? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tinggal Jejak Anda Disini....

Friday, May 22, 2009

Kenangan KDP 14 Minggu, IP Kent Tuaran, Sabah

Cite2 semasa mula2 ku menerima tawaran kursus ni.Sebenarnya banyak kali dah ku mohon untuk sambung belajar, tetapi bukan rezekiku.Aku pernah mohon UKM tetapi gagal, hanya suami dan beberapa rakanku yg memohon ketika itu berjaya.Kecewa rasanya hanya Tuhan saja yg tahu.Aku redha mungkin ini bukan rezekiku.
Pada pertengahan tahun 2008, aku mohon untuk mengikuti kursus KDP ni untuk kali keduanya.Oleh kerana kali pertama dulu (gagal ) ku cuba lg kali kedua walaupun ketika itu aku tengah mengandung.Alhamdulillah........aku berjaya dan pada 21 Julai hingga 24 Oktober aku menjalani kursus tersebut.Memang rezeki anak lah ni.........Alhamdulillah.
Awalnya, timbul pula rasa takut untuk menerimanya memandangkan tarikh akhir kursus tersebut seminggu laginya adalah due date aku nak bersalin.Dengan nasihat dan dorongan daripada suami serta kawan2 ku menerima tawaran tersebut.
Kenangan bersama kak Saliah dan kak Rujiah.Dua kakak inilah yang bersama samaku.Kami bertiga satu kelas (unit 4 ), kadang2 satu kumpulan.Pergi bersama2, tidak penah terpisah.Di mana kami berada mesti bertiga.Siapa tidak kenal 2 ibu mengandung ni........Inilah buktinya.Ku berjaya juga menghabiskan kursus ini.Ini adalah malam Majlis penganugerahan ( sijil kursus ) kepada semua peserta.
Ada cite lagi.......sebelum majlis ni bermula, paginya tu aku berada di Kota Marudu.Sepatutnya aku dihantar oleh suami pada tengahari tu memandangkan majlis ni pada malamnya.Pagi tu, aku ke klinik KKIA untuk rawatan.Apa yang berlaku?........aku kena tahan pula di Hospital kerana ada tanda2 untuk bersalin.Ku ingat lagi....Doktor mengatakan bila2 masa saje ku boleh bersalin......Mulanya aku pergi juga lah ke wad tu.....hahaha.......dengan tidak senang duduknya....gelisah........dan macam2.Perasaan ku ketika tu .........apa tidaknya semua dah tersedia tunggu untuk kami jalan saja ke IP Kent.Baju untuk di pakai pada Majlis tu dah tersangkut di kereta, barang2 pun sudah siap semuanya.Akhirnya kena tahan di Hospital..........
Aku berbincang dengan suami dan ku mengambil keputusan untuk pergi juga ke Majlis itu.Bayangkanlah.........dah 14 minggu aku bertungkus lumus dengan mengharungi berbagai2 rintangan, cubaan dan halangan.......Ini lah masanya untuk ku..Majlis ni penting buat ku.....Kami mengambil keputusan untuk ke Majlis tersebut.Apabila di maklumkan kepada doktor yg bertugas, mulanya tidak dibenarkan juga.Oleh kerana ku betul2 juga mahu kuar wad, belum pun sempat ku duduk di sana........akhirnya mereka membenarkan juga aku kuar dengan menandatangani satu borang di mana risikonya ku tanggung sendiri.....Alhamdulillah.......Syukur.........
Terima kasih kepada suami ku..........yang betul2 memahamiku.........sanggup dia membawa semua anak2 kami ikut serta ke sana........Dengan tergesa2nya kami teruskan perjalanan juga walaupun ketika itu hujan turun dengan lebatnya.Tidak pernah ku dengar rungutan darinya..........walaupun penat camana pun dia teruskan juga perjalanan ni.Perjalanan ni mengambil masa 1 jam lebih...........
Alhamdulillah..........kami selamat sampai juga.Suami dan anak2 ke hotel di Tuaran.Mereka menginap di sana.

Kenangan bersama kawan2 sekelas dan juga Pengarah IP Kent ( berbaju hitam)




Kenangan bersama Penyelaras Peserta Kursus KDP dan juga Pensyarah IP Kent iaitu Puan Aida ( Tudung Hijau ).Alamak...........aku tertidur laks..........Ramai sangat yg ambil gambar....sampaikan aku terpejam mata........huhuhu...







Kenangan bersama kawan2 dan juga Pensyarah IP Kent iaitu Puan Noorsalawati dan Madam Shubashini.












Kenangan bersama kawan2 sekelas dan juga Tutor kami iaitu Puan Ramlah ( Tudung Pink becermin mata )...........tu ha.........nampak kan perut ku yang besar dan sarat betul kan....ada kawan yang sama besar perut.......tu dibelakang ku ( kak Saliah ) , terselindung pulak perutnya.heheheh....

Apa berlaku selepas Majlis itu?............Aku bersama2 kawan yang lain menaiki bas ke IP Kent.Aku di hantar oleh kawanku ke hotel di mana tempat suami dan anak2ku menginap.Kami bermalam di situ.Pada jam 2 lebih pagi ku dapati banyak lendir2 kuar.Ku kejutkan suami.Suami kejutkan anak2 dan kami terus ke Hospital.Jaraknya setengah jam juga.Sampai je aku terus ke wad untuk rawatan.Kusangkakan dah nak bersalin .....lum lagi pun........anak ni je bawa bergurau.....lama suami dan anak2 menunggu dengan kesejukannya........letih..mengantuk..............kesian mereka..............melihat anak2 ku kesejukan, suami membawa mereka menumpang di rumah kawan di KK tanpa pengetahuan ku..Selepas ku terima rawatan, ku sepatutnya kena tahan di wad.Sekali lagi yg berlaku.......aku minta untuk pulang.Ku ceritakan kepada doktor bertugas tempat tinggal ku nga hospital ni jaraknya 2 jam.Sukar untuk aku sekiranya aku di tahan di hospital ini.Mendengar penjelasanku , doktor membenarkan aku kuar tanpa bermalam.
Aku kuar mencari mereka.......tak jumpa........ku tanya pengawal di sana......dia berpusing2 di sekitar kawasan hospital mencari..tidak juga ketemu....lama ku menunngu....akhirnya ku naik semula tempat tadi ( terima rawatan ), ku bagitau nurse yg bertugas, merekalah yg menghubungi suamiku.Ini kerana beg, telefon semuanya dengan suamiku........
kami berehat dulu di rumah kawan tadi....dalam jam 10 gagi begitu kami bertolak pulang ke Kota Marudu.Alhamdulillah..........kami selamat sampai.
Sepatutnya.........pada 28.10.2008 tu, aku mula bertugas selepas berkursus.Apa yg berlaku.........Aku bersalin pada hari tersebut........Pada pagi tu......jam 5 pg kami ke hospital dan jam 8 pg aku selamat bersalin......Lamanya ku tinggal sekolah.......Dari mula berkursus 3 bulan hingga bersalin 2 bulan.............bersambung dengan cuti hujung tahun.............heheheh setengah tahun ku tidak ke sekolah..............
Mengimbau kembali semasa berkursus.
Hari pertama ku bersama kak Saliah di rumah sewa kami.....malam pertama...kami menangis berterusan sehingga pagi tu bengkak mata kami.Apa taknya perasaan sayu, sebak kerana kedua kami buat pertama kali berjauhan dengan suami dan anak2.
Hari berikutnya.......kami mendapat house mate baru.Tinggal berlima.Dengan pertama kali belajar...ku cuba sesuaikan diriku jua..........banyak betul cubaanya.....tetapi ku lalui dengan sabar.Penah satu kali.....dah sarat tu.........kelas ku di tukar ke blok lain dan tingkt 3.huh........bayangkan dengan perutku yg besar.sarat........dengan beg2nya lagi.........nasib baik lah ada kawan yg prihatin tolong membawa beg2ku......ku bawa diri je.........tu pun dengan perlahan2 kepenatan........kadang kelas sampai petang.........
Terima kasih buat kawan2 sekelas ( unit 4 ) serta pensyarah2........Budimu tetap ku kenang.......
Ada lg citenya.........semasa exam.....tengah jawab exam tu........sudahlah panas........tiba2........kuar air.........basah juga seluarku............takutnya aku........hari pertama exam tu......ok je aku kuatkan semangat je.........kedua.......kuar juga air........ketiga.........kuar juga..........alhamdulillah habis juga aku duduki exam tu.Tu lah berkat doa suami, ibubapa,mertua, adik beradik dan kawan2 serta semuanya.........Syukur........sempat habis exam.Kalau nak tau.....suami tersayang ku ambil cuti rehat 3 hari dengan menunggu aku di sana.......takut2 aku sakit semasa exam tu........
Terima kasih banggggg..............

Pengalamanku ini telah mematangkan aku, malah lebih buatke belajar untuk berdikari.Selama berkursus tu......banyak yg ku perolehi.........Inilah semangat mahu memegang segulung ijazah......heheheh....Syukur alhamdulillah.sekarang aku dah nak masuk semester 3 SMP OUM.


0 comments: