? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tinggal Jejak Anda Disini....

Friday, February 12, 2010

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar.


Pengenalan

Mendengar merupakan salah satu aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran mendengar pendengaran. Beliau merumuskan, dalam keadaan manusia sedar 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap manakala 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses mendengar berperanan penting dalam komunikasi. Menurut Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di institut pengajian tinggi pula, pendengaran merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah pengajaran di universiti adalah mendengar kuliah. Menurut Barker(1971) menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah 50% - 100% .

Definisi Kemahiran Mendengar.

Menurut Chuah (1987) terdapat perbezaan yang besar antara proses mendengar dan dengar. Ini boleh disamakan dengan pendengaran Barker (1971) yang dirumuskan sebagai mendengar adalah suatu proses yang aktif dan perkataan dengar adalah satu proses yang pasif. Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan system saraf pendengaran di otak tetapi adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Mendengar secara aktif bukan sahaja kepada penggunaan telinga, tetapi kepada semua pancaindera, terutama penglihatan iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.

Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empeti iaitu mendengar dengan menjiwai apa yang didengari. Di dalam situasi kaunseling, masa digunakan untuk mendengar berlaku lebih banyak daripada berucapdan respons, terutama di dalam peringkat awal sesi kaunseling. Oleh itu kejayaan mencapai objektif kaunseling itu banyak bergantung kepada kemahiran mendengar seseorang kaunselor, sam ada digunakan tepat dalam peringkat awal.

Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapimelibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri. Proses mendengar berkait rapat secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inferens, mengagakkan hasil generalisasi dalam membuat keputusan.

Kemahiran Mendengar
Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur adalah berkait rapat, walaupun berhubung antara satu sama lain, ia merupakan kemahiran yang berbeza. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterprestasi apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

Kemahiran mendengar juga merupakan kemahiran yang pertama dialami oleh seseorang kanak-kanak sebelum ia diajar dan dilatih untuk bertutur. Kemahiran ini merupakan proses fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lamanya. Dalam pengajaran dan pembelajaran setiap guru mestilah melatih murid-murid agar mendengar dengan tekun dan memberi sepenuh perhatian bagi menghasilkan satu bentuk pertuturan yang baik. Guru juga mestilah mengajar dengan suara yang jelas supaya dapat difahami oleh murid-murid. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan alat bantu mengajar untuk menyampaikan kemahiran ini seperti pita rakaman, video, radio, telefon bimbit, komputer dan sebagainya untuk menarik minat murid dan menimbulkan reaksi pendengar terhadap pengajaran yang disampaikan.
Di samping itu juga, dalam kemahiran mendengar murid dapat bertindak balas dengan arahan yang disampaikan oleh guru ataupun orang lain. Sebagai contoh arahan yang diberi oleh guru, ketua murid, guru besar dan rakan rakannya akan memahami maksud yang didengarinya dapat menuruti arahan tersebut, seperti memungut sampah, bangun ketika guru masuk di dalam kelas, berbaris ketika membeli makanan di kantin dan sebagainya.
Di dalam kemahiran mendengar dapat membantu dan mengembangkan kemahiran murid dengan guru mengemukakan soalan-soalan dan meminta murid- murid mengenalpasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut biasanya berbentuk fakta dan biasanya dapat di perolehi daripada kemahiran sedia ada murid ataupun petikan- petikan yang diberi oleh guru.

Proses Mendengar
Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu mendengar deretan bunyi bahasa, memahami bunyi tersebut, menguasai makna beberapa deretan bunyi dan bertindak terhadap bunyi.

Mendengar deretan bunyi bahasa.
Individu yang mendengar bunyi dari unsur- unsur yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi- bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang akan dikesan. Setelah mendengar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.

Memahami bunyi tersebut.
Sesuatu bunyi yang didengar berkaitan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan atau tingkah laku yang dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan. Bila proses ini berulangkali dilakukan ia akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

Menguasai makna beberapa deretan bunyi.
Di peringkat ini, ia dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. Sebagai contoh, bunyi menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi yang lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpatu dan sebagainya. Pendek kata pendengar yang baik akan faham maksud setiap ujuran yang dilafazkan.
Bertindak terhadap bunyi.
Di peringkat ini hanya terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

1 comments:

Anonymous said...

Warna tulisan tidak sesuai dengan warna "background", sukar untuk membaca.