? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tinggal Jejak Anda Disini....

Friday, February 12, 2010

Tafsir

SOALAN SATU

Terdapat dua bentuk kitab tafsir yang pernah dihasilkan oleh para mufassirin iaitu Tafsir Bi al-Ma’thur dan Tafsir Bi al-Ra’yi.
Untuk tugasan ini, anda perlu menghuraikan secara terperinci metodologi penulisan DUA buah kitab tafsir yang cukup terkemuka serta dijadikan rujukan sehingga ke hari ini.

PENDAHULUAN

Tafsir berasal dari perkataan ‘fassara’ yang bermakna untuk mendedahkan yang tertutup atau menjelaskan sesuatu. Terdapat dua bentuk kitab tafsir yang dihasilkan oleh mufassirin iaitu tafsir bi al-ma’thur dan tafsir bi al-ra’yi. Tafsir bi al-ma’thur bermaksud yang dipindahkan atau diriwayatkan daripada orang terdahulu. Dengan kata lain tafsir yang diriwayatkan daripada orang yang terdahulu bukan diijtihadkan sendiri oleh mufassir. Tafsir bi al-ma’thur ialah mentafsir sesuatu ayat al-Quran yang lain, yang terdapat dalam surah yang sama atau surah yang berbeza dan yang berkaitan dengan tajuk yang sama.
Tafsir bi al-Ra’yi pula ialah yang mana kalimah al-Ra’yi sendiri yang mempunyai beberapa pengertian iaitu I’tiqad atau pegangan, Qiyas dan Ijtihad. Oleh itu tafsir bi al-Ra’yi merupakan tafsir al-Quran dengan Ijtihad setelah seseorang mufassir memiliki dan menguasai ilmu-ilmu yang menjadi prasyarat untuk mentafsir dan mematuhi adab-adab serta tatacara mentafsir.

a) Jami’ al-Bayan Fi Tafsir al-Quran

Tafsir Jami’ al-Bayan Fi Tafsir al-Quran yang terkenal dengan nama tafsir al-Tabari. Ia ditulis oleh Imam Abu Ja’far Muhammad bin Jarir bin yazid bin Kathir bin Ghabib al-Tabari (224-310). Tafsir al-Tabari ini mengambil nama sempena nama pengarangnya dan ia merupakan sebuah kitab tafsir yang bernilai tinggi serta sangat diperlukan oleh setiap orang yang mempelajari ilmu tafsir. Ia merupakan kitab tafsir tertua yang disampaikan kepada masyarakat secara lengkap. Tafsir al-Tabari juga berjaya mengumpulkan riwayat-riwayat berkenaan tafsir daripada kalangan sahabat dan tabi’in.
Tafsir Jami’ al-Bayan atau tafsir al-Tabari dihasilkan oleh Abu Ja’far Muhammad bin Jarir al-Tabari. Beliau di lahirkan di Amal Tabaristan pada tahun 224 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah di Baghdad. Semasa berumur 12 tahun, beliau mula merantau untuk menuntut ilmu pengetahuan. Beliau merantau ke Mesir, Syria dan Iraq seterusnya menetap di Iraq. Beliau terkenal sebagai ulama’ dan masyhur sebagai ahli tafsir. Beliau banyak meriwayatkan hadis, mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang penukilan dam pentarjihan riwayat serta memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang sejarah. Beliau juga merupakan pengasas kepada Tafsir al-Athari al-Nazari yang mengutamakan al-Ma’thur dan disusuli dengan ijtihad, istinbat dan istidlal.
Al-Tabari adalah tokoh terkemuka yang benar-benar menguasai pelbagai disiplin ilmu dan berjaya meninggalkan warisan Islam yang cukup besar kepada umat Islam. Hasil karya yang popular ialah Tarikh al-Umum wa al-Muluk dan Jami’ al-Bayan Fi Tafsir al-Quran. Selain dua buah karya tersebut, Ibnu Jarir al-Tabari juga menulis beberapa buah karya lain di dalam pelbagai bidang iaitu al-Adab al-Hamidah wa al-Akhlaq al-Nafsiyyah Tarikh al-Rijal, Ikhtilaf al-Fuqaha, Tahzib al-Athar, kitab al-Basit fi al-Fiqh, Jami’ Fi al-Qira’at dan kitab al-Tabsir Fi al-Usul.
Keistimewaan tafsir al-Tabari ialah ia merupakan sebuah tafsir yang ditulis dengan kaedah kebanyakkan ulama’ salaf iaitu penafsiran ayat dengan hadith dan athar. Disamping itu ia menerangkan ta’wil yang kuat diperolehi daripada sahabat yang dilihat paling dekat dengan kebenaran. Tafsir ini mempunyai ilmu yang tinggi, memiliki pendapat tepat dari segi bahasa Arab serta mengemukakan nas secara sempurna dengan sanad yang lengkap. Beliau menghuraikan segala sanad dengan jelas, mendekatkan semua yang jauh serta mengumpulkan segala yang tidak dapat dikumpulkan oleh penulis lain.
Manakala tafsir ini mempunyai 30 jilid dan merupakan kitab tafsir terulung yang lengkap dalam sejarah pembukuan imu-ilmu tafsir. Kitab tafsirnya telah ditahqiqkan oleh al-ustaz Muhammad Mahmud Syakir dan hadith-hadith telah dikaji oleh al-Ustaz Ahmad Muhammad Syakir.

Metodologi

Metodologi penulisan yang digunakan oleh al-Tabari dalam kitab tafsirnya ialah bersumberkan al-Ma’thur iaitu semua pandangan al-Ma’thur daripada Rasulullah s.a.w, sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in. Al-Tabari memaparkan kesemua riwayat berkenaan dengan ayat yang hendak ditafsirkan dan kemudian membahaskan riwayat-riwayat tersebut dengan membandingkan diantara satu sama lain. Akhirnya beliau akan mentarjihkan salah satu daripada riwayat-riwayat tersebut.
Al-Tabari sangat mengambil berat terhadap sanad-sanad dan tetap menyebutnya walaupun panjang. Jika terdapat lebih daripada satu sanad, ia akan disebutkan juga secara terperinci. Beliau juga mengkritik sanad-sanad periwayatan dan terus manta’dilan beberapa orang perawi serta mentarjihkan perawi lain, yang telah terbukti kecacatannya. Disamping menolak riwayat-riwayat yang tidak diyakini kesahihanya. Oleh itu setiap tafsir yang diterima daripada tabi’in diterangkan dengan sanad yang sempurna.
Dalam menyempurnakan tafsirnya, beliau memberikan penekanan terhadap masalah qira’at serta menghubungkan qira’at-qira’at tersebut. Menurut beliau, qira’at yang terjadi adalah qira’at yang memenuhi syarat-syarat berikut iaitu selaras dengan rasm mushaf, betul dari segi maknanya dan pengambilan yang sahih. Di dalam membicarakan hukum fiqah, al-Tabari akan menyebut pelbagai pendapat ulama serta aliran mazhab. Dan akhirnya ia merumuskan dengan menggunakan pendapat beliau sendiri. Begitu juga dalam masalah akidah, beliau akan membincangkan dengan cermat dan menyanggah pendapat golongan mazhab ahli kalam terutamanya pendapat golongan muhtazilah serta banyak menyokong ahli Sunnah wa al-Jama’ah.
Di dalam tafsirnya juga, beliau memberikan perhatian kepada pekara-pekara yang remeh temeh dan tidak berfaedah. Ini termasuklah pekara yang kurang jelas, pendetilan kepada kisah zaman lampau seperti peristiwa al-Khafi dan kisah al-Baqarah.

0 comments: