? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tinggal Jejak Anda Disini....

Saturday, April 24, 2010

Pendidikan Islam Tahun 3

Pendahuluan

Dalam Islam, bidang perguruan merupakan profesyen yang amat mulia. Seseorang individu yang bergelar guru bukanlah semata-mata sekadar tenaga pengajar kepada muridnya, tetapi ia merangkumi juga peranan sebagai seorang pendidik. Oleh yang demikian itu, Islam menekankan seseorang guru seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan dan seimbang dengan pembentukan akhlak peribadinya. Dengan ini bermakna seseorang guru bukanlah hanya mengajarkan ilmu pengetahuannya, malah ia berperanan dalam membentuk watak dan peribadi anak didiknya dengan akhlak dan ajaran Islam.

Pada masa yang sama individu yang bergelar murid atau pelajar seharusnya mempunyai sikap positif terhadap guru dengan mengamalkan adab-adab yang baik. Selain ibu bapa, guru adalah pendidik kedua di sekolah dengan mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan contoh teladan yang baik. Oleh sebab itu, seseorang murid wajib menghormati gurunya selari dengan ajaran-ajaran Islam.

Kewajipan murid menghormati gurunya amat ditekankan dalam Islam melalui pengamalan adab-adab terhadapnya seperti membantu guru, bercakap dengan lemah lembut dan sebagainya lagi. Seseorang murid akan mencapai keberkatan sekiranya menghormati dan mentaati guru. Selain memperolehi ganjaran di sisi Alah Ta‘ala, mereka juga akan memiliki kejayaan dalam kehidupan pada masa yang akan datang.


SOALAN PERTAMA:


1. Fadhilat pertama: Mendapat balasan pahala

Tiada seorang pun dalam kehidupan insan, selain daripada kedua ibubapa yang lebih berjasa dan layak dihormati melebihi daripada guru. Guru adalah seorang insan mulia yang berperanan sebagai ibu bapa yang kedua yang memberikan ilmu pengetahuan kepada kita. Sebagai murid yang mempunyai adab dan akhlak Islamiah, suatu kewajiban ke atas kita untuk menghormati mereka sebagai mana kita menghormati ibu bapa kandung kita. Sesungguhnya terdapat banyak fadhilat seseorang itu menghormati guru selain daripada dianugerahi oleh Allah pahala yang berlipat ganda. Seseorang murid yang sentiasa menghormati gurunya dengan mengamalkan adab yang baik akan mendapat balasan pahala yang berlipat ganda sebagaimana menghormati ibu bapa.

Firman Allah Ta‘ala;

Maksudnya:
“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah ali-‘Imran: 18)

Menerusi ayat ini, kita perhatikan bagaimana Allah Ta‘ala memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-malaikat-Nya dan kemudiannya dengan ahli ilmu. Hal ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu iaitu guru.


2. Fadhilat kedua : Mendapat keberkatan dan kejayaan

Selain daripada itu jasa guru amat besar dan tidak dapat dibandingkan. Apabila seseorang pelajar menjaga adab terhadap guru dengan menghornatinya, mereka akan mendapat keberkatan dan kejayaan dalam kehidupan. Mereka akan merendah diri terhadap guru dengan menurut perintah dan nasihat guru serta sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka. Dalam Al-Qur‘an telah menceritakan bagaimana tingginya peradaban dan akhlak Nabi Musa ‘alaihissalam ketika Baginda ingin menuntut ilmu daripada seorang hamba Allah yang dikurniakan ilmu yang tinggi (menurut kebanyakan riwayat, hamba Allah yang dimaksudkan itu ialah Nabi Khidir ‘alaihissalam) dalam firman Allah Ta‘ala;


Maksudnya:
“Musa berkata kepada Khidhir: "Bolehkah Aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu (oleh Allah), ilmu yang menjadi pertunjuk bagiku?"

(Surah al-Kahfi : 66)
Mengikut Imam Fakhrur Razi, ayat ini mengandungi adab serta tatacara yang pelbagai dan halus bagi seorang pelajar ke atas gurunya.


3. Fadhilat ketiga: Membentuk peribadi dan akhlak mulia

Sebaik-baik guru adalah guru yang mempunyai akhlak dan peribadi yang amat baik. Melalui adab yang diamalkan, seseorang murid yang mengamalkannya boleh membentuk akhlak dan peribadi diri sendiri ke arah akhlak yang mahmudah. Guru adalah sebagai model kepada murid dalam membentuk sahsiah diri kerana guru adalah ahli ilmuan, dan ahli ilmu itu adalah pewaris para nabi sebagaimana yang dihuraikan dalam sebuah hadis;

Rasulullah s.a.w bersabda;

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya:
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)


SOALAN KEDUA:

Set Induksi yang sesuai bagi topik menghormati guru yang dicadangkan adalah seperti berikut;
Tajuk : Menghormati Guru
Set Induksi
1- Guru menayangkan video yang berkaitan (video dilampirkan menerusi CD).
2- Guru melekatkan gambar murid membantu seorang guru di papan hitam dan mengaitkan dengan tajuk pembelajaran iaitu “Menghormati Guru”.
3- Murid menyebut tajuk pembelajaran beramai-ramai.
Kaedah yang digunakan (lakonan)


Sumbang saran adab menghormati guru:
· Member salam
· Ucapan terima kasih
· Meminta izin
ILMU
· Tunjuk cara bagaimana menghormati guru.
AMALI
· Bercakap lemah lembut terhadap guru bagi mewujudkan keutuhan budaya dan moral.
· Sentiasa wujudkan hubungan baik antara guru dengan murid kearah kehidupan yang lebih harmoni.
NILAI
· Mentaati arahan guru.
· Menumpukan perhatian semasa proses pembelajaran bermula.
AMALAN
PEMBUDAYAAN
· Sentiasa bercakap dengan sopan dan lemah lembut dengan guru.


Guru meminta seorang murid membantunya mengemaskan buku.


SOALAN KETIGA:

Langkah-langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas dengan menggunakan kaedah lakonan dengan melakonkan adab-adab menghormati guru adalah sebagaimana berikut;

Persediaan sebelum mengajar

Perkara
Rancangan Pengajaran
Tahun
Satu
Masa
30 minit
Tajuk
Menghormati Guru
Fokus
Pemikiran : Murid dapat menyebut adab menghormati guru
Amalan : Murid dapat mengamalkan adab menghormati guru.
Penghayatan : Sentiasa berdisiplin dan menjaga adab menghormati guru.
Kaedah
Lakonan – Tunjuk cara – Penerangan/ Perbincangan
Pengetahuan sedia ada murid
Murid telah biasa bercakap dan membantu serta meminta izin daripada guru.
Sumber pengajaran dan pembelajaran
1. Video murid dan guru di dalam kelas.
2. Gambar murid sedang membantu guru.
3. Bahan maujud (lakonan)
Hasil pembelajaran
Aras 1:
1. Menyebut dan mengamalkan adab-adab menghormati guru.

Aras 2:
Menerangkan fadhilat menghormati guru dan kesan tidak menghormati guru.

Aras 3:
Menyenaraikan adab-adab menghormati guru dan adab-adab yang tidak wajar dilakukan terhadap guru.
Perkara
Rancangan Pengajaran
Nilai
Bertolak ansur
KBKK
Membanding beza di antara adab-adab yang wajar dan yang tidak wajar dilakukan terhadap guru.
Pembudayaan Islam Hadari
1. Kehidupan berkualiti
2. Beretika dan berakhlak mulia


Proses semasa pengajaran dan pembelajaran
- Murid-murid diberikan salinan skrip lakonan bertajuk “Menghormati Guru”.
- Murid-murid secara berkumpulan melakonkan adab-adab tersebut.
- Contoh skrip lakonan;

Seorang guru baru sampai ke sekolah terus menaiki anak tangga untuk ke bilik guru. Pada masa itu, terdapat tiga orang murid yang sedang riang berjalan ke arah tangga tesebut untuk ke kantin. (suara latar)

Murid C : Assalamu‘alaikum, cikgu…
Cikgu : Wa‘alaikumussalam..
Murid A : Cikgu, banyak cikgu bawa barang hari ini.
Murid B : Cikgu, boleh kami bantu bawa laptop tu?
Cikgu : Boleh,
Murid C : Biar saya bawa fail-fail yang banyak tu.
Cikgu : Terima kasih ya, tolong cikgu. Nanti letakkan di atas meja cikgu…dalam
bilik guru.
Murid A, B, C : Sama-sama, cikgu.

Rumusan daripada lakonan (ulasan guru)
Ya, murid-murid…begitulah cara kita untuk membantu dan menghormati guru kita di sekolah. Ini merupakan di antara adab-adab menghormati guru yang perlu kita amalkan.


Proses selepas pengajaran dan pembelajaran
- Murid-murid akan diberikan latihan pengukuhan berkaitan tajuk yang telah dipelajari.
- Contohnya;

Latihan 1 (Aras Satu):
Arahan - Lorekkan kotak mengenai adab-adab menghormati dengan guru:


1. Merendahkan suara ketika bercakap dengan guru.


2. Duduk apabila guru bertanya.


3. Menyahut penggilan guru dengan hormat.


4. Tidak perlu meminta izin guru untuk bercakap.


5. Mengucapkan terima kasih kepada guru apabla selesai bercakap.



Latihan 2 (Aras Dua):
Arahan – Warnakan 5 kelebihan adab menghormati guru:




Kelebihan adab menghormati guru
disayangi
dibenci
Balasan baik
Mendapat
kejayaan
Kesusahan dalam kehidupan
Dihormati guru
Dimarahi
Dihormati guru



Latihan 1 (Aras Tiga):
Arahan – Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai:

1. Bercakap dengan bahasa yang …………………..

2. ….................. muka guru ketika bercakap.

3. Mintalah izin ……………….. terlebih dahulu sebelum bercakap.

4. Menyahut panggilan dengan …………………….

5. Merendahkan ………………….. ketika bercakap dengan guru.
hormat
izin
sopan
pandang
suara


SOALAN KEEMPAT:

Rasulullah s.a.w berperanan sebagai guru dalam mendidik dan menyampaikan risalah dakwah kepada sahabatnya serta masyarakat ‘Arab seluruhnya. Rasulullah s.aw. adalah seorang pendidik, guru, dan penyampai risalah dakwah kepada seluruh umat manusia dalam menyebarkan akidah Islamiah dan membentuk peribadi mahmudah. Murid-murid Rasulullah s.a.w terdiri daripada ahli keluarga dan para sahabat yang rapat dengan baginda. Pada masa ini, hubungan perkembangan dakwah baginda adalah selari dengan perkembangan pendidikan Islam.

Metodologi pendidikan Rasulullah s.a.w yang terawal adalah menggunakan prinsip qudwah hasanah iaitu “contoh dan teladan”. Ia adalah sesuai dengan isi kandungan pendidikan yang menekankan aspek akhlak (sahsiah) dan akidah. Manakala metodologi mahabbah pula merupakan pengajaran yang disertakan dengan “kasih saying yang penuh dengan rasa mesra dan kelembutan”. Konsep ini telah menyebabkan pengajaran Rasulullah s.a.w dapat diterima oleh murid-muridnya (Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, m.s 56).

Menerusi kedua-dua konsep tersebut, Baginda telah mengajar akidah dengan memberikan penekanan kepada aspek kognitif atau akal. Ia menanam rasa keimanan kepada Allah Ta‘ala (untuk menggantikan bertuhankan kepada berhala) di akal dan jiwa umatnya. Konsep-konsep uluhiyyah dan rububiyyah serta perkara yang berkaitan dengan as-sam‘iyyat wa al-ghaibiyat ditekankan terlebih dahulu dengan tujuan membasmi akidah batil yang dianut oleh masyarakat ‘Arab Jahiliyyah. Setelah perkara ini dicapai, Rasulullah s.a.w menumpukan pula kepada bidang pembentkan akhlak. Aspek yang berkaitan dengan system nilai, tingkah laku dan pergerakan indera murid dibimbing agar sesuai dengan keimanan akidah yang dipegang oleh mereka. (Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, m.s 57).

Keberkesanan pendidikan Rasulullah s.a.w bukan sahaja dapat dicapai melalui aspek kognitif, tetapi juga menerusi aspek efektif dan psikomotor iaitu dalam bentuk amalandan penghayatan. Perkara ini dapat dilihat menerusi peristiwa murid Baginda iaitu Sa‘ad bin Abi Waqas dengan ibunya, dan dijelmakan oleh Allah s.w.t melalui al-Quran;


Maksudnya:
“Dan kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan”.

Di sepanjang penglibatan Rasulullah s.a.w sebagai guru, pendakwah dan seorang rasul, Baginda banyak menerima cabaran dan ugutan daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada ketua-ketua kafir Quraisy di Makkah. Segala penentangan mereka tidak dihiraukan oleh Baginda. Malahan, Baginda tidak pernah tunduk dengan tawaran-tawaran yang diberikan kepadanya (Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, m.s 59).

Seterusnya, perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam lebih pesat dan menggalakkan apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Baginda telah menyusun strategi pengajaran dalam bentuk umumiyyah dan khususiyyah. Melalui pendidikan umumiyyah, lapisan pelajar adalah terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan status hidup iaitu dalam kalangan lelaki, wanita, dan sebagainya. Di dalam strategi pengajaran ini, Baginda telah menyususn tiga kaedah iaitu aspek amalan, contoh teladan dan pendekatan jiwa. Ketiga-tiga aspek ini telah memberikan kesan yang mendalam dalam pengajaran Baginda (Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, m.s 61).



Manakala pengajaran dalam bentuk khususiyyah pula adalah dikhususkan kepada kanak-kanak, tawanan perang dan sahabat Baginda sendiri. Rasulullah s.a.w mendidik kanak-kanak melalui suruhan, tegahan, amalan, qudwah hasanah dan member pengajaran dengan mengambil iktibar daripada cerita-cerita yang berbentuk basyir wa nazir (Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, m.s 62).

Pendidikan seterusnya pula adalah melalui institusi atau madrasah yang dilaksanakan dengan lebih sistematik dan secara formal. Ia merangkumi dua peringkat iaitu peringkat menulis dan membaca, dan peringkat Ashab Assaffah. Pada peringkat menulis dan membaca ia dikhususkan kepada golongan kanak-kanak. Kanak-kanak Islam akan diajar sehingga mereka menguasai kemahiran tersebut. Kemudian di peringkat Ashab Assaffah, iaitu di peringkat golongan pemuda dan belia. Rasulullah s.a.w dan para sahabat mendidik golongan ini melalui imu syarak, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan jasmani dan politik sebagai persiapan hidup pada masa akan datang (Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, m.s 63).

Nabi s.a.w telah mengambil masa selama 23 tahun untuk mengajar dan mentarbiyyahkan manusia dengan penuh kesabaran. Baginda tidak pernah berkeras untuk tujuan tersebut. Kekerasan dalam mendidik manusia akan mendedahkan sikap tidak sabar, pemarah dan memaksa orang lain supaya menuruti kemahuannya. Oleh itu, hal sedemikian akan menunjukkan tidak wujud kebijaksanaan dan kesabaran dalam pendidikan. Sesunggunya Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang guru dan pendakwah yang ulung. Baginda sentiasa dipelihara oleh Allah Ta‘ala dan tidak pernah berhenti dalam usaha mentarbiyyah manusia ke jalan yang benar (Nik Abdul Aziz Nik Mat, Sirah Nabawiyyah, m.s 19-20).


Kesimpulan

Islam menekankan perhatian khusus terhadap masalah perndidikan. Peranan guru mendapat kedudukan istimewa dari perspektif seorang Muslim. Rasulullah s.a.w pernah berpesan bahawa setiap individu Muslim adalah berperanan sebagai pendidik atau menjadi orang yang dididik. Oleh yang demikian itu, fungsi dan peranan guru menurut ajaran Islam tidak dapat dipisahkan dari kedudukan dan peranan Baginda sebagai pendidik teladan.

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai tugas merangkumi syahida (menjadi saksi), mubasyira (pembawa berita gembira), nazira (pemberi peringatan), da‘i ila Allah (penyeru kepada Allah), siraja munira (lampu penerang) dan seumpama dengannya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah contoh pendidik dan pendakwah yang amat sempurna dalam membimbing anak didiknya berlandaskan dengan ajaran-ajaran Islam. Pada masa yang sama juga, Baginda turut membentuk akhlak peribadi umatnya sebagai anak didik dengan peribadi yang mahmudah dan mulia.

Sewajarnya bagi setiap orang yang berperanan sebagai pendidik manusia mempunyai sifat-sifat yang sesuai dengan peranan yang dilakukan. Dalam konteks ini, belum ada di sepanjang zaman seorang manusia yang mempunyai atau menghampiri cirri-ciri kesempurnaan akhlak sebagaimana yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w, sehingga mendapat pujian unggul daripada Allah Ta‘ala sebagaimana dijelaskan di dalam al-Quran;

Yang bermaksud:
“Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”

1 comments:

Anonymous said...

menarik...tahniah