? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tinggal Jejak Anda Disini....

Saturday, April 24, 2010

Pendidikan Islam Tahun 3

Pendahuluan

Dalam Islam, bidang perguruan merupakan profesyen yang amat mulia. Seseorang individu yang bergelar guru bukanlah semata-mata sekadar tenaga pengajar kepada muridnya, tetapi ia merangkumi juga peranan sebagai seorang pendidik. Oleh yang demikian itu, Islam menekankan seseorang guru seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan dan seimbang dengan pembentukan akhlak peribadinya. Dengan ini bermakna seseorang guru bukanlah hanya mengajarkan ilmu pengetahuannya, malah ia berperanan dalam membentuk watak dan peribadi anak didiknya dengan akhlak dan ajaran Islam.

Pada masa yang sama individu yang bergelar murid atau pelajar seharusnya mempunyai sikap positif terhadap guru dengan mengamalkan adab-adab yang baik. Selain ibu bapa, guru adalah pendidik kedua di sekolah dengan mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan contoh teladan yang baik. Oleh sebab itu, seseorang murid wajib menghormati gurunya selari dengan ajaran-ajaran Islam.

Kewajipan murid menghormati gurunya amat ditekankan dalam Islam melalui pengamalan adab-adab terhadapnya seperti membantu guru, bercakap dengan lemah lembut dan sebagainya lagi. Seseorang murid akan mencapai keberkatan sekiranya menghormati dan mentaati guru. Selain memperolehi ganjaran di sisi Alah Ta‘ala, mereka juga akan memiliki kejayaan dalam kehidupan pada masa yang akan datang.


SOALAN PERTAMA:


1. Fadhilat pertama: Mendapat balasan pahala

Tiada seorang pun dalam kehidupan insan, selain daripada kedua ibubapa yang lebih berjasa dan layak dihormati melebihi daripada guru. Guru adalah seorang insan mulia yang berperanan sebagai ibu bapa yang kedua yang memberikan ilmu pengetahuan kepada kita. Sebagai murid yang mempunyai adab dan akhlak Islamiah, suatu kewajiban ke atas kita untuk menghormati mereka sebagai mana kita menghormati ibu bapa kandung kita. Sesungguhnya terdapat banyak fadhilat seseorang itu menghormati guru selain daripada dianugerahi oleh Allah pahala yang berlipat ganda. Seseorang murid yang sentiasa menghormati gurunya dengan mengamalkan adab yang baik akan mendapat balasan pahala yang berlipat ganda sebagaimana menghormati ibu bapa.

Firman Allah Ta‘ala;

Maksudnya:
“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah ali-‘Imran: 18)

Menerusi ayat ini, kita perhatikan bagaimana Allah Ta‘ala memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-malaikat-Nya dan kemudiannya dengan ahli ilmu. Hal ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu iaitu guru.


2. Fadhilat kedua : Mendapat keberkatan dan kejayaan

Selain daripada itu jasa guru amat besar dan tidak dapat dibandingkan. Apabila seseorang pelajar menjaga adab terhadap guru dengan menghornatinya, mereka akan mendapat keberkatan dan kejayaan dalam kehidupan. Mereka akan merendah diri terhadap guru dengan menurut perintah dan nasihat guru serta sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka. Dalam Al-Qur‘an telah menceritakan bagaimana tingginya peradaban dan akhlak Nabi Musa ‘alaihissalam ketika Baginda ingin menuntut ilmu daripada seorang hamba Allah yang dikurniakan ilmu yang tinggi (menurut kebanyakan riwayat, hamba Allah yang dimaksudkan itu ialah Nabi Khidir ‘alaihissalam) dalam firman Allah Ta‘ala;


Maksudnya:
“Musa berkata kepada Khidhir: "Bolehkah Aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu (oleh Allah), ilmu yang menjadi pertunjuk bagiku?"

(Surah al-Kahfi : 66)
Mengikut Imam Fakhrur Razi, ayat ini mengandungi adab serta tatacara yang pelbagai dan halus bagi seorang pelajar ke atas gurunya.


3. Fadhilat ketiga: Membentuk peribadi dan akhlak mulia

Sebaik-baik guru adalah guru yang mempunyai akhlak dan peribadi yang amat baik. Melalui adab yang diamalkan, seseorang murid yang mengamalkannya boleh membentuk akhlak dan peribadi diri sendiri ke arah akhlak yang mahmudah. Guru adalah sebagai model kepada murid dalam membentuk sahsiah diri kerana guru adalah ahli ilmuan, dan ahli ilmu itu adalah pewaris para nabi sebagaimana yang dihuraikan dalam sebuah hadis;

Rasulullah s.a.w bersabda;

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya:
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)


SOALAN KEDUA:

Set Induksi yang sesuai bagi topik menghormati guru yang dicadangkan adalah seperti berikut;
Tajuk : Menghormati Guru
Set Induksi
1- Guru menayangkan video yang berkaitan (video dilampirkan menerusi CD).
2- Guru melekatkan gambar murid membantu seorang guru di papan hitam dan mengaitkan dengan tajuk pembelajaran iaitu “Menghormati Guru”.
3- Murid menyebut tajuk pembelajaran beramai-ramai.
Kaedah yang digunakan (lakonan)


Sumbang saran adab menghormati guru:
· Member salam
· Ucapan terima kasih
· Meminta izin
ILMU
· Tunjuk cara bagaimana menghormati guru.
AMALI
· Bercakap lemah lembut terhadap guru bagi mewujudkan keutuhan budaya dan moral.
· Sentiasa wujudkan hubungan baik antara guru dengan murid kearah kehidupan yang lebih harmoni.
NILAI
· Mentaati arahan guru.
· Menumpukan perhatian semasa proses pembelajaran bermula.
AMALAN
PEMBUDAYAAN
· Sentiasa bercakap dengan sopan dan lemah lembut dengan guru.


Guru meminta seorang murid membantunya mengemaskan buku.


SOALAN KETIGA:

Langkah-langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas dengan menggunakan kaedah lakonan dengan melakonkan adab-adab menghormati guru adalah sebagaimana berikut;

Persediaan sebelum mengajar

Perkara
Rancangan Pengajaran
Tahun
Satu
Masa
30 minit
Tajuk
Menghormati Guru
Fokus
Pemikiran : Murid dapat menyebut adab menghormati guru
Amalan : Murid dapat mengamalkan adab menghormati guru.
Penghayatan : Sentiasa berdisiplin dan menjaga adab menghormati guru.
Kaedah
Lakonan – Tunjuk cara – Penerangan/ Perbincangan
Pengetahuan sedia ada murid
Murid telah biasa bercakap dan membantu serta meminta izin daripada guru.
Sumber pengajaran dan pembelajaran
1. Video murid dan guru di dalam kelas.
2. Gambar murid sedang membantu guru.
3. Bahan maujud (lakonan)
Hasil pembelajaran
Aras 1:
1. Menyebut dan mengamalkan adab-adab menghormati guru.

Aras 2:
Menerangkan fadhilat menghormati guru dan kesan tidak menghormati guru.

Aras 3:
Menyenaraikan adab-adab menghormati guru dan adab-adab yang tidak wajar dilakukan terhadap guru.
Perkara
Rancangan Pengajaran
Nilai
Bertolak ansur
KBKK
Membanding beza di antara adab-adab yang wajar dan yang tidak wajar dilakukan terhadap guru.
Pembudayaan Islam Hadari
1. Kehidupan berkualiti
2. Beretika dan berakhlak mulia


Proses semasa pengajaran dan pembelajaran
- Murid-murid diberikan salinan skrip lakonan bertajuk “Menghormati Guru”.
- Murid-murid secara berkumpulan melakonkan adab-adab tersebut.
- Contoh skrip lakonan;

Seorang guru baru sampai ke sekolah terus menaiki anak tangga untuk ke bilik guru. Pada masa itu, terdapat tiga orang murid yang sedang riang berjalan ke arah tangga tesebut untuk ke kantin. (suara latar)

Murid C : Assalamu‘alaikum, cikgu…
Cikgu : Wa‘alaikumussalam..
Murid A : Cikgu, banyak cikgu bawa barang hari ini.
Murid B : Cikgu, boleh kami bantu bawa laptop tu?
Cikgu : Boleh,
Murid C : Biar saya bawa fail-fail yang banyak tu.
Cikgu : Terima kasih ya, tolong cikgu. Nanti letakkan di atas meja cikgu…dalam
bilik guru.
Murid A, B, C : Sama-sama, cikgu.

Rumusan daripada lakonan (ulasan guru)
Ya, murid-murid…begitulah cara kita untuk membantu dan menghormati guru kita di sekolah. Ini merupakan di antara adab-adab menghormati guru yang perlu kita amalkan.


Proses selepas pengajaran dan pembelajaran
- Murid-murid akan diberikan latihan pengukuhan berkaitan tajuk yang telah dipelajari.
- Contohnya;

Latihan 1 (Aras Satu):
Arahan - Lorekkan kotak mengenai adab-adab menghormati dengan guru:


1. Merendahkan suara ketika bercakap dengan guru.


2. Duduk apabila guru bertanya.


3. Menyahut penggilan guru dengan hormat.


4. Tidak perlu meminta izin guru untuk bercakap.


5. Mengucapkan terima kasih kepada guru apabla selesai bercakap.



Latihan 2 (Aras Dua):
Arahan – Warnakan 5 kelebihan adab menghormati guru:




Kelebihan adab menghormati guru
disayangi
dibenci
Balasan baik
Mendapat
kejayaan
Kesusahan dalam kehidupan
Dihormati guru
Dimarahi
Dihormati guru



Latihan 1 (Aras Tiga):
Arahan – Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai:

1. Bercakap dengan bahasa yang …………………..

2. ….................. muka guru ketika bercakap.

3. Mintalah izin ……………….. terlebih dahulu sebelum bercakap.

4. Menyahut panggilan dengan …………………….

5. Merendahkan ………………….. ketika bercakap dengan guru.
hormat
izin
sopan
pandang
suara


SOALAN KEEMPAT:

Rasulullah s.a.w berperanan sebagai guru dalam mendidik dan menyampaikan risalah dakwah kepada sahabatnya serta masyarakat ‘Arab seluruhnya. Rasulullah s.aw. adalah seorang pendidik, guru, dan penyampai risalah dakwah kepada seluruh umat manusia dalam menyebarkan akidah Islamiah dan membentuk peribadi mahmudah. Murid-murid Rasulullah s.a.w terdiri daripada ahli keluarga dan para sahabat yang rapat dengan baginda. Pada masa ini, hubungan perkembangan dakwah baginda adalah selari dengan perkembangan pendidikan Islam.

Metodologi pendidikan Rasulullah s.a.w yang terawal adalah menggunakan prinsip qudwah hasanah iaitu “contoh dan teladan”. Ia adalah sesuai dengan isi kandungan pendidikan yang menekankan aspek akhlak (sahsiah) dan akidah. Manakala metodologi mahabbah pula merupakan pengajaran yang disertakan dengan “kasih saying yang penuh dengan rasa mesra dan kelembutan”. Konsep ini telah menyebabkan pengajaran Rasulullah s.a.w dapat diterima oleh murid-muridnya (Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, m.s 56).

Menerusi kedua-dua konsep tersebut, Baginda telah mengajar akidah dengan memberikan penekanan kepada aspek kognitif atau akal. Ia menanam rasa keimanan kepada Allah Ta‘ala (untuk menggantikan bertuhankan kepada berhala) di akal dan jiwa umatnya. Konsep-konsep uluhiyyah dan rububiyyah serta perkara yang berkaitan dengan as-sam‘iyyat wa al-ghaibiyat ditekankan terlebih dahulu dengan tujuan membasmi akidah batil yang dianut oleh masyarakat ‘Arab Jahiliyyah. Setelah perkara ini dicapai, Rasulullah s.a.w menumpukan pula kepada bidang pembentkan akhlak. Aspek yang berkaitan dengan system nilai, tingkah laku dan pergerakan indera murid dibimbing agar sesuai dengan keimanan akidah yang dipegang oleh mereka. (Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, m.s 57).

Keberkesanan pendidikan Rasulullah s.a.w bukan sahaja dapat dicapai melalui aspek kognitif, tetapi juga menerusi aspek efektif dan psikomotor iaitu dalam bentuk amalandan penghayatan. Perkara ini dapat dilihat menerusi peristiwa murid Baginda iaitu Sa‘ad bin Abi Waqas dengan ibunya, dan dijelmakan oleh Allah s.w.t melalui al-Quran;


Maksudnya:
“Dan kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan”.

Di sepanjang penglibatan Rasulullah s.a.w sebagai guru, pendakwah dan seorang rasul, Baginda banyak menerima cabaran dan ugutan daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada ketua-ketua kafir Quraisy di Makkah. Segala penentangan mereka tidak dihiraukan oleh Baginda. Malahan, Baginda tidak pernah tunduk dengan tawaran-tawaran yang diberikan kepadanya (Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, m.s 59).

Seterusnya, perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam lebih pesat dan menggalakkan apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Baginda telah menyusun strategi pengajaran dalam bentuk umumiyyah dan khususiyyah. Melalui pendidikan umumiyyah, lapisan pelajar adalah terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan status hidup iaitu dalam kalangan lelaki, wanita, dan sebagainya. Di dalam strategi pengajaran ini, Baginda telah menyususn tiga kaedah iaitu aspek amalan, contoh teladan dan pendekatan jiwa. Ketiga-tiga aspek ini telah memberikan kesan yang mendalam dalam pengajaran Baginda (Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, m.s 61).



Manakala pengajaran dalam bentuk khususiyyah pula adalah dikhususkan kepada kanak-kanak, tawanan perang dan sahabat Baginda sendiri. Rasulullah s.a.w mendidik kanak-kanak melalui suruhan, tegahan, amalan, qudwah hasanah dan member pengajaran dengan mengambil iktibar daripada cerita-cerita yang berbentuk basyir wa nazir (Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, m.s 62).

Pendidikan seterusnya pula adalah melalui institusi atau madrasah yang dilaksanakan dengan lebih sistematik dan secara formal. Ia merangkumi dua peringkat iaitu peringkat menulis dan membaca, dan peringkat Ashab Assaffah. Pada peringkat menulis dan membaca ia dikhususkan kepada golongan kanak-kanak. Kanak-kanak Islam akan diajar sehingga mereka menguasai kemahiran tersebut. Kemudian di peringkat Ashab Assaffah, iaitu di peringkat golongan pemuda dan belia. Rasulullah s.a.w dan para sahabat mendidik golongan ini melalui imu syarak, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan jasmani dan politik sebagai persiapan hidup pada masa akan datang (Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, m.s 63).

Nabi s.a.w telah mengambil masa selama 23 tahun untuk mengajar dan mentarbiyyahkan manusia dengan penuh kesabaran. Baginda tidak pernah berkeras untuk tujuan tersebut. Kekerasan dalam mendidik manusia akan mendedahkan sikap tidak sabar, pemarah dan memaksa orang lain supaya menuruti kemahuannya. Oleh itu, hal sedemikian akan menunjukkan tidak wujud kebijaksanaan dan kesabaran dalam pendidikan. Sesunggunya Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang guru dan pendakwah yang ulung. Baginda sentiasa dipelihara oleh Allah Ta‘ala dan tidak pernah berhenti dalam usaha mentarbiyyah manusia ke jalan yang benar (Nik Abdul Aziz Nik Mat, Sirah Nabawiyyah, m.s 19-20).


Kesimpulan

Islam menekankan perhatian khusus terhadap masalah perndidikan. Peranan guru mendapat kedudukan istimewa dari perspektif seorang Muslim. Rasulullah s.a.w pernah berpesan bahawa setiap individu Muslim adalah berperanan sebagai pendidik atau menjadi orang yang dididik. Oleh yang demikian itu, fungsi dan peranan guru menurut ajaran Islam tidak dapat dipisahkan dari kedudukan dan peranan Baginda sebagai pendidik teladan.

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai tugas merangkumi syahida (menjadi saksi), mubasyira (pembawa berita gembira), nazira (pemberi peringatan), da‘i ila Allah (penyeru kepada Allah), siraja munira (lampu penerang) dan seumpama dengannya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah contoh pendidik dan pendakwah yang amat sempurna dalam membimbing anak didiknya berlandaskan dengan ajaran-ajaran Islam. Pada masa yang sama juga, Baginda turut membentuk akhlak peribadi umatnya sebagai anak didik dengan peribadi yang mahmudah dan mulia.

Sewajarnya bagi setiap orang yang berperanan sebagai pendidik manusia mempunyai sifat-sifat yang sesuai dengan peranan yang dilakukan. Dalam konteks ini, belum ada di sepanjang zaman seorang manusia yang mempunyai atau menghampiri cirri-ciri kesempurnaan akhlak sebagaimana yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w, sehingga mendapat pujian unggul daripada Allah Ta‘ala sebagaimana dijelaskan di dalam al-Quran;

Yang bermaksud:
“Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”

Kenangan Di Lapangan Terbang




Hahahahha......dalam kapal terbang pun nak bergambar....





Di Lapangan Terbang Kuala Lumpur ( KLIA )










Balik dari kampung pada hujung tahun 2009.Kami abadikan kenangan ini......manalah tau kot2 dah dapat pindah nanti.....kalau dah mengajar di kampung tak lah naik kapal terbang....hehehehe.........

Anak2 suka ni kalau bergambar...bukan main seronok lagi mereka ni.Tambah kalau dah dalam kapal terbang.......penat juga melayan karenah mereka ni............Dah besar nanti mereka baca blog ni, mereka taulah apa dah mereka lalui sebelum ni...........





Hari Lahir kembar ( 7 Tahun )

Kek yang di hadiahkan oleh Guru Bahasa Inggeris mereka ( Cik Maslinah Mundai ).Terima kasih la banyak2 kerana membuatkan anak2ku begitu gembira mendapat hadiah kek ni.



Yang kecik pun nak juga potong kek



Lum sempat mandi, balik dari sekolah terus ngadap kek ni hah...kakak uswah pun tak ketinggalan nak jugak potong kek.Kembar nya uswah ari jadi beza 5 ari je.25 hb April ari lahir uswah .




Pada 20.04.2010 merupakan hari ulang tahun kelahiran kembarku (along dan Angah ).Anak ummi dan abah dah 7 tahun.Besar dah ye........Semua anakku lahir di Sabah.Tak kira lah di mana pun asalkan selamat.Alhamdulillah............mereka semua pun dah membesar dengan baik.

Gembira Dalam Duka ( 2 )

Kenangan di rumah pengantin lelaki.Inilah adik beradik ( Along, Ehan, Emel,Yati,Tiqah dan Mizah).






Bersama ibu dan anak saudara pengantin


Pengantin Baru ( Ehan & Buyami )



Perarakan ke rumah pengantin lelaki ( 18 hb Mac 2010 )







Pengkebumian ayah pada 18 hb Mac, selepas solat subuh.Pada jam 2 petang pula adalah hari menghantar adik ( pengantin ) ke rumah mertuanya.Mujurlah jodohnya dengan orang yang tinggal berhampiran.....tak jauh dari rumah............


Nak tak nak semua kuatkan hati meraikan pengantin baru walaupun mlm tu semuanya bersekam mata sebab menguruskan jenazah ayah.Ye lah...semua telah dirancang dan tetamu sudah di jemput, jadi diteruskan juga rancangan tersebut.


Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan...........alhamdulillah perarakan tersebut berjalan dengan lancar.Sanak saudara dan sahabat handai serta jiran tetangga memberikan semangat dan sama-sama meraikan majlis itu.


Buat adik kami ( pengantin ), sabar lah mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.Apa nak buat kita semua kena redha dan terima Qada' dan Qadar Allah. Hari bahagia mereka bertukar hari yang menyedihkan.Kami doakan agar pasangan ini dan kita semua tabah dalam menghadapi hari yang mendatang. Bagi sokongan pada " ma " yang masih lagi dalam keadaan kesedihan. Kami di sini jauh hanya mendengar khabar berita melalui telefon sahaja. Buat adik2 yang berdekatan, jagalah mereka yang masih lagi berada di kampung.

Buat ibubapaku di Terengganu, maafkan kami kerana tidak sempat untuk balik ke sana. Keadaan tidak mengizinkan.panjang umur kita semua sekeluarga akan berkumpul lagi. Kami berharap semua dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia di samping keluarga.

Harapan kami agar tahun ini kami dapatlah bertukar ke kampung.Harap2 impian kami menjadi kenyataan.INSYAALLAH........

















Friday, April 23, 2010

Gembira Dalam Duka ( 1 )

Alhamdulillah pasangan pengantin baru selamat di ijabkabulkan pada 13 hb Mac 2010.Bertempat di Masjid Tepi Sungai, Tanah Merah.




Majlis ( kenduri ) pada 15 hb. Mac 2010.


Sementara menunggu pengantin lelaki sampai


Ketibaan rombongan lelaki



Kenangan di dalam Bilik pengantin



Pengalaman pertamaku menyuapkan pulut pada pengantin, kelakar juga aku kebinggungan tak reti mulanya.....




Ibu pengantin lelaki dan perempuan



Bacaan doa selamat



Gelagat anak ku ( Uzma ) bersama dengan cik su dan Tok su nya



Manjanya anakku ( Uswah ) di pangkuan Tok Cik nya



Aku dan anak-anakku bersama pengantin




Anakku Along, Angah dan Uswah bersama Cik Da nya




Aku sekeluarga bersama pengantin




Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan kami......Tidak menyesal kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bertarikh 12 hb Mac ( cuti sekolah ), yang pada mulanya kami tidak mahu pulang...Entah kenapa...kami suami isteri memang tak sabar2 nak balik kampung.Walhal baru 2 bulan di Sabah setelah pulang bercuti hujung tahun 2009.


Setiap yang bernyawa pasti menemui kematian, semuanya takdir dan ketentuan Allah, dugaan dan cabaran akan meningkatkan keimanan kita, InsyaALLAH....


Majlis akad nikah adik kami pada petang 13 hb Mac.Alhamdulillah selamat....Pada pagi keesokan harinya ayah kami sesak nafas.....selepas di urut mulanya terasa semakin bagus tetapi....makin sesak nafasnya....kami menghantarnya ke hospital.....


Ayah ditahan di wad.Doktor mengesahkan beliau mengidap paru2 berair....ditebuknya di bahagian dada sebelah kanannya....dikeluarkan air dari dalam......


Majlis besarnya ( kenduri ) pada 15 hb Mac itu. Ramai tetamu yang hadir, terpancar di wajah2 kami semua gembira berbaur duka....ye lah...ayah masih di wad.Tetamu yang hadir ke majlis terus singgah bertemu ayah di wad.Semua macam terkejut....sebab tiada angin dan tiada ribut....ayah jatuh sakit nga tiba-tiba.....2 hari di wad nampaknya ayah dah semakin sembuh.


Alhamdulillah majlis kenduri itu selesai dan semuanya berjalan dengan lancar.....


Pada 16 hb Mac, ayah tiba2 sesak nafas semula......doktor memberitahu masih ada air dalam paru2.Dengan ini ayah telah ditebuk pada bahagian sama tempat lain.Seingat aku....pada jam 10 malam....Aku lihat sendiri macamana doktor itu memasukkan wayar pada dada ayah....aku pun tidak menyangka aku menjadi kuat....aku melihat bagaimana terpancar pada wajah ayah ketika itu dengan menahan kesakitannya.....YA ALLAH.....


Ke esokannya,mulanya air yang keluar daripada hos itu, kemudian keluar darah....banyak darah.....ramai dah doktor datang merawat tetapi masih lum tau sebabnya....Kami berulang alik ke hospital menjaga dan melihat keadaan dan perkembangan sakit ayah.Petangnya itu, pihak hospital memutuskan untuk menghantar ayah ke HUSM.


suamiku dan Tiqah yang menemani ayah. Doktor meminta kebenaran untuk membius seluruh badan ayah sebab nak bertolak ke HUSM bagi mengurangkan risiko semasa di dalam perjalanan nanti.


Sesampai sahaja di sana, mulanya keadaan ayah stabil,....kemudian kritikal.....selepas itu doktor memaklumkan otak ayah tidak dapat berfungsi hanya bergantung pada mesin oksigen sahaja...........ketika keadaan ni aku, ma,adik2ku yang lain dan anak2ku di rumah......kami solat hajat dan baca yasin. Mulanya abang tel bagitau ok....tak lama lepas tu....tel bagitau ayah dah tak ada.....


Bagai luluh jantungku mendengarnya...aku terkejut dan terus ku tel semula.....memang betul ayah dah tak ada........abang minta aku beritahu pada ma dan adik2 secara perlahan2 agar mereka terutama ma......tak terkejut......selepas saja aku bisikkan di telinga adik iparku......terus mereka menangis....ma pun bertanya........Kami semua kesedihan.....


Bayangkanlah........kami berkemas dengan menyimpan semua barang2 hantaran kahwin yg masih lagi diruang utama, bilik pengantin masih lagi berhias....kami berkemas dan membuka semua segala hiasan2 tersebut......sedihnya.......bilik pengantin itu tempat di mandikan jenazah.....Jenazah sampai pada 12 lebih malam.Abang yang mengiringi dengan menaiki kereta jenazah. Kami semua tetamu, jiran dan sanak saudara menunggu......Pada jam lebih kurang 3.30 pagi, dimandikan dan dikebumikan selepas solat subuh pada 18 hb itu (khamis ) dan ayah telah pergi buat selama-lamanya pada 17 hb Mac 2010.


Sepatutnya penerbangan kami ke Sabah pada 20 hb Mac itu (sabtu ).Kami telah menundakan penerbangan kami kerana abang menguruskan hal2 yang penting....lagipun kami tidak sampai hati untuk meneruskan perjalanan dengan membiarkan ma dan adik2 dalam keadaan begitu.....Mujurlah pihak pentadbiran kami memahami situasi kami...Kami mengucapkan berbanyak2 terima kasih terutamanya Guru Besar Dan juga Guru Penolong Kanan serta rakan2 sekerja yang memberi sokongan dan kata2 semangat kepada kami.....


Kami dan anak kembarku sempat mencium ayah buat kali terakhirnya.Anakku Along terbangun dari tidur pada jam 4 pagi tu.Kamudian kami kejutkan Angah.Anak kembarku ini menunggu dari awal lagi jadi kami kejutkan dan mereka mencium ayah selepas melihat semua yang lain menciumnya.Bayangkanlah anak seusia sekecil itu mana tau erti kematian....mereka macam mengerti dengan keadaan itu...mereka tidak banyak bercakap....diam....melihat saja apa yang berlaku......Alhamdulillah kami sempat juga berbakti pada saat2 terakhir......Abang sempat juga menjaga ayah...paling kurang pun kami tidaklah rasa terkilan walaupun bekerja jauh tetapi kami sempat bersama2 ayah sehingga kematiannya.......

sama2lah kita mendoakan agar ayah di tempatkan dikalangan orang yang beriman...

Al-Fatihah...