? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tinggal Jejak Anda Disini....

Thursday, April 30, 2009

Pengalamanku



PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK KEMBAR



Setelah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri, dua bulan berikutnya saya telah disahkan mengandung.Alhamdulillah, rezeki awal.Kata orang tua-tua "bunting pelamin".Secara kebetulan pula, kawan-kawan yang sama hari perkahwinannya dengan saya turut mengandung, cuma yang bezanya saya terus dapat dua, anak kembar!

Selepas berkahwin, saya terpaksa berpisah dengan suami tersayang memandangkan saya belum dapat bertukar tempat bekerja.Apatah lagi jarak yang memisahkan kami di seberang lautan, saya bertugas di Segamat, Johor manakala suami saya pula di Sabah.Tuhan saja yang tahu bagaimana keadaan saya ketika itu.Pada awal kehamilan pula, saya menghadapi masalah alahan yang agak teruk.Saya tidak boleh terhidu apa2 masakan, selera makan pun kurang.Malahan apa sahaja makanan di makan mesti dimuntahkan semula.Memandangkan tiada suami ataupun keluarga disisi, emak saya datang dari Terengganu ke Johor untuk menjaga saya.Sememangnya keadaan alahan yang teruk mengganggu tugas saya sebagai seorang guru.Apatah lagi, kelas yang saya ajar berdekatan dengan kantin.Bayangkanlah apabila terhidu bau saja masakan dari kantin, mesti saya termuntah.Justeru itu, untuk tidak menggangu sessi pengajaran dan pembelajaran saya, mengambil keputusan membawa murid belajar di tempat yang sesuai contohnya di bawah pokok.Asalkan tempat itu tidak berdekatan dengan kantin.
Apabila cuti sekolah bermula, suami tersaya
ng berada di sisi.Ketika itu, barulah dia dapat melihat sendiri keadaan yang saya alami.Memandangkan saya tidak berselera untuk makan dan minum, hal ini telah menyebabkan badan saya kekurangan air.Berikutan hal inilah juga telah banyak kali saya masuk wad disebabkan kekurangan air dan badan lemah sepanjang proses kehamilan.Akhirnya, pada tahun 2003 saya dapat bertukar ke Sabah.

Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka yang saya mengandung anak kembar, sehinggalah saya membuat pemeriksaan di salah sebuah klinik swasta sewaktu kandungan saya berusia 4 bulan.Pada petang itu, saya merasa sakit perut, pinggang dan lemah seluruh badan, lantas saya memberitahu emak saya tentang apa yang saya alami ketika itu.Lalu emak saya memberitahu, biasanya tanda-tanda sakit yang saya alami itu seperti tanda ketika hendak bersalin.Lalu dengan segera emak membawa saya ke klinik berhampiran.Ketika membuat pemeriksaan, doktor bertanya beritahu banyak jari kelihatan.Hati saya mula tertanya-tanya.Lalu doktor tersebut bertanya kepada saya , " Awak ada keturunan kembar atau tidak?Saya menjawab, sebelah keluarga saya tidak ada keturunan kembar tetapi keluarga sebelah suami ada.Saya yang ketika itu melihat gambar yang ditunjukkan oleh doktor terus terduduk, terkejut! Bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah dihabarkan.Manakala emak saya pula langsung tidak dapat berkata-kat
a lagi.Sejurus kemudian, barulah doktor itu menerangkan bahawa saya akan mendapat anak kembar.Pada masa itu, tidak dapat digambarkan lagi wajah saya ketika itu, sememangnya saya amat terkejut dan benar-benar tidak menyangka akan hal tersebut."Aku dapat anak kembar?" Perasaan saya ketika itu berbaur-baur, gembira,terkejut, terharu dan yang paling penting sudah tentu tidak sabar memberitahu suami tersayang mengenai berita tersebut.
Sebenarnya, pada malam tersebut saya dan suami akan berangkat ke negeri Sabah kerana telah bertukar tempat bertugas.Doktor telah menasihatkan supaya saya berehat memandangkan keadaan saya yang lemah ketika itu.Tetapi, persiapan untuk ke Sabah semuanya telah siap dan tempoh masa hendak bertolak hanya tinggal beberapa jam lagi membuatkan saya tidak dapat menunda tarikh perjalanan.Berbekalkan dengan tekad dan tawakal, saya dan suami berangkat juga ke sabah juga pada malam itu.

