? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tinggal Jejak Anda Disini....

Thursday, April 30, 2009

ANAK-ANAKKU






ANAK-ANAKKU YANG DISAYANGI

Muhammad Luqmanul Hakim
Muhammad Lutfir Rahman
Nur Qaisara Uswah
Nur Qaisara Uzma




Alhamdulillah, pada 20.04.2003 aku selamat melahirkan anak pertama.Anak pertamaku kembar.Beratnya semasa lahir Muhammad Luqmanul Hakim 1.7 kg dan Muhammad Lutfir Rahman 1.4 kg.Sekarang mereka sudah berusia 6 tahun dan telah pun bersekolah di sekolah PASTI di Kota Marudu di mana tempat kami tinggal sekarang.


Pada 25.04.2006, aku telah selamat melahirkan puteri pertamaku.Anak ketiga dan kandungan kedua.Ku namakan puteriku ini NUR QAISARA USWAH.Beratnya ketika lahir 2.55 kg.Sekarang ini usianya sudah pun 3 tahun.Pengalamanku semasa mengandungkannya, pada awalnya aku mengalami alahan yang teruk.Selepas 3 hingga 4 bulan, aku suka betul memasak dan membuat kerja-kerja rumah.Ekoran daripada itu, sekarang anakku rajin betul membuat kerja-kerja rumah.Walaubagaimanapun, tidaklah kemas sangat nama pun budak kan.





























Pada 28.10.2008, ku telah selamat melahirkan anak keempat kandungan ketiga.Puteri ku yang kedua.Ku namakannya NUR QAISARA UZMA.Sekarang usianya dah masuk 6 bulan.Pengalaman ku mengandungkannya cukup hebat.Semasa kandungannya 6 bulan ku berkursus selama 3 bulan (KDP 14 minggu) di Maktab Perguruan Kent, Sabah.Aku menyewa bersama-sama rakanku seramai 4 orang.Aku terpaksa berpisah dengan suami dan 3 anak-anakku.Setiap minggu aku akan pulang bersama keluargaku.Pagi-pagi isnin aku bersama rakanku pergi semula ke Maktab.Betapa besarnya pengorbanan suamiku menjaga anak-anakku sendirian ketika ku berkursus.Dengan pengalamanku ini, menjadikan diriku berdikari dan cekal dalam berusaha untuk mencari ilmu.Alhamdulillah berkat doa orang tuaku dan kedua mertuaku serta suami dab rakan-rakan aku berjaya menghabiskan kursus itu.Malah, pensyarah dan juga rakan sekelasku unit 4 KDP 14 minggu kohot 5 banyak memberiku kata-kata semangat.Terima kasih ku ucapkan.Akan ku kenang kenangan kita semua selama 14 minggu itu.Betul kata Puan Norsalawati iaitu salah seorang daripada pensyarah semasa berkursus, belajar ketika mengandung anak akan jadi pandai.

Alhamdulillah, anakku sekarang walaupun baru berusia 6 bulan tetapi sikapnya cepat matang.Satu perkara yang ku ingat sehingga kini iaitu cerita pengalaman puan Norsalawati tentang pengalamannya ketika mengandung dan mengambil master.Pengalamannya itu ku jadikan semangat pada diriku.Syukur alhamdulillah, kini ku dapat menyambung SMP dan sekarang dah nak mula masuk semester 3.

Sekarang ini anak-anakku sudah semakin membesar.Rasanya tidak sedar masa berlalu.Pejam celik aku dan suami sudah mempunyai 4 cahaya mata.Syukur Alhamdulillah.Semoga hidup kami sekeluarga bahagia hingga ke akhir hayat.Amin................

1 comments:

su said...

su aje 8thn kawen tp masih xde rezki...sedihnyer....


comel tul baby twin cegu!