiz mestilah mampu embacanya dengan baik dengan cara tartil yang bermaksud bacaan dengan betul tajwid, makhraj. Apabila bacaanya baik maka mudahlah baginya untuk menghafaz.
8.2.2 Tidak mampu mengurus masa.
Antara masalah terbesar dalam memulakan menghafaz al-Quran ialah persoalan bagaimana hendak memulakannya. Sesetengah pula tergambar bahawa proses menghafaz al-Quran perlukan banyak masa sedangkan setiap kita sibuk dengan bernagai urusan seperti pekerjaan, pelajaran, profesion atau rumahtangga. Untuk ini penghafaz perlu mendisiplinkan diri melapangkan sebahagian masa untuk menghafaz dan sebaiknya jadikan menghafaz sebagai tugas utama.Oleh sebab itu, di Tahfiz telah disediakan jadual-jadual tertentu untuk hafiz berpeluang menghafaz dengan kesesuaian dirinya.Sekiranya kepentingan al-Quran termaktub dalam jiwa kita, insyaAllah kita akan dapat mengatur waktu walaubagaimana sibuk sekalipun.
8.2.3 Sukar membezakan ayat-ayat mutasyabih.
Al-Quran adalah merupakan mukjizat dari Allah s.w.t, mempunyai ayat-ayat yang sama dari segi makna dan lafaznya. Penghafaz al-Quran perlu memberi perhatian yang khusus terhadap ayat-ayat al-Quran. Kalau ianya tidak diberi perhatian bersungguh-sungguh, ia akan menjadi satu masalah akan menyebabkan hafazan seseorang sering bertukar dan menjadi kucar kacir. Untuk mengatasi masalah ini, para penghafaz perlulah mencari kaedah tersendiri untuk membezakan di antara ayat-ayat al-Quran.
Oleh yang demikian, setiap masalah boleh di atasi jika kita pandai untuk mencari jalan menyelesaikannya bagi mencapai apa yang kita inginkan. Kita perlu menerima hakikat bahawa otak manusia mempunyai had masa untuk menyimpan rekod-rekod. Namun demikian, kadar kekuatan tidak sama antara individu dengan individu yang lain. Yang penting, seorang penghafaz mesti bersungguh-sungguh dan berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan hafazannya.
10.0 PENUTUP
Dapatlah disimpulkan bahawa, dalam usaha mengejar matlamat menghafaz al-Quran, kita juga harus sentiasa ingat pesanan Allah dalam ayat 37 surah al-Anbiyaa’ bahawa manusia itu dijadikan oleh-Nya bersifat gopoh.Salah satunya ialah mahu melihat hasil usaha dalam tempoh yang singkat. Begitu juga hakikat hidup ini, tiada urusan besar atau kecil yang boleh dilaksanakan dengan sempurna tanpa perancangan yang teliti dan pengurusan yang berkesan.Proses penghafazan al-Quran tidaklah terkecuali.Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza-beza.Oleh itu, maha suci Allah yang segala urusan penghafazan berada di tangan-Nya. Oleh yang demikian, membaca al-Quran untuk tujuan menghafaz dengan cara yang betul dan dengan niat yang ikhlas akan menjadi amal soleh yang diberi pahala di sisi Allah.
Membaca al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin.Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah Isra ayat 82:
ãAÍi”t\çRur z`ÏB Èb#uäöà)ø9$# $tB uqèd Öä!$xÿÏ© ×puH÷qu‘ur tûüÏZÏB÷sßJù=Ïj9
Bermaksud: “ Dan kami turunkan sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran itu menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukmin”.
Fadilat al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat.Antaranya ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w yang bermaksud :”Sesiapa yang mendengar ( bacaan ) satu ayat dari kitab Allah( Al-Quran ), maka ayat itu menjadi nur ( cahaya ) baginya”. Riwayat Ibnu Abbas r.a.
Malah, lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain.Kerana dengan menghafaz kita dapat memelihara al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah.
Kini, banyak tertubuhnya pusat-pusat pengajian dan institusi al-Quran yang memberikan peluang kepada yang ingin mencemburi pengajian tahfiz al-Quran.Apa yang penting keazaman, kesungguhan dan persediaan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.
Posted by roslizam at 10:09 PM 3 comments
Labels: Hasil tugasan
ICT
Soalan 1
Pengenalan
Sebagai seorang guru, kita perlulah mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian ini sangat penting dalam proses pencarian maklumat secara global.
Oleh yang demikian, untuk menjayakan matlamat ini, seseorang guru perlulah mahir dalam mengenalpasti serta dapat memilih mod-mod pengajaran dan pembelajaran seperti mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi.
Mod Tutorial
Mod Tutorial lazimnya digunakan untuk memindahkan maklumat dari sesuatu sumber kepada pelajar. Maklumat disampaikan secara multimedia diikuti oleh tugasan dalam pelbagai bentuk. Mod ini sangat sesuai digunakan untuk membina dan memperkukuhkan kemahirankemahiran asas.
Bagi mengukuhkan ilmu yang diperolehi melalui konsep mod ini maka guru boleh memberi aktiviti pengukuhan seperti latihan menjawab soalan, kuiz, tugasan yang berkaitan dengan tajuk dan kerja projek.
Kandungan pelajaran disampai berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
i. Pembelajaran ekspositori (merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif)
ii. Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem.
iii. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
Mod Penerokaan
Mod penerokaan melibatkan pengabungan isi pelajaran dan suatu strategi panyampaian yang membolehkan pelajar meneroka suatu perkara atau konsep dan membina pengetahuan kendiri. Tujuan utama penggunaan mod ini ialah bagi memfokus penglibatan pelajar dalam sesuatu konsep atau perkara dengan kefahaman mereka sendiri.
Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan Konstruktivisme iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
Mod Aplikasi
Mod Aplikasi adalah kaedah yang merangkumi penggunaan perisian aplikasi seperti memproses kata, hamparan elektronik, persembahan elektronik dari pangkalan data sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai sesuatu tujuan dalam mana-mana mata pelajaran.
ICT dikatakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P semata. Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran
Mod Komunikasi
Komunikasi yang berkesan boleh membantu proses pengajaran dan di bilik darjah. Mod ini menekankan penggunaan teknologi yang berkaitan komunikasi dalam membantu pengajaran dan pembelajaran. Teknologi komunikasi boleh digunakan dalam mana-mana mod yang lain seperti tutorial, aplikasi dan penerokaan.
ICT sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Mod komunikasi melibatkan beberapa kemudahan seperti e-mail, telesidang (sidang video), enjin penggelintar melalui internet dan pembinaan laman web.
Berdasarkan kombinasi mod-mod tersebut, Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Agama Islam yang lengkap seperti yang dihasilkan di bawah dapat menerangkan tentang pengintegrasian TMK dalam P&P khususnya pengintegrasian mod-mod yang diterangkan tersebut.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Tarikh : 5 Januari 2008
Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Tahun/Ting. : 1 Bestari
Bil.Pelajar : 35 orang
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Tajuk Pengajaran : Bersuci daripada hadas keciI
Bidang : Ibadah
Pengetahuan Sedia Ada:
· Pelajar telah mengenali anggota badan.
· Pelajar biasa menyaksikan perlakuan wuduk
Hasil Pemb. : Murid dapat mengenal,menyebut dan menunjukkan anggota wuduk dengan sempurna.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Aras (i) Menyatakan pengertian wuduk
Aras (ii) Menyatakan anggota-anggota wuduk
Aras (iii) Membuat latihan berdasarkan soalan yang disediakan pada slaid Ms Power point.
Kecerdasan Pelbagai:
Kinastetik, logik matematik
Strategi Pengajaran
Direktif, Pemerhatian, Generatif, Kontekstual
Kemahiran Generik
Kemahiran berfikir
Penerapan Nilai:
Berdisiplin, menjaga kebersihan.
Penggabungjalinan:
Sains, Matematik, PJK
Aktiviti P& P:
Guru menunjukkan slaid perkataan wuduk dan bersoaljawab dengan murid- murid tentang pengertian wuduk
Memperkenalkan anggota wuduk yang wajib melalui slaid.
Memperkenalkan anggota wuduk yang sunat.
Menjawab soalan latihan yang disediakan.
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):
· Bahan elektronik / bahan bercetak / bahan autentik:Komputer
· Kad tugasan :
· Templat pelajar :
· Borang penilaian aktiviti p&p :
Posted by roslizam at 10:05 PM 0 comments
Labels: Hasil tugasan
Ilmu Tajwid
PENDAHULUAN
Pengajian tilawah al-Quran di Malaysia berjalan seiring dengan perkembangan dakwah Islam yang telah sampai di gugusan nusantara sejak sekian lama dahulu. Ketika itu, pengajian tilawah al-Quran hanya diajar oleh para ulama dan guru-guru agama melalui institusi pondok, madrasah atau rumah kediaman mereka. Dalam mana-mana majlis tilawah, qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan dengan seni lagu atau tarannum. Kehandalan seseorang pembaca bukan sekadar diukur kepada kebolehan tajwid tetapi sedap atau tidak pembacaannya.
Selain daripada tilawah al-Quran sebagai suatu ibadah, ia juga bertujuan untuk memberi kesan dalam pembentukan jiwa individu muslim. Walau bagaimana pun, hal ini mungkin tidak akan sempurna sekiranya ilmu tajwid tidak dipelajari dengan mendalam. Kepincangan terhadap bacaan dan kesalahan bacaan akan berlaku yang seterusnya membawa ke tahap berdosa. Apabila ilmu tajwid dipelajari dengan baik, ia sebenarnya membantu para pembaca al-Quran mengelokkan bacaan supaya mengucapkan makhraj huruf, sebutan huruf, dan kalimah dengan betul.
Pada masa yang sama tajwid mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam pembacaan al-Quran. Sekiranya ilmu tajwid tidak dipelajari dan tidak dipraktik semasa membaca al-Quran, seseorang individu akan membaca ayat-ayat suci al-Quran secara salah. Situasi sedemikian wajar dielakkan supaya al-Quran terjamin daripada kesalahan dan keraguan semasa proses bacaannya dilaksanakan. Selari dengan perkembangan ilmu tajwid kini, seharusnya setiap individu muslim berusaha mempelajarinya dalam usaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan terutamanya berkaitan al-Quran kalamullah.
PENGENALAN ILMU TAJWID SERTA KEUTAMAANNYA
Ilmu tajwid merupakan ilmu yang telah berkembang sehingga kini dalam memperelokkan bacaan al-Quran. Menurut bahasa, ilmu tajwid membawa maksud memperelokkan dan menghalusi (Mahadi Dahlan al-Hafiz & Azahari Othman al-Hafiz. Kaedah Tajwid Rasm Usmani dalam al-Quran, ms 1).
Manakala ilmu tajwid dari perspektif istilah pula ia adalah suatu ilmu yang membahaskan cara membaca ayat-ayat suci al-Quran mengikut hukum yang tertentu, dengan mengucapkan huruf menurut hak asli dan hak mendatang Hak al-huruf bermaksud huruf dan makhrajnya yang tidak boleh sama sekali dipisahkan dari huruf tersebut seperti (الجهر والهمس). Kemudian sifat atau hak mendatang adalah seperti (التفخيم) (والترقيق) dan lain-lain lagi. (Hassan Mahmud al-Hafiz. Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm Usmani, ms 27).
Syeikh Ahmad Hijazi al-Fiqh menerusi bukunya القول السديد iaitu seorang ketua para Qari di Mekah telah membincangkan erti perkataan al-Tajwid dengan membawa maksud mengelokkan. Manakala al-Tajwid menurut pengertiannya ialah pengetahuan yang membicarakan makhraj huruf (alat-alat pengucapan), sifat-sifatnya dan perkara yang berhubung dengan ayat-ayat al-Quran. misalnya membaca huruf-huruf ada pengucapan atau haknya. Hal ini berkaitan dengan aktiviti membaca dengan sifat-sifat huruf itu sendiri seperti جهر (menempik), همس (mendesis), شدة (keras) dan sebagainya. Ia juga melibatkan aktiviti membaca huruf menurut landasan atau mustahaknya iaitu membaca mengikut sifat yang baru mendatang termasuklah tentang makhraj, sifat dan perkara yang dibawa oleh kalimah-kalimah al-Quran. Ia adalah seperti hukum menyesuaikan huruf contohnya تفخيم (menebal), ترقيق (menipis), dengung dan sebagainya lagi (Abdullah al-Qari Salleh. Kursus Qari dan Qariah, ms 15).
Pada masa yang sama juga, Syeikh al-Islam Zakaria Ansari pernah membentangkan pengertian perkataan tajwid iaitu;
"هو عدم الاخلال بالمعنى والإعراب"
Maksudnya:
“Iaitu bacaan yang nyata maknanya dan terang pengucapannya”.
Oleh yang demikian itu, istilah tajwid secara kesimpulannya ialah ilmu yang berkaitan dengan sebutan huruf yang diucap pada makhraj-makhrajnya yang betul, kadar panjang dan pendek bacaan (mad), dengung, qalqalah, isymam (اشمام), dan lain-lain lagi yan terkandung dalam skop ilmu tajwid. Sifat-sifat bacaan ini akan menolong dalam penyampaian kepada makna perkataan-perkataan yang diucapkan (Abdullah al-Qari Salleh. Kursus Qari dan Qariah, ms 16).
Selain daripada pengenalan dan pentakrifan awal dalam ilmu tajwid, perbincangan hukum mempelajarinya juga adalah salah satu keutamaan yang seharusnya diketahui oleh setiap individu dalam mendalami ilmu tajwid. Membaca al-Quran secara bertajwid adalah wajib dan diberikan ganjaran pahala kepada setiap pembacanya. Namun sebaliknya membaca al-Quran tanpa bertajwid iaitu dengan bacaan yang salah adalah berdosa. Malah, hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dan fardhu ain khususnya bagi para ulama. Sekiranya tidak ada individu yang mempelajarinya di sesebuah negeri atau daerah maka akan berdosa (Hassan Mahmud al-Hafiz. Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm Usmani, ms 29).
Terdapat beberapa dalil dalam membincangkan hukum mempelajari ilmu tajwid yang dilihat dari perspektif al-Quran, al-Sunnah dan ulama. Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran;
وَرَتِّلِ القُرانَ تَرْتِيْلاً
Maksudnya:
“Bacalah al-Quran itu dengan tartil”.
Menurut Ali bin Abi Talib, tartil bermaksud mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti. Perkataan ورَتِّلِ adalah فعل الأمر yang bererti wajib kerana tidak qarinah yang boleh merubah bentuk asalnya.
Apabila diteliti dari al-Sunnah pula, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya الموطاء dan النسائى dari susunannya daripada Huzaifah dari Rasulullah s.a.w. bersabda;
اقرؤا القرآن بلحون العرب وأصواتا
واياكم ولحون أهل الفسق والكبائر
Maksudnya:
“Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu Arab. Dan jauhilah oleh mu dari bentuk suara dan lagu-lagu orang-orang yang fasiq serta dosa besar”.
Lagu fasiq ialah lagu yang bukan berasal dari lagu Arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Manakala lagu nyanyian ahli kitab pula adalah lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana. Ia sebenarnya dapat melalaikan sebutan huruf.
Di samping itu, terdapat kata sepakat ulama berkaitan hukum mempelajari tajwid. Umumnya hukum mempelajari ilmu tajwid al-Quran adalah menjadi fardhu kifayah, sedangkan hukum menggunakannya adalah fardhu ain bagi setiap orang Islam sama ada lelaki atau pun perempuan yang telah baligh. Imam al-Syams bin al-Jazari dalam Mukaddimahnya telah menetapkan bahawa;
والأخذ بالتجويد حتم لازم، من لم يجود القرآن فهو أثم لأنه به الا له انزلا، وهكذا منه الينا وصلا
Maksudnya:
“al-Quran wajib dibaca secara bertajwid, berdosalah pembaca yang tidak bertajwid kerana secara itulah ia ditirunkan, dan begitulah kepada kita ia disampaikan” (Abdullah al-Qari Saleh. Kursus Qari dan Qariah, ms 18; Hassan Mahmud al-Hafiz. Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm Usmani, ms 29-31).
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAJWID SERTA METODE PENGAMBILANNYA
Ilmu tajwid telah berkembang bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Menurut Imam Bukhari, hadis dari Hasruq menerusi Aishah dan Fatimah yang berkata Nabi Muhammad s.a.w. telah menceritakan kepada aku dengan katanya;
ان جبريل كان يعارضني (اب يدارسني) بالقرآن في كل سنة مرة. فعارضني العام مرتين ولا اراه حضر اجلي
Maksudnya:
“Sesungguhnya Jibril telah mengutuskan al-Quran kepadaku (untuk bertadarus dan semakan) pada setiap tahun sekali. Maka pada tahun ini dibentangkan kepada aku dua kali, maka tidaklah aku terfikir melainkan ajalkan telah hampir” ((Abdullah al-Qari Saleh. Kursus Qari dan Qariah, ms 24).
Rasulullah s.a.w. telah memperdengarkan bacaan al-Quran dihadapan Jibril dari awal hingga akhir dengan bacaan yang elok, betul sebutan huruf dan makhrajnya untuk dijadikan contoh kepada umatnya. Rasulullah s.a.w. juga telah menerima wahyu dari Jibril dengan bertajwid. Pada masa yang sama Rasulullah s.a.w. pula akan mengajarkan setiap hukum bagi mengekalkan bentuk dan sifat bacaan kepada guru-guru al-Quran dalam kalangan umatnya (Abdullah al-Qari Salleh. Kursus Qari dan Qariah, ms 24).
Sheikh Muhammad al-Husayni turut menyatakan bahawa sifat-sifat bacaan ini adalah diambil oleh orang-orang yang kemudian iaitu kelompok salaf (golongan umat terdahulu). Selepas itu ia kemudiannya telah diambil oleh para khalaf (golongan umat kebelakang). Malah, rupa dan bentuk bacaan pula telah diambil oleh ramai para sahabat antaranya terdiri daripada Abu Hurairah, Ibn Abbas, Abdullah bin al-Saib. Di samping itu individu yang terdiri dari golongan tabiin pula ialah Abdullah bin ‘Iyasy bin Abi Rabiah, Abdullah bin Habib, Abu Abd al-Rahman al-Salmi dan Abu al-Aliyah al-Riyah serta ramai lagi. Walau bagaimanapun, individu yang mula-mula sekali membukukan ilmu tajwid ialah Imam al-‘Azim Abu Abid Qasim bin Sulam pada kurun ke-3 Hijrah. Terdapat pendapat lain ada menyatakan orang yang mula-mula membukukan ilmu ini ialah Hafs bin Umar al-Dur (Abdullah al-Qari Salleh. Kursus Qari dan Qariah, ms 27).
Di Malaysia sejarah perkembangan ilmu tajwid adalah selari dengan sejarah perkembangan Islam. Menurut pendapat ahli sejarah, Islam mula bertapak di Malaysia pada abad ke-15 dengan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara. Para pedagang termasuklah pedagang Arab telah datang ke Melaka untuk berdagang. Di samping berdagang, mereka juga cuba menyebarkan Islam. Berdasarkan Sejarah Melayu pula, Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah diislamkan oleh Sheikh Abdul Aziz dari Mekah pada tahun 1414 yang kemudiannya telah berkahwin dengan puteri Islam dari Pasai.
Menerusi perkembangan Islam ini para mubaligh dari Arab telah mengajar al-Quran dan perihal yang berkaitan dengan sunnah Nabi s.a.w. Di dalam pengajaran al-Quran, ilmu tajwid telah diberi penekanan yang serius agar pembacaan umat Islam betul dan mengikut apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Usaha-usaha ini telah diteruskan di madrasah-madrasah dan rumah-rumah tok imam yang dijalankan oleh para mubaligh dari negeri Arab. Mereka menjalankan pengajian al-Quran secara bersemuka bertujuan supaya mereka yang diajar dapat membaca al-Quran secara bertajwid. Bermula dari perlaksanaan yang dilakukan inilah, ilmu tajwid telah berkembang di Malaysia.
Setelah beberapa lama keadaan ini berterusan, maka lahirlah pula para mubaligh yang terdiri daripada anak-anak tempatan Melaka. Mereka merupakan golongan yang meneruskan perjuangan menyebarkan Islam dan pembacaan al-Quran bertajwid kepada peduduk-penduduk tempatan dan negeri-negeri lain yang berdekatan. Konsep dakwah yang disarankan oleh Islam turut mempengaruhi faktor penyebaran Islam (al-Quran dan Syariat Islam). Setiap individu Islam bertanggungjawab untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang lain dan memperluaskannya di Malaysia.
Mengikut sejarah perkembangan ilmu tajwid, penyusun ilmu tajwid yang pertama dalam bahasa Melayu adalah seorang ulama yang bernama Muhammad Salih bin Ibnu Mu’ti bin Syeikh Muhammad Salih al-Kalantani. Walaupun asal-usulnya tidak diketahui tetapi berdasarkan gelaran diakhirnya iaitu al-Kalantani berkemungkinan beliau berasal dari Kelantan. Melalui bukunya yang bertajuk Mir ‘atul Quran fi Tashili Ma’rifat Ahkamit Tajwid lil Mulkill Wahhab yang dihasilkan pada tahun 1193H bersamaan 1779M adalah tarikh terawal mengenai ilmu tajwid yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Beliau juga telah mengambil kitab tafsir Bahasa Melayu Turjumanul Mustafid, karya Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri yang merupakan terjemahan dan tafsir al-Quran yang pertama dalam Bahasa Melayu. Buku ilmu tajwid karya Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti ini telah disalin semula oleh Tuan Guru Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu bermula pada tahun 1235H (1819M) dan disiapkan ada tahun 1265H (1848M). Tempoh untuk menyiapkan proses ini telah mengambil masa selama 42 tahun (http://balliqul-ilm.blogspot.com/search/label/Tajwid, Internet 9 November 2009 – Isnin).
Terdapat juga beberapa orang ulama dari kerajaan Sambas, Indonesia yang telah menulis ilmu tajwid dalam versi Melayu, antaranya ialah Haji Khairuddin ibnu Haji Qamaruddin Sambas. Beliau telah menulis beberapa buah buku termasuklah buku tentang ilmu tajwid tetapi tidak dinyatakan tarikhnya. Kandungannya membincangkan ilmu tajwid secara lengkap untuk peringkat asas (Koleksi tulisan Allayarham Wan Mohd Shaghir Abdullah, internet 5 May 2008 - Isnin). Seorang lagi Ulama Sambas yang menulis tajwid ialah Haji Mohd Yasin bin Al-Haji Muhammad Sa’ad Sambas di mana buku tajwid yang ditemui di karang oleh beliau ialah Ilmu Tajwid. Buku ini diselesaikan di Mekah pada waktu Dhuha, hari Sabtu bersamaan 20 Syawal 1285H. Kandungannya menjelaskan tentang ilmu Tajwid al-Quran. Pada bahagian awal ditulis dalam Bahasa Arab yang diberi makna dalam bahasa Melayu. Bahagian kedua semuanya menggunakan Bahasa Melayu. Manuskrip ini diperolehi di Pontianak, Kalimantan Barat. Ia pernah dimiliki oleh salah seorang keturunan Kerabat Diraja Kerajaan Pontianak pada 11 Rabiulawal 1423H hari Jumaat bersamaan 24 Mei 2002M (http://balliqul-ilm.blogspot.com/search/label/Tajwid, http://putra-nazri.blog.friendster.com/, Internet 9 November 2009 – Isnin).
Pembacaan al-Quran di Malaysia pada masa sekarang adalah mengikut Rasm Uthmani yang telah ditulis dan dibukukan semasa pemerintahab Saidina Othman bin Affan r.a. Sementara bacaannya adalah mengikut riwayat Hafs bin Sulaiman melalui Asy-Syatibiyyah dan ia diambil dari Qiraat Imam ‘Asim. Imam ‘Asim merupakan seorang pelopor mazhab Qiraat yang tujuh daripada sepuluh. Nama beliau ialah ‘Asim bin Abi an-Najud al-Asadi al-Kufi, Syeikh Qurra’ di Kufah selepas Abu Abd Rahman as-Sulami. Beliau adalah salah seorang tabiin yang hampir dengan para sahabat dan sempat bertemu dengan para sahabat semasa hayatnya. Beliau juga seorang yang fasih serta mahir dalam bacaan al-Quran, memiliki suara yang lunak, dan sedap didengari. Apabila beliau membaca al-Quran, beliau dikatakan sebagai manusia yang paling baik suaranya.
Imam ‘Asim telah meninggal dunia pada peghujung tahun 127H dan dikebumikan di Kufah. Beliau mempunyai dua orang anak murid yang paling masyhur iaitu Abu Bakar Syu’bah bin Abbas dan Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi. Mereka berdua telah menjadi periwayatan pembacaan al-Quran para penduduk Islam di Malaysia.
Oleh kerana Hafs telah melahirkan ramai anak-anak murid, maka bacaan riwayat Hafs ini telah tersebar luas ke seluruh negara Islam terutamanya negara-negara di Asia Tenggara. Setelah kewafatan Imam Hafs pada tahun 180H, telah wujud pelbagai aliran bacaan al-Quran seperti aliran Asy-Syaitibiah dan aliran Al-Jazariah. Di Malaysia, metode pembacaan al-Quran adalah mengikut Rasm Uthmani dengan kaedah bacaan mengikut riwayat Hafs melalui aliran Asy-Syatibiah. Bacaan al-Quran berdasarkan aliran ini merupakan kaedah yang utama yang diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam sehingga kini termasuklah di Malaysia.
FAEDAH MEMPELAJARI ILMU TAJWID
Usaha dalam memelihara dan mempelajari al-Quran dengan bertajwid sememangnya mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Faedah-faedah mempelajari ilmu tajwid antaranya;
a) Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al Quran
Membaca al-Quran secara bertajwid adalah suatu kewajiban bagi setiap individu muslim. Sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan pada bacaan al-Quran, maka hukumnya adalah haram. Sementara mencacatkannya merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan terbahagi kepada dua iaitu kesalahan lahn jaliy dan lahn khofiy.
i. Kesalahan lahn jaliy bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan samada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Jaliy di sini bermaksud suatu kesalahan yang dapat disedari dengan nyata dan terang-terangan. Ia dapat disedari oleh semua orang tak kira orang biasa ataupun orang yang mahir dalam tajwid. Sebagai contoh, kesalahan yang mengubah makna perkataan dan kesalahan yang tidak mengubah makna perkataan serta kesalahan mengubah huruf. Hukumnya adalah haram secara ijma’ ulama sama ada disengajakan ataupun tidak. Bagi yang tidak tahu, tiada dosa bagi mereka.
ii. Kesalahan lahn khofiy yang bermaksud kesalahan atau kecacatan yang dilakukan pada sebutan, iaitu menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al-Quran. Kesalahan ini hanya disedari oleh orang yang mahir dalam tajwid ataupun para Qurra’ sahaja, dan tidak pada orang awam. Misalnya, meninggalkan izhar, ikhfa’, idgham, iqlab, ghunnah, kadar panjang yang sepatutnya, tafkhim, tahqiq dan sebagainya. Dengan kata lain mengabaikan hukum tajwid dalam pembacaan. Hukumnya adalah haram dilakukan secara sengaja ataupun mempermudah-mudahkannya. Bagi individu yang tidak tahu, tidaklah berdosa bagi mereka.
b) Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran
Dengan mempelajari ilmu tajwid, seseorang individu muslim khususnya akan merasa lebih yakin dengan ketepatan bacaannya. Di samping itu, perasaan ragu-ragu dengan apa jua bentuk ayat dan hukum bacaan yang ditemui pada mana-mana tempat dalam al Quran juga tidak akan terjadi.
c) Mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Di samping mempelajari ilmu tajwd dengan memperhalusi bacaan-bacaan al-Quran, banyak ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang menerangkan kelebihan membaca al-Quran serta jaminan kebahagiaan baginya.
d) Dapat mengetahui seni bacaan al-Quran yang pelbagai
Al-Quran mempunyai seni bacaannya yang tersendiri. Seni bacaan al-Quran disertai dengan pelbagai lagu yang diambil kira tentang makhraj huruf atau pengeluaran huruf yang tepat keluarnya. Dengan mendalami ilmu tajwid, para individu muslim akan dapat mengetahui dan mempelajari jenis-jenis tingkatan seni suara, seni lagu dan perbezaan lagu. Perkara ini saling berkait dengan kaedah seni bertaranum.
KESIMPULAN
Secara umumnya ilmu tajwid merupakan ilmu yang penting bagi umat Islam. Umat Islam khususnya akan dapat membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan bacaan yang betul dan dapat mengelakkan berlakunya kesalahan dalam bacaan. Dalam proses memperhalusi pembacaan al-Quran, individu Muslim juga akan mempelajari kaedah dan metode hukum-hukum ketika membaca ayat-ayat suci al-Quran. Di antaranya termasuklah makhraj huruf, tingkatan suara dan seni bertaranum yang pelbagai.
Oleh yang demikian itu, usaha dalam mempelajari tajwid seharusnya ditingkatkan dalam setiap lapisan masyarakat termasuklah yang golongan muda dan golongan tua. Sebagaimana hari ini, telah wujud pelbagai metode atau kaedah untuk memudahkan pemahaman dalam bidang ilmu tajwid misalnya rancangan tilawah, bertaranum dan tajwid al-Quran, yang mana disiarkan melalui media-media tempatan. Selain daripada itu menerusi internet juga banyak blog-blong yang membincangkan ilmu tajwid. Walaupun terdapat sedikit perbezaan pendapat dan prinsip seperti perbezaan qiraat dan sebagainya, namun ia boleh dibincangkan dengan lebih terperinci dalam kalangan cendikiawan dan para ilmuan pada zaman teknologi ini.
SOALAN KEDUA:
Hukum-hukum mad terjadi disebabkan beberapa perkara dan di antaranya disebabkan terdapat huruf yang sukun. Mad dari segi bahasa bermaksud menambah atau memanjangkan. Dari segi istilah pula ia ialah memanjangkan suara pada huruf-huruf mad dan lin dengan kadar dua hingga enam harkat (Mahadi Dahlan al-Hafiz & Azahari Othman al-Hafiz, Kaedah Tajwid Rasm Uthmani, ms 38). Huruf-huruf mad (panjang) terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;
Huruf
Keterangan
Contoh
اْ
Alif sakinah yang sebelumnya terdapat huruf berbaris di atas
حَتَّى إِذَا
وْ
Wau sakinah yang sebelumnya terdapat huruf berbaris hadapan
رُدُّوهَا
يْ
Ya sakinah yang sebelumnya terdapat huruf berbaris di bawah
مُبِينَ
Huruf-huruf yang menemui salah satu daripada huruf-huruf di atas hendaklah dipanjangkan bacaannya menurut kadar yang tertentu.
Tiga jenis mad yang berkaitan dibincangkan sebagaimana yang berikut;
1) Mad wajib muttasil
2) Mad jaiz munfasil
3) Mad lin
1) Mad wajib muttasil
Contoh
جَاءَ
سُو~ءَ
سِيْئَ
Kadar panjang
· Tidak kurang daripada 3 harkat bersamaan 1½ alif dan tidak lebih daripada 6 harkat (3 alif).
· Menurut bacaan Hafs ia di panjangkan dengan kadar 4 atau 5 harkat sahaja.
Cara mengenali
· Apabila salah satu huruf mad (اْ وْ يْ) bertemu dengan hamzah dalam satu perkataan.
Sebab dinamakan
· Ia dinamakan dengan mad wajib muttasil kerana huruf-huruf mad bertemu secara berangkai atau bersambung dan hanya berada dalam satu kalimah atau perkataan sahaja.
2) Mad jaiz munfasil
Contoh
فِيْ أَنْفُسِكُمْ
قُوْآ أَنْفُسَهُمْ
يآأَيُّهَا النَّاسُ
Kadar panjang
· Harus dipendekkan iaitu dibaca sepanjang 2 harkat.
· Harus dimadkan iaitu dibaca sepanjang had wajib muttasil.
· Kesimpulannya dibaca dengan kadar 2/4/5 harkat.
Cara mengenali
· Apabila salah satu huruf mad (اْ وْ يْ) bertemu dengan hamzah berharkat di dalam perkataan lain.
Sebab dinamakan
· Ia dinamakan dengan mad jaiz munfasil kerana salah satu huruf-huruf mad bertemu secara bercerai di antara dua kalimah atau perkataan.
3) Mad lin
Contoh
خَوْفٌ
قُرَيْشٍ
Kadar panjang
· Kadar bacaan adalah 2 harkat.
· Apabila huruf yang dimatikan kerana wakaf maka kadar panjangnya adalah 2/4/6 harkat.
Cara mengenali
· Apabila dua huruf (وْ يْ) dan sebelumnya huruf yang berbaris di atas, dan ia hendaklah dimadkan.
Sebab dinamakan
· Ia dinamakan dengan lin kerana ia hendaklah dibaca secara lembut.
Kadang kala terdapat mad lin berpasangan dengan mad ‘arid, dan hukumnya sebagaimana berikut;
a) Sekiranya mad lin mendahului mad ‘arid
- Maka boleh dibaca dengan memilih pasangan sifat seperti berikut;
Mad lin (لاَ رَيْبَ)
Ø Pendek : 2 harkat
Ø Sederhana : 4 harkat
Ø Panjang : 6 harkat
Mad ‘arid (لِلْمُتَّقِيْنَ)
Ø Pendek/ sederhana/ panjang : 6/4/2 harkat
Ø Sederhana/ panjang : 6/4 harkat
Ø Panjang : 6 harkat
b) Sekiranya mad ‘aridmendahukui mad lin
- Maka boleh dibaca dengan memilih pasangan sifat berikut;
Mad ‘arid (لِلْمُتَّقِيْنَ)
Ø Pendek : 2 harkat
Ø Sederhana : 4 harkat
Ø Panjang : 6 harkat
Mad lin (لاَ رَيْبَ)
Ø Pendek: 2 harkat
Ø Sederhana/ panjang : 2/4 harkat
Ø Panjang/ sederhana/ pendek : 2/4/6 harkat
Posted by roslizam at 8:52 PM 0 comments
Labels: Hasil tugasan
Etika Profesional
Pengenalan
Liputan meluas berita semasa mengenai agenda ataupun skandal rasuah yang semakin berleluasa di kalangan syarikat-syarikat korporat gergasi negara telah mencetuskan idea atau kepentingan latihan dan pengajaran etika agar ianya dapat menyelesaikan permasalahan yang tidak sihat tersebut.
Ekoran daripada masalah ini, maka telah timbul golongan-golongan yang tertentu untuk menyatakan pendapat mereka masing-masing berhubung dengan kes tersebut, malah segelintir saintis sosial juga telah mencadangkan bahawa peringkat awal ataupun asas latihan dan pengajaran etika seharusnya dimulakan daripada peringkat sekolah rendah lagi sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Manakala peringkat lain pula seharusnya bermula daripada masa seseorang itu berkecimpung dengan tugas mereka.
Definisi Etika
Etika ialah satu prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Dari segi etika individu pula, sama ada betul atau salah, ianya tidak serupa untuk setiap individu
Makna Etika Prfesional
Etika profesional pula digunakan untuk menilai prinsip moral untuk sesuatu kumpulan yang direka/dibuat untuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan sesuatu tugas atau penggunaan sumber yang mereka ada.
Manusia mendalami aturan dan nilai milik budaya profesional sama seperti mereka membuatnya untuk golongan mereka. Golongan ini berpegang teguh pada aturan profesional dan nilai semasa membuat keputusan di atas bagaimana berkelakuan ataupun bertindak mengikut etika yang ditentukan.
Kes rasuh dan hubungkait dengan masalah etika dan moral
Sesungguhnya, permasalahan rasuah ini memang semakin berleluasa di negara kita dan memang tidak dinafikan bahawa gejala ini semakin mendapat perhatian daripada semua pihak.
Kes rasuah ini adalah satu kes yang sangat berkait-rapat dengan masalah etika dan moral. Orang atau individu yang terlibat dengan gejala tersebut sama ada memberi atau menerima rasuah adalah orang yang tidak beretika serta kurang nilai-nilai moral. Mereka yang menjalankan kegiatan tersebut adalah bertujuan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri serta tidak mengambil-kira hak dan kepentingan orang lain. Demi untuk kesenangan diri sendiri, mereka bukan sahaja lupa dengan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat malah telah meletakkan diri mereka di dalam situasi yang amat membahayakan.
Berdasarkan kepada kes gejala rasuah di kalangan syarikat-syarikat korporat gergasi di negara kita pula, gejala ini memang sangat berleluasa justeru kerajaan pada masa kini telah mengambil inisiatif untuk membendung permasalahan tersebut dengan memperkuatkuasakan rang undang-undang dan peranan pihak BPR untuk mencegah masalah ini daripada semakin berleluasa.
Whistle Blowing dan gejala rasuah
Apabila wujud kes-kes rasuah di mana-mana sahaja maka ianya tidak dapat lari daripada Whistle blowing khususnya di dalam dunia perniagaan. Whistle blowing ini adalah seseorang yang menuduh rakan sekerjanya, penyeliaan atau pegawai syarikat berhubung dengan tindakan yang tidak sah atau tidak bermoral.
Terdapat 2 jenis Whistle blowing iaitu:
dalaman – jika tuduhan dibuat melalui talian penyeliaan atau saluran yang tertentu di dalam syarikat tersebut.
luaran – sekiranya tuduhan tersebut dilaporkan kepada orang luar atau agensi-agensi di luar syarikat, seperti pihak berkuasa atau pihak media.
Individu yang terlibat dengan Whistle blowing ini adalah individu yang tergolong sama ada mereka berada di pihak yang benar mahupun tidak. Biasanya Whistle blowing ini akan timbul apabila wujud kes-kes yang tidak beretika tertentu umpamanya kes rasuah tersebut. Walau bagaimanapun, masalahnya di sini ialah persoalan sama ada individu yang terlibat dengan Whistle blowing ini adalah benar-benar betul ataupun sengaja direka-reka demi untuk kepentingan sendiri ataupun irihati dengan rakan sekerja mereka termasuklah pihak atasan mereka sekiranya mereka tidak berpuas-hati.
Namun demikian, apa yang menjadi kebiasaan dalam senario rasuah di negara kita, Whistle blowing akan wujud apabila kes rasuah ini benar-benar berlaku di dalam sesuatu organisasi tertentu.
Faktor-faktor pembentukan etika dan cara penyelesaian
Saranan sesetengah pihak termasuklah agensi saintis sosial yang menekankan tentang usaha untuk menanamkan sikap dan fahaman nilai-nilai etika dan moral di kalangan individu daripada peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat apabila individu tersebut telah berkecimpung dengan kerjaya mereka masing-masing adalah sangat berpatutan.
Saranan tersebut adalah mengambil kira di mana terdapat lima faktor utama pembentukan etika individu iaitu pengaruh keluarga, pengaruh rakan, pengalaman hidup, nilai-nilai peribadi dan prinsip moral serta faktor keadaan/situasi.
Pengaruh keluarga adalah pengaruh utama atau yang paling berkesan dalam pembentukan etika individu. Hal ini demikian kerana setiap individu sebenarnya cenderung untuk mengikut atau mencontohi sikap ibu bapa mereka dan ini menyebabkan apa sahaja nilai-nilai moral dan etika yang diamalkan oleh ibu bapa tesebut secara tidak langsung akan dicontohi oleh individu atau anak-anak mereka tersebut.
Pengaruh rakan juga adalah sangat kuat dalam membentuk peribadi serta nilai-nilai moral dan etika individu tertentu. Di peringkat sekolah, sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah, kanak-kanak khususnya murid-murid sekolah banyak bergaul dengan rakan-rakan mereka dan kebanyakan masa mereka dihabiskan bersama-sama dengan rakan-rakan mereka. Oleh yang demikian, apa sahaja tindak-tanduk yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka akan dicontohi oleh mereka sesama sendiri tanpa mengambil-kira sama ada ianya baik ataupun buruk.
Dari segi pengalaman hidup pula, setiap detik memori serta pengalaman yang telah kita alami saban hari sebenarnya menjadi satu pedoman dan pengajaran kepada kita untuk terus mempelajari sesuatu pengalaman baru di dalam hidup kita. Maka, setiap perbuatan serta tindak-tanduk sama ada ianya beretika mahupun tidak asalkan kita pernah mengalaminya secara tidak langsung akan mendorong diri kita sama ada mengelak ataupun meneruskan perbuatan yang kita pernah lakukan tersebut. Ini sebenarnya menjadi salah satu faktor pembentukan nilai-nilai etika dan moral di dalam diri kita tersebut.
Nilai-nilai peribadi serta prinsip moral adalah sangat kritikal untuk dibincangkan memandangkan skop bagi etika dan moral ini adalah sangat umum. Nilai-nilai peribadi dan prinsip moral ini sememangnya mampu membetuk etika peribadi seseorang serta dapat membantu seseorang untuk mempertimbangkan antara positif dan negatif serta pro dan kontra sesuatu perbuatan tersebut.
Akhir sekali ialah faktor situasi ataupun keadaan. Faktor keadaan sebenarnya satu faktor yang cenderung untuk memerangkap seseorang itu ketika berada dalam sesuatu dilemma. Faktor keadaan juga akan mendorong seseorang untuk bertindak mengikut keadaan tertentu. Maka, etika seseorang tersebut akan dapat dilihat semasa mereka sedang menangani sesuatu keadaan tertentu.
Berdasarkan kepada faktor-faktor pembentukan etika individu seperti yang telah diterangkan tersebut, maka jelas sekali bahawa kesemua faktor ini apabila dinilai berdasarkan pro dan kontranya serta dikaitkan dengan saranan pihak saintis sosial agar wujud latihan dan pengajaran aspek etika daripada peringkat bawahan adalah sangat berpatutan.
Dari segi faktor keluarga umpamanya, jika pihak keluarga khususnya ibu bapa tertentu boleh menanamkan nilai-nilai moral dan etika yang baik kepada anak-anak mereka semenjak dari kecil lagi serta sentiasa menunjukkan nilai-nilai yang baik termasuklah menanamkan sikap yang menghindarkan diri daripada gejala rasuah, maka langkah ini sememangnya dapat mengatasi masalah rasuah yang semakin berleluasa ini. Individu yang terlibat dengan gejala rasuah tersebut sebenarnya mungkin terbiasa untuk menerima pelbagai bentuk ganjaran yang seakan-akan mirip dengan gejala rasuah semenjak dari kecil lagi. Kemungkinan sekali, pada masa kecil mereka, mereka sering menerima ganjaran daripada ibu bapa mereka tanpa mengambil-kira baik-buruk kesan daripada ganjaran tersebut dalam hidup mereka. Oleh yang demikian, jika dari kecil lagi mereka sudah dibiasakan dengan menerima ganjaran ataupun pra-rasuah daripada pihak ibu bapa mereka, maka ini secara langsung akan mendorong diri mereka untuk terus mengamalkan tabiat tersebut memandangkan ianya sudah menjadi kebiasaan dalam diri mereka.
Di sekolah, seharusnya nilai-nilai etika dan prinsip-prinsip moral ini sangat ditekankan setiap hari kepada diri pelajar-pelajar sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan mereka. Berdasarkan kepada faktor rakan sebaya seperti yang diterangkan sebelum ini, maka tidak hairanlah jika gejala rasuah ini semakin berleluasa di peringkat global khsusunya di kalangan ahli-ahli korporat dan pemimpin-pemimpin kerajaan tertentu. Tidak dinafikan bahawa pengaruh rakan sebaya ini sangat kuat dalam membentuk nilai-nilai peribadi dan prinsip etika seseorang individu tertentu. Maka, usaha untuk membentuk serta menanamkan nilai-nilai etika ini di peringkat awal sekolah rendah sehinggalah ke peringkat persekolahan yang lebih tinggi seharusnya diteruskan. Ini bukan sahaja dapat mendorong dan membentuk peribadi seseorang individu tertentu malah juga dapat membantu untuk mengatasi gelaja rasuah ini daripada semakin berleluasa.
Undang-undang sebagai dasar kepada keputusan pengurusan
Kita akan melihat undang-undang sebagai dasar kepada keputusan pengurusan apabila berhadapan dengan dilemma etika.
Undang-undang adalah satu set peraturan yang dibentuk oleh masyarakat untuk mengawal tingkahlaku dalam masyarakat. Kita harus merujuk kepada undang-undang apabila berhadapan dengan konflik antara prestasi ekonomi organisasi dan prestasi sosial. Biarkan undang-undang yang memutuskan. Di dalam masyarakat demokrasi di mana peraturan dan undang-undang dianggap mewakili penilaian moral dari ahli masyarakat. Secara keseluruhannya, kita harus mematuhi penilaian moral ini dan tidak sepatutnya membentuk pendapat moral peribadi kita. Ada banyak contoh undang-undang yang mencerminkan penilaian moral terkumpul.
Posted by roslizam at 8:48 PM 0 comments
Labels: Hasil tugasan