Namun, setiba kami di Kota Kinabalu, saya telah dikejarkan ke bilik kecemasan kerana mengalami sakit di bahagian perut, seperti tanda-tanda hendak bersalin.Mungkin ia disebabkan kesan daripada perjalanan yang memakan masa yang agak lama tambahan pula badan saya lemah ketika itu.Memang ianya menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan, apa tidaknya, baru pertama kali sampai ke Sabah, terus dikejarkan ke bilik kecemasan do Hospital Queen Elizabeth.

Sebenarnya saya mempunyai fizikal yang kecil, namun kekuasaan Allah tiada siapa yang tahu kerana rezeki yang diberikan mengandung anak kembar.Apatah lagi tugas saya sebagai seorang guru memerlukan turun naik tangga setiap hari.Namun, keadaan saya yang sarat membuatkan saya tidak dapat turun naik tangga setiap hari.Nasib baiklah pihak sekolah memahami keadaan saya ketika itu dan membenarkan saya mengajar di kelas bawah sahaja.Saya amat berterima kasih kepada pihak sekolah dan rakan-rakan setugas yang memahami keadaan saya.

Peristiwa lucu yang tidak mungkin dapat saya lupakan ialah ketika pergi ke pusat memberi belah untuk membeli barang keperluan bayi.Semasa saya naik tingkat atas tiada sebarang masalah, tetapi apabila hendak turun pula saya mengalami masalah sukar hendak menuruni anak tanggga.Terpaksalah saya mengambil masa untuk berehat sekejap sebelum menuruni dua tiga langkah lagi anak tangga yang seterusnya.Selepas peristiwa itu, saya tidak akan pergi ke pusat membeli belah sekiranya tidak ada kemudahan lif ataupun tangga escalator.

Perut saya yang besar membuatkan orang yang melihat saya menyangkakan yang saya tengah menunggu hari walhal ketika itu kandungan saya baru berusia 6 bulan.Semasa saya mengandung 6 bulan, pernah juga saya dimasukkan ke dalam wad kerana terdapat tanda-tanda hendak bersalin.Kejadian ini bermula pada jam 3.30 pagi.Ketika itu saya asyik sakit perut diselangi beberapa minit.Lantas, saya mengejutkan suami dan memberitahunya.Terkejut bukan kepalang.Apa yang melucukan, dalam keadaan kelam kabut itu, suami saya masih sempat lagi membuka buku dan melihat tanda-tanda hendak bersalin.Apabila suami saya terbaca sahaja situasi dalam buku sama dengan yang saya alami, saya terus di bawa ke hospital Kota Marudu.Selama tiga hari saya di wad dan Alhamdulillah, kandungan saya dapat di selamatkan.

Sewaktu kandungan berusia 7 bulan, saya semakin susah untuk berjalan.Malah tidak boleh berdiri terlalu lama.Mungkin keadaan ini disebabkan badan saya yang kecil tidak dapat menampung perut yang semakin membesar.Pada 20.04.2003, pada jam 9.30 pagi, selepas mandi, saya dapati seluar saya basah.Saya menyangkakan yang saya terkencing, rupa-rupanya air ketuban saya pecah.itu pun saya ketahui setelah menelefon jiran sebelah.Sejurus selepas itu, tergesa-gesa suami saya menghantar saya ke hospital.Walaupun doktor telah membuat ramalan yang saya berkemungkinan akan bersalin awal daripada tarikh yang dijangkakan.Namun, saya langsung tidak menyangka yang saya akan bersalin seawal ini.

Setibanya di Hospital Kota Marudu, doktor memeriksa pintu rahim baru terbuka 1 cm.Oleh kerana kandungan saya tidak cukup bulan tambahan pula bayi yang bakal dilahirkan kembar, jadi pihak hospital telah membuat persiapan untuk menghantar saya ke Hospital Besar Queen Elizabert Kota Kinabalu yang perjalanannya mengambil masa 2 jam.Perjalanan yang memakan masa yang lama ditambah lagi dengan jalan yang berbukit bukau membuatkan saya bertambah takut.Saya takut terbersalin dalam ambulans tersebut, bayangkan sajalah perjalanan yang jauh berbukit bukau dan jalan yang rosak sudah tentu satu dugaan yang hebat bagi saya yang mengandung sulung.Nasib baik ketika itu saya ditemani oleh seorang jururawat.Mujurlah dia dapat membantu menenangkan perasaan saya.

Namun, Alhamdulillah, saya sempat sampai ke hospital dan tiba saja disana, saya terus diperiksa oleh doktor berkenaan.Pada ketika itu, pintu rahim saya terbuka 3 cm dan doktor menjangkakan yang saya akan bersalin dalam tempoh 6 hingga 7 jam lagi.Namun, siapa yang dapat menjangka dalam tempoh yang singkat saja, saya mula merasa sakit seperti mahu membuang air besar.Belum pun sempat jururawat memasang alatan di badan saya, saya terus memberitahu jururawat tersebut yang saya mula merasa sakit.Doktor memeriksa pintu rahim saya dan ianya sudah terbuka 8 cm.Memandangkan keadaan tersebut, saya terus dikejarkan ke bilik bersalin.

Alhamdulillah, akhirnya saya selamat melahirkan bayi yang pertama tepat jam 4 petang seberat 1.7 kg dan 8 minit kemudian lahir pula bayi seberat 1.4 kg.


Oleh kerana bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan, maka kedua-duanya telah ditempatkan dalam inkubator.Hati saya berasa sayu pada malam itu kerana tanpa bayi di sisi.Pada keesokan harinya, barulah saya dapat melihat anak-anak saya dalam ICU.Sebagaimana ibu-ibu yang lain, saya merasa amat sayu melihat keadaan anak saya.Selama 2 minggu berada di Hospital Queen Elizabert, saya meminta kebenaran untuk berpindah ke hospital tempat di mana saya tinggal.Kebetulan pula, ada ambulans dari Kota Marudu, maka pada hari itu juga saya dipindahkan ke Hospital Kota Marudu.

Satu lagi peristiwa yang tidak dapat dilupakan, dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan lebatnya.Saya memangku anak seorang dan seorang lagi emak saya yang pegang.Kami terhuyung hayang dalam ambulans kerana jalannya yang berbukit bukau.Saya melihat emak menitiskan air matanya kerana rasa kasihan melihat keadaan saya dan anak saya ketika itu.Hanya Tuhan yang tahu betapa penat dan sakitnya badan saya selama 2 jam perjalanan.

Sampai sahaja di hospital Kota Marudu, saya di sambut oleh kakitangan hospital dan juga rakan-rakan.Seminggu saya berada di wad dan apabila berat anak saya naik hampir 2 kg barulah kami dibenarkan pulang.

Kini, saya merasa sungguh gembira kerana dapat melihat sendiri anak kembar saya membesar dengan sihat di hadapan mata.Mereka kini berusia 6 tahun.Rasanya sekejap saja masa berlalu.Walaubagaimanapun, pengalaman yang saya alami tidak mungkin saya lupakan.Banyak pengajaran hasil daripadanya di mana salah satunya ialah saya menjadi cekal dalam mengharungi kehidupan ini.


Kini, saya telah mempunyai 4 cahaya mata.2 lelaki (kembar) dan 2 puteri
.

0 comments: